Kedah atasi MIFA 3-2
KEDAH mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk mengatasi MIFA 3-2 pada aksi ketiga Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Pada perlawanan tersebut, pemain tengah MIFA, Beomgeun Bae mencuba dari luar kotak penalti pada minit ke-3 namun mudah diselamatkan penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid . Liridon menjaringkan dua gol buat Kedah. Kedah membalas serangan menerusi Syazwan Zainon pada minit ke-9 namun lepakan leretnya terus ke dakapan penjaga gol pelawat, Mohd Muhaimin Mohamad. Pada minit ke-15, L Iman Seydi hampir meletakkan MIFA di hadapan namun percubaannya terkena tiang tuan rumah. Gol yang diburu MIFA akhirnya muncul pada minit ke-27 menerusi Sherman yang menolak masuk hantaran cantik Bae untuk kedudukan pelawat di hadapan 1-0. Pelawat berpeluang menjarakkan jurang kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-38 selepas Sherman dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Nurfiqrie Abdul Talib. Bagaimanapun Abdul Hadi berjaya menyelam...