Zaquan wira Kedah di Alor Setar
Keputusan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019. Johor Darul Ta'zim 2 : 1 Selangor LARKIN: Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Juara Piala Malaysia 2017, Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan tentangan sengit sebelum berjaya mengatasi Selangor 2-1 pada aksi pertama separuh akhir saingan Piala Malaysia 2019, malam ini. Kemenangan itu bukan satu bekalan selesa buat anak buah Ketua Jurulatih Benjamin Mora untuk di bawa ke Stadium Shah Alam bagi aksi kedua Sabtu depan, apabila Selangor sebelum ini bangkit menewaskan juara bertahan, Perak 3-2 pada aksi suku akhir, bulan lepas. Namun, pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu, JDT yang mencipta rekod tersendiri merangkul gelaran juara Liga Super buat kali keenam berturut-turut menampilkan persembahan berkualiti dengan kekemasan permainan dan disiplin bertahan yang tinggi. Skuad Harimau Selatan membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 menerusi penyerang sensasi negara, Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-14 yang b...