Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Canon Canon DIGITAL IXUS 80 IS

[t11e30] Menunaikan Umrah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Melawat Ladang Unta Salah satu aktiviti semasa Mummy dan Master menunaikan umrah ialah melawat ladang unta. Mereka ke sana dengan pakaian ihram kerana selepas itu mereka pergi berniat di miqat untuk menunaikan umrah. Bau unta ini sungguh kuat dan melekat di pakaian ihram walaupun Master duk jauh-jauh. Selain bergambar dengan unta para pengunjung boleh cuba krim wajah berasaskan susu unta. Boleh juga beli susu unta dalam botol. Sayangnya Master tidak sempat mencuba susu unta kerana ia basi setelah disimpan semalaman. Master dan Mummy bergambar berlatarbelakangkan sekawanan unta di ladang unta. Bergambar dengan unta jauh-jauh pun boleh melekat bau unta di pakaian kita. # Monday, 30 May 2011, 12:28 # 20110530 # Kamera: Canon DIGITAL IXUS 80 IS # Gambar: IMG_7048 # Gambar mata seekor unta di ladang unta di Arab Saudi mungkin berhampiran Telaga Hudaybia di kawasan Shamaisah. # Monday, ...

[t11j09] Mummy's teambuilding di Taiping hari kedua

Imej
Hari ini adalah hari kedua Mommy sertai aktiviti bina pasukan (teambuilding) Telekom Malaysia bertempat di Taiping. Koleksi gambar untuk hari pertama boleh didapati dalam kiriman Tedi sebelum ini yang bertajuk " Panorama: Bandar Warisan Taiping, Perak " Gambar di bawah menunjukkan aktiviti luar (outdoor) yang Mommy sertai dalam aktiviti bina pasukan bermula sekitar jam 9 pagi. Gambar menunjukkan sebuah kereta mahal berwarna merah di hadapan papan tanda Zoo Taiping and Night Safari. Safari malam itu menawarkan pengalaman "pemandangan dan bunyi eksotik oleh hidupan liar di Malaysia" kepada para pengunjung. Tetapi kalau menurut komen beberapa pengunjung memang berbaloi untuk sertai safari malam di Taiping kerana pada waktu malam haiwan liar agak lebih aktif berbanding pada waktu siang. Gambar menunjukkan batu tanda hadiah taman permainan kanak-kanak daripada Battalion ke-2, Rejimen New Zealand pada tahun 1961. This play ground is presented to the children of ...

Pembinaan Table Top Bermula

Imej
Hari ini bermula pembinaan  table top berasaskan konkrit di kediaman baru kami di Bandar Baru Salak Tinggi. Table top konkrit dipilih kerana ia lebih tahan dan murah, semoga ia tahan menerima hentakan lesung batu semasa penyediaan sambal belacan... Table top adalah bahagian atas meja untuk kegunaan seharian suri rumahtangga di dapur. Hari ini juga Master pergi beli rel langsir atau landasan langsir di kedai perkakasan di Taman Seroja. Jenuh jugalah nak sumbat rel langsir yang panjang tu ke dalam kereta Proton SAGA BLM, terjulur keluar dari tempat duduk penumpang depan ke tingkap belakang. Tak kisahlah asalkan rel langsir tersebut sampai ke destinasi. Hari ini Master mengenakan jersi Newcastle United berwarna oren tajaan Northern Rock dan berjenama PUMA yang dibeli di Stadium Shah Alam. Gambar-gambar ini dirakam menggunakan kamera Canon Canon DIGITAL IXUS 80 IS. 20120715

Menara TM dan TM Annexe 1 dan TM Annexe 2

Imej
Tedi membesar bersama kenangan di sekitar Menara TM dan TM Annexe 1 dan TM Annexe 2. Tidak dapat Tedi lupakan bagaimana Menara TM gah di kawasan Jalan Pantai Baharu ketika kawasan Kerinchi masih belum dipanjat bangunan-bangunan tinggi. Malangnya pada zaman itu kamera digital adalah sesuatu yang eksotik. Laman ini akan menyimpan beberapa foto menara-menara tersebut sekadar apa yang ada. Menara TM, Bangsar  juga dikenali sebagai Menara Rebung di kalangan peminat filem Avengers ia dikenali sebagai Stark Tower kerana rekaannya yang hampir sama dengan rekaan menara filem superhero tersebut. TM Annexe, Bangsar terdapat 3 menara di mana 2 daripadanya milik TM, iaitu TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 menara yang ketiga itu jika namanya mungkin Annexe 3 telah terbengkalai, dan kemudiannya disiapkan dan diduduki oleh Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar. Persekitaran Menara TM, TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 Koleksi gambar: 19 Februari 2019  |  28 September 2016: Puncak Rebung |...

Popular