Nahas MH 370: Amerika Syarikat hantar USS Pinckney, USNS John Ericsson dan US Navy P-3C Orion
Bantuan sebagai menghormati permintaan kerajaan Malaysia? BERNAMA melaporkan bahawa Amerika Syarikat menghantar dua buah kapal tentera laut mereka untuk membantu usaha cari dan menyelamat kapal terbang MH 370 yang hilang dalam penerbangan ke Beijing. Kedutaan Amerika Syarikat memaklumkan bahawa penghantaran aset tentera mereka itu adalah di atas permintaan kerajaan Malaysia. Tedi memang dah agak mereka akan hantar bantuan sebegitu kerana ada rakyat mereka yang terlibat dan pesawat yang terlibat adalah produk mereka yang menawarkan ribuan peluang kerja kepada rakyat mereka. Bantuan ini pada pendapat Tedi adalah sangat bagus kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dalam menangani nahas pesawat dek kesibukan penerbangan di negara mereka sendiri. USS Pinckney (DDG 91) USS Pinckney adalah kapal pemusnah berpeluru berpandu daripada kelas Arleigh Burke yang membawa 2 buah helikopter MH-60R yang boleh dilengkapi dengan kelengkapan mencari dan menyelamat. USNS John...