Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Obor-obor

T19L17 Lukis Obor-obor

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Tadi dah siapkan draft kertas kerja untuk Analisa Keperluan Pengguna. Insya-Allah esok akan dibentangkan jika ketua projek tidak menyibukkan diri beliau. Kalau beliau sibuk pun Tedi tidak merisaukan diri, kerana Tedi bolehlah buat kerja-kerja amal yang lain... amal la sangat... hahaha... Esok Proton Saga BLM 1.3 MT IAFM Duel Blitz Monster mungkin akan keluar bengkel. Tedi tak sabar dah nak bertemu beliau. Gayatlah naik kereta Subaru XV STI yang tinggi tu. Alhamdulillah, ini adalah kiriman ke 1000 Tedi dalam interpretZZ ni.. semoga akan berterusan mengirim... manalah tahu boleh jadi sumber rezeki. Aduhai.. nak kena siapkan lukisan obor-obor pula dah... Tedi dah lah kaku tangan kalau bab melukis ni, diminta pula melukis obor-obor. Manalah Tedi reti... huhu... Obor-obor ni dah lah lembik macam agar-agar macam mana Tedi nak serlahkan kelembikan beliau dalam lukisan? ...

T13E30 Obor-obor ancam bekalan ikan dunia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Petubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran penangkapan ikan yang berlebihan di Mediterranean telah menyumbang kepada peningkatan bilangan obor-obor Obor-obor turut menyumbang kepada pengurangan bekalan ikan. PBB menyeru manusia untuk menggunakan obor-obor sebagai makanan, dalam ubat-ubatan dan dalam kosmetik. Satu kajian oleh UN Food and Agriculture Organisation (FAO) di Rom berkata penangkapan ikan berlebihan telah menyebabkan peningkatan bilangan obor-obor kerana ia telah mengeluarkan pemangsa utama mereka dari rantai makanan. Dalam "lingkaran setan", obor-obor seterusnya memakan larva ikan dan anak-anak ikan "dan seterusnya mengurangkan populasi ikan," kata laporan itu. Gambar obor-obor Pelagia yang telah menyerang stok ikan dunia dalam 20-30 tahun dahulu.  http://www.funpicweb.com/jellyfish.html Ia menegaskan bahawa be...

Serangan Obor-obor lumpuhkan loji nuklear Oskarshamn

Imej
Serangan terbaru Obor-obor ke atas ketamadunan manusia. Sebuah loji tenaga nuklear di Oskarshamn, Sweden terpaksa ditutup akibat disabotaj oleh sekumpulan obor-obor. Loji itu terpaksa menutup reaktor nombor 3 mereka apabila Sang Obor-obor da konco-konconya menyumbatkan diri mereka ke dalam saluran paip yang membawa air sejuk ke turbin. Ini adalah perbuatan kedua mereka setelah menjajah loji yang sama pada tahun 2005. Serangan itu berlaku pada 3 hari lalu dan kelihatan seolah-olah mereka menguasai loji tersebut. "Ini akan menyedarkan manusia, walau sehebat mana pun pencapaian mereka, takkan dapat melawan ketentuan Allah." - lapor seekor obor-obor apabila ditemuramah Tedi. Sementara itu manusia pula semakin risau dengan keterjejasan mereka dek serangan demi serangan yang dilakukan oleh Sang Obor-Obor. "Serangan obor-obor ke atas manusia semakin menjadi-jadi, perbuatan mereka sungguh melampau!" - Lene Moller, penyelidik di Swedish Institu...

Popular