Review Kasut Badminton Dunlop D 5562
Kawan-kawan mungkin tahu yang Master ada kasut badminton Dunlop D 5562. Master beli kasut badminton Dunlop ni di One Utama pada tahun 2014 . Memandangkan ada yang bertanya pasal kasut badminton Dunlop D 5562 ini, maka Tedi sediakanlah review ni. Ini adalah review jujur daripada Master dan hanya pengalaman peribadi sahaja, jadi tepuk dada tanya selera. Tedi pun tak pasti sama ada masih wujud lagi kasut badminton Dunlop D 5562 ni. Kasut badminton Dunlop D 5562 ini dibeli pada harga RM 42, satu harga yang nampak berbaloi. Tapi sebenarnya tidak. Kenapa? Sistem Kusyen Kasut badminton Dunlop D 5562 tidak bagus Sebab sistem kusyen kasut badminton Dunlop D 5562 ini tidak begitu bagus dan menyebabkan kaki Master sakit di bahagian telapak kaki, mungkin kerana kurang sokongan di sana. Kasut badminton Dunlop D 5562 ini memang lebih ringan berbanding sepasang lagi kasut badminton yang Master ada sebelum itu iaitu kasut badminton Power Vapor D 214, tapi ringan sahaja tidak berguna....