Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201702

[t17b04] Singgah Cuci Mata di Butik Pakaian Bangi Gateway

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ 📁 Fail: 201702040724-asli-adventure (212).JPG 📅 Tarikh & Masa: 04 Feb 2017 | 17:56 (GMT+08:00) 📝 Info Gambar: BUTIK V GALLERY (Lesen MPKJ/CL/10/201/2014). Menawarkan koleksi seluar DOCKERS, kemeja-T kanak-kanak Upin & Ipin, serta pelbagai pakaian sukan. Dilengkapi kawalan CCTV 24 jam. Hai semua! Tedi kembali lagi 👋. Gambar kali ini membawa kita mengimbau kembali kenangan di Bangi Gateway Shopping Complex . Kalau korang biasa bersiar-siar atau shopping di kawasan Seksyen 15, Bangi, korang mesti perasan butik yang cukup ikonik dan meriah ni — V Gallery ! "Bagi peminat jenama Dockers , butik ni memang jadi tumpuan sebab selalu ada promosi dengan kualiti yang 'Tip Top'. H...

Senarai Susu Tanpa Laktosa di Malaysia

Imej
Info Kesihatan & Nutrisi Bayi: Kesedaran mengenai alahan laktosa (lactose intolerance) dalam kalangan ibu bapa di Malaysia semakin meningkat. Memilih susu formula tanpa laktosa yang tepat adalah langkah kritikal dalam penjagaan pediatrik bagi memastikan tumbesaran bayi tidak terganggu. Pada masa kini manusia di Malaysia sudah sedar akan harga kesihatan, sehinggakan minum susu yang dianggap bagus tu pun kini ditapis juga. Kebelakangan kini manusia di Malaysia mula mencari susu tanpa laktosa. Kenapa mahukan susu tanpa laktosa sama ada susu formula tanpa laktosa ataupun tidak? Ini adalah beberapa jenama susu tanpa laktosa di Malaysia yang Tedi kenal pasti. Abbott Similac LF: Rumusan Khas Tanpa Laktosa Susu tepung tanpa laktosa untuk bayi berusia dari 0 sehingga 12 bulan . Beratnya ialah 850 gram. Kandungi DHA, AA dan Nukelotida LF adalah akronim kepada Lactose Free Cara penyediaan: Susu tepung formula untuk bayi tidak melalui proses sterile dan tidak p...

[t17b20] Contoh Surat Rasmi Penjelasan Lewat Hadir Bertugas (Surat Tunjuk Sebab) dari Majikan

Imej
Ini adalah contoh surat rasmi penjelasan lewat hadir bertugas daripada majikan kepada pekerja. Pekerja perlu membalas surat ini dengan menggunakan Surat Tunjuk Sebab dalam tempoh beberapa hari yang diberikan oleh majikan bermula dari tarikh dia menandatangani Surat Akuan Terima.

[t17b26] HR Street Cafe di Salak Tinggi di Sepang di Malaysia

Imej
Pada 26 Feb yang lalu, sebelum kami bertolak ke IKEA Cheras untuk mencari rak buku putih siri Billy, kami telah terlebih dahulu merayau di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi di dalam daerah Sepang di Selangor di Malaysia untuk mencari beberapa suap sarapan pagi atau makanan tengahari.

[t17b05] Nan Extra Cheese di RSMY Bangi

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Malam ini Tedi mahu bersantai - tidak mahu mencaci dan mencarut. Jadi Tedi nak kongsikan pengalaman kami makan Roti Nan Cheese Leleh Extra Cheese di restoran RSMY BANGI BEST CHEESE NAAN yang terletak di alamat G8, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. Pada mulanya kami nak ke Restoran Barra, tapi setelah mendapat review yang biasa-biasa sahaja, kami bertukar destinasi ke RSMY Bangi. RSMY buka dari jam 5 petang Kami pergi pada hari Sabtu, 4 Februari 2017 yang lalu, selepas pulang dari mendaki Air Terjun Lepo di Hulu Langat, malangnya kedai RSMY Bangi Cheese Nan itu tutup. Ketika itu jam menunjukkan masa di antara 4 hingga 5 petang. Kerana tidak berpuas hati tidak dapat makan Roti Nan Cheese Meleleh di kedai makan RSMY Bangi tersebut, kami berusaha untuk pergi ke sana semula pada keesokan harinya iaitu hari Ahad, 5 Februari 2017, lebih-lebih lagi apab...

[t17b18] Maksud Aisya Aisyah Aishah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Mungkin kawan-kawan pernah membaca komen Tedi ke atas  lirik nasyid Aisya Humaira yang dinyanyikan oleh  kumpulan munsyid UNIC sebelum ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan terima kasih kerana sudi bertanya, apakah maksud Aisya ? Ramaikah manusia yang menggunakan nama Aisya? Adakah di Malaysia sahaja atau di merata dunia?   Nama Aisyah atau Aisya tiada maksud? Pada permulaan pencarian Tedi kepada jawapan kepada persoalan tersebut, memang tiada maksud bagi nama Aisya ni, yang ada ialah Aisyah yang bermaksud " hidup bahagia ". Aisyah artinya "hidup bahagia" Namun biasalah bagi rakyat Malaysia ni, mungkin nama Aisyah tu tidak kedengaran moden maka mereka menghampirkanlah nama Aisya kepada Aisyah. Mungkin mereka takut anak mereka nanti dipanggil Ecah , tapi yang kelakarnya Mommy panggil kawan dia Ecot . Ish ish ish. Berita baik bagi mereka kerana Aisya mempunyai maksud lain iaitu "penuh semangat" dan ia...

Newcastle United lawan Aston Villa: Siapa Gergasi?

Imej
Tedi sebenarnya tiada masa nak menaip malam ni, jadi Tedi nak ambil masa dalam setengah jam sahajalah. Malas malam ni Tedi nak mengkaji hal sumber manusia mahupun hal perniagaan, Tedi nak relax dan borak santai. Kawan-kawan pun mungkin dah penat baca tulisan serius kan? Itupun nak bercerita pasal bolasepak Liga Kejuaraan di antara kelab kesayangan Master iaitu  Newcastle United (Kota Bharu Bersatu) menentang Aston Villa . Perlawanan  Liga Kejuaraan (Championship League) Liga Perdana Inggeris itu akan berlangsung pada pagi nanti, 22-Februari 2017  iaitu tepat pada jam 4 pagi. Khabarnya  Skysports akan menayangkan perlawanan tersebut secara langsung, boleh ditonton melalui Unifi , ada internet, ada bola... babai lah Astro, kalau langgan sukan pun bukan nak tunjuk game Newcastle... bayar je mahal.

Makan-makan di Paramount Coffee House Bangi Sentral

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Tiba-tiba sahaja Mommy ajak Master pergi ke Bangi, jalan-jalan cari makan. Kami ada 2 pilihan ketika itu yang dipilih melalui review di Facebook, memandangkan kami tak arif kawasan jajahan Bangi. Yang kami tahu, Bangi ada menawarkan banyak kedai makan yang selalu dihurungi manusia. Dua pilihan itu adalah Zawara Coffee dan Paramount Coffee House Bangi yang secara kebetulan terletak di kawasan zon niaga yang sama iaitu Bangi Sentral . Punyalah banyak kereta di Bangi Sentral, jadi semasa berpusing mencari kawasan letak kereta, Zawara Coffee terkeluar dari zon rayauan kami, kerana kami letak kereta di zon niaga bersebelahan yang bertentangan dengan Paramount Coffee House Bangi.   Persekitaran yang okay di Paramount Coffee House Pemandangan di hadapan kedai makan Paramount Coffee House Paramount Coffee House adalah sebuah kafe dan Tedi tidak biasa lepak di kafe, jadi jika dibandingkan dengan Secret Recipe (yang agak biasa dilawati)...

Master di UXChange Malaysia 2017 di Hotel Intercontinental

Imej
Hari ini kami keluar awal dari rumah ke Bangsar South, kerana Master ada kursus UXchange Malaysia 2017 di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur . Kami bertolak dari Bandar Baru Salak Tinggi pada jam lebih kurang 6.40 pagi. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang sejam, maka kami tiba di Bangsar South sekitar jam 7.40 pagi. Alhamdulillah perjalanan pagi tadi kurang kesesakannya di Lebuhraya Pantai Baharu , tetapi berlaku kesesakan jalan raya yang agak teruk di Lebuhraya Maju Putrajaya hala Kuala Lumpur.

Popular