Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _tentang_interpretzz

Template Format Keterangan Gambar dan Kandungan Baru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Format yang perlu digunakan semasa menetapkan keterangan gambar dalam interpretZZ. [Kandungan Template interpretZZ.com] Format Standard  |  Format Ringkas  |  Saiz Font Default  |  Saiz Ketebalan Garis Font  |  Jenis Font  |  Scrollable div  | Template untuk kandungan baru v2  |  Template Scrollable Table  |  Penggayaan caption gambar |  Saiz Gambar | Format dan Penggayaan Seksyen Kandungan Format Standard Gunakan format ringkas ini untuk gambar yang dimiliki interpretZZ atau bukan milik interpretZZ tetapi mempunyai keterangan gambar yang mencukupi. interpretZZ.com | [DAY]-[M2]-[Y] [T1] | [N1] @ Lokasi # Keterangan # [MAKE], [MODEL]  Versi kurang lebar interpretZZ.com | [DAY]-[M2]-[Y] [T1] @ Lokasi # Keterangan # [MAKE], [MODEL] # [N1] [Kandungan Template interpretZZ.com] Format Ringkas Gunakan format ringkas ini untuk gambar yang selalunya daripad...

[t21k22] Mencecah 2 Juta Bacaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Rupa-rupanya interpretZZ telah mencecah 2 juta bacaan malahan pada ketika ini rekod bacaan ialah 2027427  (dua juta dua puluh tujuh ribu empat ratus dua puluh tujuh) bacaan. Macam mana pula boleh tak perasan sedangkan bacaan seminggu cuma sekitar 15000, jadi mungkin mencecah 2 juta sekitar minggu lepas. Bacaan ke 1 juta  diperolehi pada 15 Jun 2020 iaitu 1 tahun 5 bulan 7 hari yang lalu atau bersamaan dengan 525 hari. Jumlah bacaan di antara 2 tarikh tersebut ialah 1027368 bacaan. Purata bacaan sehari ialah 1956 bacaan, dengan peningkatan sebanyak 298% berbanding ketika mencecah sejuta bacaan. Diharapkan dapat konsisten merekodkan jumlah bacaan melebihi 2000 sehari atau minimum 60000 sebulan. Terima kasih kepada yang sudi membaca, semoga ada manfaat yang anda perolehi. ~20211122~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasi...

Pertama kali dalam sejarah interpretZZ

Imej
Wow! Terngaga sekejap mulut Tedi hari ini. Gol ke 1000 Pele? Bukannya apa, tak sangka hari ini boleh mencecah 1000 paparan laman . Bagi rakan-rakan blogger yang lain, paparan 1000 itu mungkin ambil masa tak sampai sehari, tapi bagi interpretZZ pula, sehari selalunya tak sampai 100 paparan pun, hehehe. Untuk sebuah diari yang hanya dikemaskini selepas Tedi balik dari sekolah, ini agak mengembangkan hidung Tedi yang mancung ini. Dan buat pertama kali juga jumlah pengikut mencecah 100 orang. Terima kasih kepada semua yang sudi menuruti blog Tedi ni. Selepas ini Tedi akan cuba kemaskini hari-hari setiap kali balik sekolah. 20131010

[t20g11] Ringkas itu lebih

Berzaman-zaman Tedi tak faham apakah maksud "less is more". Tapi rasanya Tedi dah faham apabila mula gunakan blogger apps ni. Sebelum ni memang Tedi tak suka Blogger apps ni sebab terlalu simple. Fungsi yang disediakan amat terhad. Tapi kini Tedi mula menghargai keterbatasan yang ada pada Blogger apps ini. Tedi kini boleh bercerita pasal sesuatu tanpa fikirkan mengenai persembahannya di dalam interpretZZ. Tedi hanya mengarang dan fokus kepada karangan itu semata-mata. Tedi tidak perlu menghadap komputer riba berjam-jam. Tedi hanya perlu taip sesuatu yang ringkas, dan kemudian jika ada masa Tedi akan kemaskini menggunakan komputer riba. Seban itulah jika kawan-kawan perasan Tedi banyak kemaskini kiriman sedia ada. Itu adalah untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam kiriman asal. Dengan fungsi Blogger apps yang ringkas ini, Tedi boleh hasilkan lebih banyak karangan. Ringkas itu lebih. 20200711

[t14i07] Bacaan ke 100 ribu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Setelah sekian lama, akhirnya cecah juga seratus ribu paparan. Paparan ke seratus ribu ini adakah akan membawa impak yang besar kepada diri Tedi dalam dunia per-blog-an ini? Tedi tak tahu kerana ternyata Tedi masih tiada matlamat dalam dunia blog. Tedi mahu rehat dan santai-santai sambil menambah ilmu duniawi dan ukhrawi. Tak sangka coretan Tedi yang mengarut pun ada yang sudi membacanya. Walau bagaimanapun mungkin kunjungan akan berkurangan selepas ini dek penangan malware pada pekhidmatan pingbusuk.org.my . Sumbangan pingbusuk tu banyak juga dan cuma itu sahaja perkhidmatan yang Tedi suka guna, malas nak letak banyak-banyak dalam interpretZZ . Selepas ini kena bergantung kepada carian organik dan suapan sahajalah. Terima kasih semua.   Rekod Paparan interpretZZ [t21k22] Mencecah 2 Juta Bacaan Bacaan ke 1 juta [T18C26] 500000 kunjungi interpretZZ Bacaan ke 10,000...   ~2...

Coretan interpretZZ dicuri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Jika kawan-kawan dapat perhatikan bahawa gaya penulisan Tedi dalam interpretZZ ini telah berubah. Tedi mula menaip karangan ringkas tanpa sebarang penggayaan pada persembahan. Bukankah Tedi selalunya meletakkan gambar disertai dengan caption yang menjelaskan interpretasi pada setiap gambar tersebut? Tedi mungkin akan melupakannya buat sementara waktu kerana Tedi menjumpai ada laman web yang lebih terkenal telah menyedut kiriman-kiriman Tedi. Malahan laman web mereka pula berada di ranking atas carian Google padahal Tesi yang bersusah-payah memilih, menyunting dan menerbitkan satu-satu kiriman. Nak edit gambar bukannya senang, paling cepat Tedi dapat siapkan 1 gambar dalam 15 minit belum masuk teks yang diperlukan untuk menceritakan peristiwa yang berkaitan dengan gambar tersebut. Alih-alih ada pihak yang senang saja mencuri kiriman Tedi. Mereka kata laman web mereka yang membuatkan ramai pelawat mengunjungi blog interpretZZ ini. Tetapi tipu semu...

[t22i20] Mendapat 3 Juta Kunjungan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tangkap layar seminggu selepas kunjungan ke interpretZZ mencecah 3 juta. Pada ketika tangkap layar jumlah kunjungan adalah 3022423 iaitu pada 20220925. Tapi pada minggu ini purata kunjungan adalah 3500 sehari jadi jika dihitung, tarikh 20220920 adalah tarikh di mana intepretZZ mencecah 3 juta paparan. Kiriman berkaitan: [t21k22] Mencecah 2 Juta Bacaan [t20f15] Bacaan ke 1 juta [t18c26] 500000 kunjungi interpretZZ [t14i07] Bacaan ke 100 ribu ~20220920~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t13e18] Segmen? Apa pula tu?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Dua tiga hari sejak terjebak dalam aktivit membaca laman-laman blog di Malaysia ni, Tedi mulai menemui istilah-istilah baru. Sebelum ni Tedi mengenali istilah " blogwalking ", iaitu aktiviti melawat blog orang lain dan bertegur sapa di sana. Serupa macam kita melawat rumah jiran tetangga. Aktiviti ini dijadikan disiplin di mana para penulis blog akan memperuntukkan masa tertentu untuk melawat blog kawan-kawan mereka. Hari ni pula Tedi mula mengenali istilah " segmen ". Gambar kulit pilihan Tedi kali ini: " Teddy for her... "   Tedi bertanya kepada seorang blogger apakah itu "segmen"? Tengok nanti dia jawab tak? Mana tau manusia fikir Tedi ni ngada-ngada? Tadi dah baca pasal banyak binatang mati disyaki akibat bom . Lepas ni nak baca pasal pilih kasih di antara kumpulan haiwan lak. Tadi nak baca satu kiriman di  kakisem...

[t16f28] Diari Mata Buntal

Imej
Pelik sungguh, tak dapat Tedi lelapkan mata pada ketika ini, berbeza dengan suasana Maghrib tadi di mana Tedi mudah saja terlelap. Mungkin ini penangan kafein yang ada dalam secangkir kopi yang Tedi minum semasa moreh tadi. Rasanya ini adalah kali ketiga Tedi ambil kafein dalam bulan puasa ini, menjauhi sasaran sifar kafein yang Master cuba terapkan pada diri Tedi. Rasanya okay juga Tedi tidak minum minuman berkafein kerana ia elakkan Tedi daripada dahaga pada siang hari puasa. Tadi Tedi cuba hantar kiriman baru ke interpretZZ, sempat siapkan satu sahaja, sedangkan Master nasihatkan Tedi supaya siapkan 10 kiriman sehari. Tujuannya ialah supaya kalau setiap kiriman tu dapat 7 pageviews, maka kalau 10 dah dapat 70.. hehe.. Tapi tak mampulah Tedi, asalkan dapat hantar satu post pun dah cukuplah buat diri Tedi ini. Tambahan tiada apa nak dicoretkan. Tapi alasan itu takkan pernah menjadi makanan Master. Katanya apa yang Tedi lakukan setiap hari boleh dijadikan sebuah cerita. Mungkin ...

[t20i08] Berapa kemaskini untuk dapat 100 bacaan blog?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Mungkin gelak sahaja mereka yang membaca kiriman ini. Berapakah kiriman yang perlu kita terbitkan dalam laman blog untuk mendapat 100 bacaan sehari? Ini adalah persoalan utama ketika interpretZZ memulakan langkahnya. Mendapatkan 100 bacaan sehari bukan sesuatu yang mudah. Tiada formula yang tepat untuk mendapatkan jumlah 100 bacaan sehari. Kenapa hanya sasarkan 100? Ya, memanglah kita boleh tetapkan sasaran lebih daripada 100 bacaan. Tetapi seperti yang Tedi katakan, nak cecah 100 bacaan sehari bukanlah mudah. Ia memerlukan pengorbanan ataupun penipuan. Apabila kawan-kawan dah dapat 100 bacaan sehari, insya-Allah kawan-kawan sudah boleh lupakan kiriman ini. Kawan-kawan pasti dah jumpa teknik yang sesuai untuk blog kawan-kawan. Bagi kita yang baru nak bertatih ni, bila dapat 100 bacaan atau pageviews tu memang rasa seronok. Kalau tak dapat tu mungkin akan menyebabkan kita kecewa. Panjang pula intro, baik Tedi kongsikan sahaja teknik yang ...

[t22a11] Kamera-kamera interpretZZ

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Banyak cerita dalam interpretZZ ini berkaitan dengan gambar yang kami miliki. Ia menjadi indeks kepada koleksi gambar dalam Google Photos milik Master. Sumber gambar ini daripada pelbagai kamera, dan adakalanya kamera itu hanya dicatatkan dengan kod sahaja menyebabkan Tedi tak dapat kenali kamera apakah yang digunakan. Jadi kiriman ini adalah untuk senaraikan jenis kamera yang kami ada. Jenama    Kod     Nama   OPPO   Reno2   Reno2 Sony   G3226   Sony Xperia XA1 Ultra Dual SONY   ILCE-5000   Sony Alpha a5000 Xiaomi   M2101K7BG   Xiaomi Redmi Note 10S Xiaomi    Redmi Note 5A   Xiaomi Redmi Note 5A Prime           ~20220111~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Rekod Paparan interpretZZ

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Kiriman ini adalah untuk memuaskan hati sendiri merenung angka-angka di samping mengenang kembali permulaan interpretZZ . interpretZZ bermula pada bulan Mei 2012 dengan jumlah paparan 187 pada bulan itu, dan bulan Mei 2021 iaitu 9 tahun kemudian interpretZZ memiliki jumlah paparan 58548 sebulan. Setakat 20210705 rekod tertinggi adalah pada bulan Jun 2021 dengan 64728 paparan. 2021 Tahun 2021 ini adakah bakal menyaksikan interpretZZ melepasi 60000 paparan sebulan? Ya, pada Jun 2021, intepretZZ mencecah bacaan 64728. Adakah bakal berterusan? Bulan   Jumlah Paparan   Nota 08   76004   + 4262 07   71742   + 7014 06   64728   + 6180 05   58548    + 4711 04   53837    + 7259 03   46578    + 7411 02   39167   ...

T13G25 Tedi tak terkata: Ego seorang lelaki.

Imej
Saja-saja cuba Bing.com tajuk kiriman sendiri Tetapi apa yang Tedi perolehi ialah blog orang lain. Ego seorang lelaki merupakan salah satu kiriman Tedi yang Tedi suka sebab itu pengalaman seseorang yang rapat dengan Tedi. Tadi saja-saja Tedi cuba lakukan carian yang berkaitan dengan tajuk itu. Seperti biasa, tiada hasil yang merujuk kepada interpretZZ. Tapi ada 1 hasil carian yang menarik perhatian bukan kerana tajuknya sama, tapi ayat yang digunakan itu sangat serupa dengan gaya penulisan Tedi! Bangga sekejap kerana ada orang yang "menghargai" hasil karya Tedi. Karyalah sangat, hehehe. Tapi apabila Tedi lawat blog itu ternyata dia copy-paste  buta-buta jer . Sumber pun tidak dinyatakan, itu yang buat Tedi sangat sakit hati. Bukan satu sahaja kiriman Tedi disalinnya, ada beberapa lagi seperti: Hati itu umpama gelas  - pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan peribadi cerminan hati. Petua halau nyamuk tanpa guna racun nyamuk  - Tedi mencari cara mengh...

T16E05 Benarkah Tedi tidak feminin?

Imej
Ramai yang keliru dengan perwatakan Tedi. Mereka bertanya kenapa Tedi kurang bersifat kewanitaan? Tedi tak mahu jawab. Tapi kenapa pula mereka fikir Tedi ini kurang kewanitaan? Mungkin saja kerana Tedi minat cerita pasal bola, atau pasal kereta, atau pasal dinosaur? Kurangkah kewanitaan apabila berbicara hal itu semua? Bukankah Tedi ada bercerita berkenaan kucing? Pokok cili? serai? dan lain-lain lagi. Minat masing-masing lain-lain, dan itulah perspektif kita, saling berbeza. Kini, pada masa ini Tedi mungkin lebih minat berborak pasal Newcastle United, tentang perjuangan sebuah pasukan yang hampir sahaja tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris dan kini masih bergelut cuba mempertahankan kedudukan mereka di liga nombor satu England. Tapi itu tidak bermakna Tedi kurang kewanitaan. Tapi perlukah Tedi bersifat kewanitaan? Kenapa?   Apakah maksud feminin? Seperti biasa Tedi takkan puas hati kalau hanya menggunakan sahaja sesuatu perkataan tanpa mengkaji maksudnya. Maksud p...

T16D13 Berjalan-jalan di malam hari, moga ketemui apa yang dicari

Imej
Mommy sedang memasak di dapur, bekalan untuk esok hari. Mommy tanya nak ikan goreng biasa ka ikan goreng sambal? Pelik soalan Mommy itu... Tidakkah beliau mengerti bahawa seekor beruang yang comel makannya hanya layak ikan-ikan yang segar-bugar belaka. Nak mengarut pasal aktivit blogging minggu ni   Tedi baru sahaja balik dari aktiviti blogwalking . Sudah lama juga Tedi tidak melakukan aktiviti sebegini dek kerana dihambat kekangan masa. Siang bersekolah dan malam pula mahu menaip kata-kata mengarut, memang tiada masa dibuatnya. Tapi lebih baik Tedi mengarut di sini daripada Tedi menonton drama Suami Tanpa Cinta . Bosan. Bloqwalking pun Tedi sempat dalam 10 blog sahaja tadi. Ermm.. tadi sempat juga intai berapa lawatan dah blog Tedi ni dapat dalam minggu ni, adalah dalam 1107 setakat ni dengan lawatan terendah harian ialah 151 dan tertinggi 325 . Purata lawatan bagi 5 hari terkini adalah 221 laman setiap hari , satu angka yang tak Tedi jangka, walaupun tak sehebat...

Menyesal Pula Tukar Nama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamu'alaikum semua. Pada suatu masa dahulu Tedi mempunyai satu tabiat ketika menguruskan koleksi gambar-gambar yang ada. Tedi akan tukar nama fail gambar-gambar tersebut supaya menceritakan apakah peristiwa yang berkaitan. Tetapi kini Tedi menyesali tindakan Tedi itu. Ini adalah kerana gambar-gambar yang sama selalunya disimpan di tempat berlainan dan apabila namanya ditukar tidak semua tempat simpanan itu menerima kesannya. Tedi pun kadangkala tak tahu di mana gambar itu disimpan. Jadi apabila Tedi nak pastikan bahawa gambar itu sudah ada atau belum dalam Google Photos, berkemungkinan Tedi takkan menerima jawapan yang tepat, kecuali jika Tedi rajin nak periksa mengikut tarikh gambar diambil. Sudah pasti Tedi tidak melakukan perkara itu. Oleh itu mulai saat ini Tedi berikrar takkan pernah menukar nama gambar-gambar yang kami ada. Biarlah namanya seperti yang dicetak...

Biar Sampah daripada Tiada

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamu'alaikum semua. wawawa lama juga tak menaip di interpretZZ ni, cerita raya PKP 3.0 pun tak ada kan? hehehe. Sebelum 1 Jun Bukannya tak ada cerita tetapi Tedi tengah bertungkus-lumus muat naik gambar ke Google Photos . Selepas 1 Jun , Google akan kenakan bayaran apabila kita gunakan storan melebihi 15 GB , tetapi Google akan berikan pengecualian kepada gambar-gambar yang dimuatnaik sebelum 1 Jun . Jadi Tedi terpaksa menumpukan usaha kepada muat naik semua gambar yang ada sebelum tarikh 1 Jun 2021 tersebut. Mungkin ramai yang tak muat naik gambar ke storan di awanan ( cloud ) seperti Google Photos ini tetapi ia penting bagi Tedi kerana: sebagai backup jika apa-apa terjadi kepada hard disk fizikal milik kami, almaklumlah tiada makhluk yang kekal. mudah dicapai di mana-mana asalkan ada internet. perkhidmatan yang disediakan Google Photos memang terbaik melalui animasi,...

[T18C26] 500000 kunjungi interpretZZ

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Assolatu wassalamu 'ala nabi Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in Hari ini merupakan hari yang mana interpretZZ mencapai satu rekod baru. Hari ini interpretZZ telah mencapai kunjungan yang ke 500,000 (lima ratus ribu sahaja). Tangkap layar menandakan hari bersejarah di mana interpretZZ mencapai bacaan ke 500,000 Kiranya rekod kali adalah setelah interpretZZ mendapat kunjungan ke 100,000 (satu ratus ribu) pada 7 September 2014 (20140907) iaitu 3 tahun 6 bulan 18 hari yang lalu iaitu dengan perbezaan selama: 1295 hari 185 minggu 42 bulan 31080 jam Jika Tedi dengan rajinnya membuat kira-kira, secara kasarnya interpretZZ dibaca sebanyak: 308 halaman sehari 2162 halaman seminggu 9253 halaman sebulan 12 halaman sejam Jikalah nilai satu halaman tu satu sen (RM 0.01), kaya dah Tedi, hehehe. Malangnya ia hanya mimpi. Berbeza dengan zaman dulukala di mana Tedi berharap kepada ping busuk, pada masa sekarang Tedi lebih santai dan tid...

Buang foto daripada akaun Blogger

Imej
Uruskan gambar Blogger melalui Google Album Archive Logo Google Photos dan Picasa pada awal penampilan awal Google Photos.  Pada zaman sekarang sudah tiada Picasa Web Album kerana ia telah ditelan oleh Google Photos jadi kita sudah tidak boleh  buang gambar dalam kiriman di Blogger melalui Picasa Web Album . Namun kita masih boleh uruskan gambar dalam Blogger menggunakan Google Album Archive ( https://get.google.com/albumarchive ). Tedi pun berasa musykil kenapa tak boleh uruskan dalam Google Photos? Tetapi bagus juga kerana ini bermakna kita tidak memenuhkan storan dalam Google Photos di mana mulai 1 Jun 2021 kita akan perlu bayar jika mahu guna lebih daripada 15 GB. Mengikut fahaman Tedi, Google Album Archive adalah tempat di mana Google simpan semua gambar yang kita upload ke mana-mana perkhidmatan yang disediakan Google seperti Picasa Web Albums, Blogger, Hangout dan Google Photos. 2021055 Buang gambar blogger melalui Picasa Web Album Logo Picasa dan Blogg...

Saiz Iklan Paling Bagus untuk Mobile

Imej
Apakah Saiz Iklan Paling Sesuai untuk Mobile? Tedi telah lama berusaha untuk menambahkan pendapatan melalui Google Adsense ni namun masih belum membuahkan hasil. Jadi kalau kawan-kawan rajin, bolehlah tolong menabung di interpretZZ ni yaaa... hehe. Salah satu persoalan yang bermain di benak fikiran Tedi adalah apakah saiz yang paling sesuai untuk iklan Adsense di mobile seperti telefon pintar atau tablet? Tujuan utama adalah untuk meletakkan iklan tapi tidak beratkan laman blog mobile kepunyaan Tedi. Pada tahun 2014 saiz iklan mobile paling menarik bilangan CTR tertinggi adalah 320x100 . Tetapi pada suku ketiga tahun 2014, saiz iklan 320x50 dan 300x50 lebih banyak menarik pelanggan di atas telefon pintar, manakala saiz iklan 728x90 paling banyak dicapai di atas tablet. Saiz iklan yang lebih lebar adalah lebih cenderung menjana pendapatan berbanding iklan yang tinggi. Walau apa pun, saiz iklan terbaik adalah saiz iklan yang sesuai dengan laman anda. 20170116

Popular