Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel perpindahan pemain NUFC

Kurang bajet punca tewas

Imej
LONDON: Pengurus Newcastle Rafael Benitez berkata, perbezaan bajet perpindahan pemain punca utama skuadnya tewas kepada West Ham, semalam. Javier Hernandez yang dibeli pada 2017 dengan harga £16j (RM85 juta) meledak dua gol dan jaringan lewat Felipe Anderson - £36j (RM192 juta) menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut Newcastle. Pasukan pelawat turut mempunyai penyerang bernilai £20j (RM106 juta), Marko Arnautovic yang dibeli musim lalu. Berbanding Hammers yang membelanjakan hampir £100j (RM533 juta) pada jendela perpindahan sebelum ini, Newcastle mengaut keuntungan £20j (RM106 juta) hasil urusan jual beli pemain. Benitez berkata: “Mereka membelanjakan wang ke atas pemain serangan dan sekali gus kelebihan buat mereka.” “Kami cuba melakukannya pada Januari ini tetapi persoalannya adalah wang. Apa yang mereka belanjakan, apa yang kami belanjakan anda dapat lihat di atas padang.” “Saya tak boleh merungut usaha pemain atau k...

[t16e30] Will Hughes jadi sasaran Newcastle United?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم DERBY County star Will Hughes could be a summer transfer target for Newcastle United, according to reports. Newcastle are preparing for life in the Sky Bet Championship following relegation from the Premier League. Rafa Benitez has agreed to stay on as manager and is expected to overhaul his squad during the close season. The Sun claim that Benitez's top targets include Rams midfield ace Hughes, along with Brighton defender Lewis Dunk and Leeds United starlet Lewis Cook. Hughes missed a large part of the 2015-16 with a serious knee injury, which he suffered on the opening day at Bolton. However, he recovered to help the Rams reach the Championship play-offs, starting the final five games of the campaign. The England Under-21 international has previously been linked with a string of top Premier League clubs. ~20160530~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

Benitez nafi mahu beli Miguel Almiron

Imej
Kebelakangan ini gamat dengan berita mengenai minat Newcastle United Football Club ke atas Miguel Almiron, sehinggakan presiden Atlanta memberi amaran kepada NUFC untuk membuat tawaran serius jika mahukan Miguel Almiron . Tetapi kem Newcastle United menafikan berita itu di mana pengurus Newcastle, Rafael Benitez, menafikan berita mengenai minat Newcastle United untuk membawa masuk penyerang Atlanta United, Miguel Almiron. Benitez menyatakan bahawa dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mendapatkan Miguel Almiron, tetapi dia mendengar ada seseorang mendakwa Newcastle United telah membuat tawaran tersebut. Dan selepas itu, kami berkata 'Tidak, kami tidak membuat apa-apa tawaran' . Benitez menyatakan bahawa pihak akhbar tak semestinya akan dapat tahu jika Newcastle United membuat tawaran ke atas mana-mana pemain. "Kami tidak akan menghebahkan tentang minat kami ke atas mana-mana pemain. Jika kami membuat tawaran, pemain tersebut akan tahu, kami akan tahu dan ...

Amaran presiden Atlanta kepada Newcastle: Sediakan tawaran serius untuk Almiron

Imej
Presiden Atlanta, Darren Eales menegaskan mereka tidak akan menjual Miguel Almiron untuk bayaran murah. Terdapat pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang berminat dengan Almiron, seperti Newcastle, Tottenham dan Arsenal yang dikatakan sedang menanda pemain itu. Tetapi Eales menegaskan bahawa Almiron hanya akan dilepaskan pada harga yang dikehendaki oleh Atlanta. Almiron dan rakan sepasukannya bersedia untuk perlawanan akhir MLS menentang Portland Timbers pada malam ini (Sabtu). "Saya telah melihat beberapa perkara yang menggembirakan di dalam akhbar, dengan jelas kami tidak akan meminjamkan salah seorang pemain kami dan kami pastinya tidak akan membiarkan mereka pergi untuk bayaran yang sedikit seperti yang saya lihat dalam beberapa laporan," katanya kepada Sky Sports . "Jika tawaran itu betul dan serius, kita akan pertimbangkan, tetapi bukan untuk angka-angka lucu yang saya lihat yang disebut dalam akhbar."

Leeds United intai Freddie Woodman

Imej
Leeds United berminat dengan penjaga gol bawah-21 Newcastle United dan juga England, Freddie Woodman , menurut beberapa laporan. Leeds pada waktu ini kekurangan pilihan penjaga gol, di mana hanya Bailey Peacock-Farrelltheir sahaja penjaga gol yang cergas dan mempunyai pengalaman senior. Penjaga gol Jamal Blackman yang dipinjam dari Chelsea telah kembali ke kelabnya setelah kakinya patah. manakala Will Huffer yang berusia 20-tahun membuat penampilan pertamanya di Championship ketika menentang Bristol City dalam bulan November ini disebabkan oleh krisis kekurangan penjaga gol di kelab Leeds United. Freddie Woodman adalah penjaga gol skuad bawah-21 England dan Newcastle United. The Mirror melaporkan bahawa Leeds akan beralih kepada Woodman yang berusia 21 tahun itu dalam jendela perpindahan pada bulan Januari nanti sebagai penyelesaian kepada isu tersebut. Woodman hanya membuat satu penampilan bersama skuad senior Newcastle United, ketika beraksi dalam perlawanan Piala FA mu...

Newcastle sambar Muto

Imej
NEWCASTLE United sah menandatangani penyerang Jepun, Yoshinori Muto dari Mainz menerusi kontrak selama empat tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini. Newcastle minggu lalu menyatakan sudah mencapai persetujuan dengan kelab Bundesliga itu. Perpindahan Muto lengkap hari ini selepas dia memperoleh permit kerja. "Saya amat berbangga dapat beraksi bersama kelab sebesar ini," kata Muto yang muncul pemain Jepun pertama menyertai Newcastle. Media British melaporkan nilai perpindahan Muto adalah sekitar AS$12.40 juta (RM50 juta). "Saya berharap dapat meraih keputusan yang baik. Sebab itu saya mahu berada di sini. Saya juga mahu beraksi dengan baik dan berada dalam sejarah Newcastle," katanya. Muto, 26, adalah pemain keempat yang menyertai Newcastle selepas kelab itu mendapatkan penjaga gol, Martin Dubravka; pemain tengah, Ki Sung-Yueng dan pertahanan, Fabian Schar. Newcastle akan memulakan kempen liga dengan menerima kunjungan Tottenham Hotspur di St Jam...

Popular