Aina, Doraemon dan Wau Bulan
Saban hari Aina mengajak ke taman sejak kami bercuti lama di Kelantan sementara menanti kehadiran Aidan. Malangnya permintaan Aina itu agak sukar untuk dipenuhi kerana di kawasan Wakaf Bharu sukar diketemui taman permainan. Tidak seperti di negeri Selangor di mana taman permainan senang ditemui kerana disediakan oleh pemaju taman perumahan. Pemaju taman perumahan di sekitar Wakaf Bharu lebih tertumpu kepada pembinaan rumah semata-mata. Mungkin kerana di sini taman perumahan tidak popular dan jumlahnya pun kurang menjadikan sesiapa sahaja pembelinya terpaksa menerima apa yang ada. Pantai Geting Rupanya Jadi sebagai alternatif, Master membawa Aina bermain di Pantai Sri Tujoh. Tetapi setelah Tedi kaji nampaknya pantai itu bukan Pantai Sri Tujuh, sebaliknya ia adalah Pantai Geting yang terletak bersebelahan Pantai Sri Tujuh, cuma kalau nak ke sana papan tanda Pantai Sri Tujoh menjadi panduan, selain MRSM Tumpat yang terletak berdekatan juga. Bawa Aina ke Pantai Sri Tujuh untuk melihat...