Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel papan tanda

T15E10 House stay dan catering Kampung Sungai Leman, Sekinchan

Imej
Jika pulang dari Sungai Besar ke Sepang, pastinya akan terserempak dengan papan tanda ini House Stay & Catering Seolah-olah ia menjadi satu mercu tanda sedangkan ianya mungkin papan tanda biasa-biasa sahaja. Di kawasan papan tanda ini ada terletak sebuah kedai yang menjual Mentarang bakar dan juga sup Belut. Mentarang memang terkenal di jalan ini. Mentarang ini adalah sejenis binatang dikatakan sejenis siput tapi Tedi tengok macam keluarga kepah, tapi bentuk dia lonjong bujur tajam. House stay dan Catering di Sekinchan, 019-3445949, 017-3800188, Sungai Leman, Sekinchan, Selangor. #  20150310 # 20150510150831  #  Nokia Lumia 630 Dual SIM # Mungkin gambar ini tersilap label. Malangnya tiada gambar pada kedua-dua tarikh 20150510 atau 20150310 # Orang kata kalau nak makan mentarang ini jangan direnung sangat rupanya, dan Tedi bersetuju dengan pandangan itu, hihihi. Rasanya pula bolehlah sekadar nak cuba-cuba makan benda popular tetapi tiada pula membuatkan k...

T12J14 Papan tanda Rusa melintas?

Imej
Seorang wanita bernama Dona mengadu mengenai papan tanda Rusa melintas Seorang wanita di Fargo, N.D., Amerika Syarikat, ternyata tidak dapat menahan perasaan apabila dia membuat panggilan ke rancangan radio tempatan dan mengadu mengenai ketidaksesuaian lokasi papan tanda Rusa melintas Dia sebelum ini telah mengalami beberapa kemalangan melibatkan Rusa. Di antara aduannya ialah kenapa harus papan tanda itu diletakkan di kawasan lebuhraya yang sibuk? Kenapa tidak diletakkan di laluan yang kurang sibuk? Dia percaya papan tanda itu harus diletakkan di lokasi yang lebih sesuai untuk Rusa melintas. Macamlah Rusa melintas ikut arahan papan tanda. DJ radio bertugas cuba menjelaskan fungsi sebenar papan tanda itu, namun Dona ternyata tidak mahu mendengar penjelasan tersebut. Buat kawan-kawan yang tak faham fungsi sebenar papan tanda yang ada gambar haiwan, ia bermaksud "Awas! Kawasan binatang melintas" , bukannya papan tanda itu menunjukkan kawasan sesuai untuk melintas kepad...

T12J14 Awas! Jaga langkah di Naza Talyya

Imej
Minggu raya ini Tedi sibuk beraya sehingga tak sempat menconteng diari Nak muat-naik ( upload ) gambar raya, malas la pula nak salin ( copy ) gambar daripada kamera. Jadi buat sementara ini Tedi muat-naik dahulu gambar-gambar lama terutama yang berunsur abstraks, sesuai dengan nama diari Tedi ini, interpretZZ. Abstraks lah sangat kan? Caution Mind your step !!! Please ensure the balcony door is always locked before leaving your room. Maksud abstrak [ab.strak] Tulisan jawi: ابسترک Perkataan  Definisi  Contoh Ayat  Sumber abstrak  tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pan­caindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad  Kesetiaan adalah sesuatu yang abstrak.  Kamus Dewan Edisi Keempat abstrak  tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentang sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan).    Kamus Pelajar Edisi Ke...

Ladang Air Manis, Sabak Bernam, Selangor

Imej
"Selamat Datang ke Ladang Air Manis, Sabak Bernam."

Lurah Bilut

Imej
Mungkin tak ramai yang kenal Lurah Bilut. Tapi warga Felda seperti Master amat bangga dengan Felda yang terdapat di sana. Felda Lurah Bilut merupakan Felda yang pertama di Malaysia. Tapi kalau tak silap ayah Master ada kata yang ada lagi Felda terawal daripada Lurah Bilut ini. Master sebenarnya teringin nak pergi ke Lurah Bilut. Teddy tunggu je Master ajak. Papan tanda ke Raub, Kuala Lipis & Lurah Bilut. mahaguru58.blogspot.com 20130327

Canon Camera "Gila-Gila" Sale

Imej
Gambar ni masa Mommy dan Master bawa Tedi window shopping produk keluaran Canon, salesman nak tunjuk berapa jauh boleh zoom. Disebabkan gambar tu ada kat sini, kawan-kawan rasa Master & Mommy beli tak? Hehehe. Canon Camera "Gila-Gila" Sale! 27 Ogos - 27 September 2011 20110924

Utamakan Bahasa Melayu

Imej
Utamakan Bahasa Melayu Sumber:  cikgufais.wordpress.com  via Bing 20121003

Lorong Kanan Bukan untuk Pemanduan Laju

Imej
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad, dan salam buat keluarga Baginda, dan juga para sahabat Baginda.   Karangan Tedi kali ini adalah hasil pemikiran Tedi apabila terbaca papan tanda dalam Bahasa Melayu yang berbunyi "Ikut Kiri Kecuali Memotong", ditambah dengan perbincangan dan perbahasan bersama beberapa rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Ikut Kiri Kecuali Memotong Sumber gambar: Destinasi Bajet ke Air Terjun Sungai Pisang di Gombak di Malaysia Ini adalah papan tanda yang sinonim kepada para pemandu di Malaysia. Mereka memahami daripada mesej di papan tanda tersebut sebagai "jangan bawa perlahan di lorong kanan". Dalam erti kata lain pemandu di Malaysia memahami bahawa lorong kanan adalah lorong untuk pemanduan laju. Jika mereka berasa bahawa mereka sedang memandu laju, maka mereka harus kekal memandu di lorong kanan. Seorang pakcik dari United Kingdom telah mengutuk pemahaman mereka itu...

Syabas kerana anda hadir ke sekolah

Imej
Haa... rajin-rajinlah pergi sekolah. Tedi pun rajin pergi sekolah :) Syabas kerana anda hadir ke sekolah hari ini datang dengan harapan pulang dengan kejayaan budi bahasa budaya kita Sumber:  muhassigns.blogspot.com

Selamat datang ke Universiti Malaysia Kelantan (2009)

Imej
Welcome to Universiti Malaysia Kelantan. Selamat Datang ke Universiti Malaysia Kelantan. "Entrepreneurship is Our Thrust" Ini adalah foto di Universiti Malaysia Kelantan di Kampus Sementara UMK Pengkalan Chepa. Bangunan atau jabatan atau fakulti yang ada: Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan. Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah. Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) Pusat Pengurusan dan Pembangunan Akademik. Unit Pengurusan Pengajian Siswazah. Pusat Kecemerlangan Warisan, Pejabat ECER - KPT - UMK. Jabatan Canselori. Jabatan Pendaftar. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Jabatan Pembangunan Infra dan Perkhidmatan. Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Ko Kurikulum. Jabatan Bendahari. Perpustakaan. 29 April 2009 jam 6:11 petang.   Kampus Sementara UMK menggunakan deretan rumah kedai di Pengkalan Chepa. Tiada bilik kuliah ...

Dilarang Memancing

Imej
Kawan2 Tedi yang dihormati sekalian. Jika anda nampak papan tanda ini, sila jangan memancing di sana! Tak faham? No fishing! Kenapa tidak boleh memancing di sana? Banyak sebabnya, tapi di lokasi yang Tedi snap gambar ini, ia adalah kawasan persendirian, jadi mungkin pemilik tanah tersebut tidak mahu permisnya menjadi tumpuan para pemancing. Lokasi mana Tedi  snap gambar papan tanda dilarang memancing ni? Inilah papan tanda dilarang memancing di tasik The Mines yang Tedi ambil masa hadiri satu majlis kenduri kahwin di sana. Selain itu boleh jadi juga larangan memancing dikeluarkan untuk memelihara populasi ikan, atau untuk mengelakkan gangguan kepada masyarakat, contohnya gangguan kepada aliran trafik apabila manusia memancing di tempat tidak sepatutnya. Dilarang memancing No Fishing Tapi buat apa nak memancing kan? Nganga mulut cukuplah, macam ni. Barulah digelar beruang sejati! Haha, selain gambar papan tanda Dilarang Memancing yang Tedi tangkap tersebut, apakah...

Long Ghaffar

Imej
Papan tanda yang merumuskan kisah Long Ghaffar.

Panorama di Kuala Pilah

Imej
Tak tahulah ketika ini Mommy dan Master nak ke mana? Tapi kalau melihat kepada papan tanda tu rasanya macam di Kuala Pilah, mungkin nak balik ke Felda Bukit Rokan Utara... Jika nak balik ke Felda Bukit Rokan Utara melalui Kuala Pilah, kita akan menuju ke kanan iaitu ke Tampin atau Melaka. Dari Salak Tinggi atau Seremban, kita akan melalui Taman Rekreasi Ulu Bendul sebelum menemui persimpangan ini. Ia adalah simpang empat tetapi lebih kepada simpang 3 sebab ada 1 lorong itu dilarang masuk dari jalan besar. Jika anda perhatikan di belakang papan tanda tu ada satu bangunan bertarikh 1965, menunjukkan Kuala Pilah ini memang ada mempunyai bangunan-bangunan lama yang masih digunakan dan rekaannya memang klasik. Gambar menunjukkan satu papan tanda jalan berlatarbelakang bangunan lama yang dibina pada tahun 1965. Arah kiri menuju ke: Bahau, sebuah pekan yang mempunyai stesen keretapi milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang menyambungkan landasan keretapi timur dan barat semenanjung Malaysia. K...

Popular