[t08d08] Ambil kit larian MMU E-Bee Run di D'Pulze Cyberjaya
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad, dan keluarganya, dan para sahabat baginda. Karangan kali ini adalah sedikit catatan tentang apa yang berlaku pada hari ini. Tidak berkesempatan Tedi nak ceritakan satu-satu, maka Tedi rumuskan sahaja dalam kiriman ini. Leicester City 1 - 2 Newcastle United , Hafizh Syahrin di MotoGP Argentina Termas de Rio Hondo , Rakan Sepejabat Master sertai Standard Chartered KL Marathon , Makan di Restoran Saba Cyberjaya , Ambil kit larian MMU e-Bee Run di Dpulze Shopping Centre Cyberjaya , Singgah ke Klinik Siti di KIP Sentral di Kota Warisan Untuk catatan pada hari ini, 8 April. Leicester City 1 - 2 Newcastle United Newcastle United telah mengalahkan Leicester City di halaman lawan dengan keputusan 1-2. Nasib baik gol cantik Ayoze Perez telah mengunci kemenangan tersebut. Keputusan ini menyaksikan Newcastle kini berada di tangga ke sepuluh Liga Perda...