Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Persatuan Bolasepak Kelantan (Kelantan FA)

[t18i14] Kedah turunkan kesebelasan terbaik lawan Kelantan

Imej
FINALIS  Piala Malaysia musim lalu, Kedah akan menurunkan kesebelasan terbaiknya pada perlawanan akhir Kumpulan C Piala Malaysia bertemu Kelantan di Kota Bharu, Ahad ini. Pemangku Ketua Jurulatihnya, Azzmi Abd Aziz berkata, beliau akan menyediakan gandingan pemain terbaiknya dalam aksi memburu kemenangan menentang The Red Warrior (TRW) biarpun sedar bukan satu tugas mudah. Kedah meletakkan sandaran ke atas Sandro untuk mengetuai serangan mereka merobek gawang Kelantan, Ahad ini. Menurutnya, walaupun memerlukan satu mata sahaja untuk layak ke suku akhir, beliau tetap mahu Lang Merah terbang tinggi di Stadium Sultan Muhammad IV dan perkara tersebut dibuktikan melalui persiapan rapi sejak seminggu yang lalu. “Saya melihat perlawanan ini ibarat perjuangan hidup mati buat Kedah dalam Piala Malaysia musim ini dan semestinya kami akan turun ke Kota Bharu dengan kekuatan penuh. “Kita perlu bermain ‘fast football’ dan taktikal ini akan diterapkan untuk menghidu...

Tahniah kepada Kelantan dan Brazil

Imej
Walaupun Tedi sempat tengok sikit2 je, tahniah juga Tedi ucapkan. Mungkin dah terlambat, tapi Tedi peduli apa. Hehe. Kelantan juara Piala FA 2013. Mula-mula tahniah kepada Kelantan kerana berjaya membenam Johor Darul Takzim (a.k.a Johor palsu) di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu lalu (29 Jun 2013). Tedi sebenarnya nak sokong JDT, tapi sikap penyokong JDT yang ego menyebabkan Tedi sokong Kelantan. Sebelum ni pun Tedi tak sokong Kelantan kerana sikap penyokong mereka, namun kini mereka macam dah insaf, ye lah, pemain bintang dah tak ramai kan? Kini penyakit itu berjangkit ke penyokong JDT semata-mata kerana ramai pemain bintang di sana. Mungkin cuma segelintir tapi resamlah, "seekor kerbau membawa lumpur, yang lain terpalit sama" . Logo FELDA United Apa kes Tedi letak logo FELDA United lak ni? Err... suka hati Tedi la... hehehe Sumber:  Felda United Malaysia Super League Watch. Sedarlah, pemain bintang takkan ke mana jika pengurus sendiri tidak pandai menggunakan ...

Popular