Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel teknologi maklumat (information technology)

Tonton TV melalui HyppTV Everywhere

Imej
Tonton TV melalui HyppTV Everywhere Malam ini Master nak tonton Final Piala Malaysia di antara Selangor dan Kedah yang berlangsung di Stadium Shah Alam Malangnya Mommy nak conquer TV kerana ada Gegar Vaganza, padahal siaran Gegar Vaganza tu yang tahun lepas lepas lepas pun ada ulangannya. Terpaksalah cari alternatif macam mana nak tonton TV, perlukah Master menonton siaran lansung Final Piala Malaysia itu di kedai makan? Malas pula Master nak tonton di luar kerana tidak seseronok menonton di rumah sendiri Teringat pasal HyppTV Everywhere Master teringat pasal HyppTV Everywhere dan mula install aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar ZTE Blade , kemudian register akaun, dan kemudian login. Mudah saja. Tapi apabila nak tonton TV, duk loading sahaja tanpa ada sebarang gambar. Kemudian di rumah Master cuba pula guna web browser untuk menonton HyppTV Everywhere. Selepas beberapa kali cuba install plugin yang diperlukan dengan sedikit sumpah seranah ke atas TM akibat kesukara...

[t16i22] 10 Langkah Tangani Serangan Ransomware

Imej
Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi Tedi. Pertama kerana ada permintaan untuk menambah satu fungsi baru ke dalam Modul Akses Terlindung. Keduanya, kerana ada satu isu peningkatan trafik yang menyebabkan salah satu pengguna sistem Tedi terhalang daripada menghantar data. Apa yang membimbangkan adalah setelah disiasat, didapati bahawa ada mesin mereka yang telah diserang ransomware yang Tedi gelar perisian tebusan. Ia adalah satu perisian hasad yang akan menyulitkan fail dalam komputer anda, dan meminta anda membayar tebusan jika mahukan kandungan fail itu dinyah-sulitkan. Bagi kita semua, penting untuk kita menangkis serangan ransomware ini kerana tentunya kita tidak mahu membayar untuk fail milik kita sendiri, tambahan fail-fail itu kita perlukan dalam kehidupan kita di zaman IT ini. Untuk menangani serangan ransomware, pegawai IT dan keselamatan maklumat perlu melakukan perkara berikut: Pastikan semua aset digital dan lokasinya ditanda kan dengan jelas untuk men...

[t17j02] Bagaimana install SportsDevil pada KODI 17 Krypton

Imej
Tidak dapat dinafikan bahawa add-on SportsDevil adalah add-on yang paling Tedi gemari untuk menonton siaran langsung bolasepak England dan antarabangsa menggunakan aplikasi Kodi. Sebabnya SportsDevil ni senaraikan semua perlawanan secara langsung dalam satu senarai jadi kita tak perlu cari ikut saluran TV satu-persatu. Lagi satu ada 2 channel yang Tedi suka iaitu dimsum dan firstrowsports.eu yang agak stabil siaran live streaming mereka. Malangnya add-on SportsDevil adalah dari sumber luar maka kita kena tanggung sendiri sebarang risiko kerugian akibat penggunaan add-on tersebut. Di bawah adalah langkah-langkah untuk pasang SportsDevil pada Kodi 17.3 : Klik ikon Settings di sebelah kiri atas kodi. Pergi ke System Settings -> Addons. Pastikan pilihan ‘Unknown Sources’ telah dipilih. Tanpanya kita takkan dapat install add-on daripada pihak ketiga. Apabila ada pop-up amaran yang menyatakan kita kena tanggung jika ada apa-apa berlaku seperti kecurian...

[T21I04] Router Unifi ditukar

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kebelakangan ini gajet keluarga kami menghadapi masalah dengan sambungan WiFi, terutamanya di tingkat atas rumah kami. Masalahnya ialah sama ada sambungan internet terputus, atau WiFi ada tetapi "no internet". Master telah bertanya kepada pakcik Khairi seorang rakan penyokong Kedah Darul Aman FC yang memang bekerja dalam bidang rangkaian komputer. Dia suruh Master restart router sama seperti apa yang Tedi tulis dalam  Kenapa kena reboot router? . Master kata jenuh dah asyik nak restart router tu. Jadi pakcik Khairi mencadangkan agar beli router baru yang lebih canggih dan bijak, harga dalam RM 300. Erm, nantilah, hahaha. Atau jika tak mahu beli, boleh minta TM tukar router yang digunakan sekarang ini kerana ia sudah terlalu lama. Betul juga tu. Semasa Master bertanya kepada pak teh Judin, dia ada ajar bagaimana nak analisa WiFi di sekitar rumah untuk mencari  ch...

T19E06 Akses Residential Gateway Unifi

Imej
Tedi selalu juga masuk ke dalam Residential Gateway Unifi ni untuk setting wireless fidelity di rumah kami, terutamanya apabila Tedi merasakan bahawa TM unifi di kediaman kami ni tiba-tiba sahaja perlahan... Kami bukannya gunakan Unifi Mobile atau TM Net Unifi! Sebaliknya kami gunakan Unifi package 10-Mbps, sepatutnya laju berdesuplah kan? Kalau nak perlahan tu boleh sahaja dengan syarat bagi kami Unifi free, kalau setakat saluran siaran hyppTV free baik tak payah. Malam ni Tedi nak kena set WiFi semula supaya box IPTV HyppTV boleh akses internet. Selain itu Tedi sengaja nak putuskan talian internet dari Telekom Unifi kami ni manalah tahu ada makhluk bijak pandai yang menumpang capaian internet Unifi kami.   Ini adalah beberapa langkah kena buat yang perlu dilakukan untuk reset WiFi Unifi. Sambung ke rangkaian internet Unifi rumah anda Buka web browser dan masukkan link http://192.168.0.1 Masukkan nama pengguna dan kata laluan dan login. Bagi kes kami pengguna tahap adm...

Saiz Iklan Paling Bagus untuk Mobile

Imej
Apakah Saiz Iklan Paling Sesuai untuk Mobile? Tedi telah lama berusaha untuk menambahkan pendapatan melalui Google Adsense ni namun masih belum membuahkan hasil. Jadi kalau kawan-kawan rajin, bolehlah tolong menabung di interpretZZ ni yaaa... hehe. Salah satu persoalan yang bermain di benak fikiran Tedi adalah apakah saiz yang paling sesuai untuk iklan Adsense di mobile seperti telefon pintar atau tablet? Tujuan utama adalah untuk meletakkan iklan tapi tidak beratkan laman blog mobile kepunyaan Tedi. Pada tahun 2014 saiz iklan mobile paling menarik bilangan CTR tertinggi adalah 320x100 . Tetapi pada suku ketiga tahun 2014, saiz iklan 320x50 dan 300x50 lebih banyak menarik pelanggan di atas telefon pintar, manakala saiz iklan 728x90 paling banyak dicapai di atas tablet. Saiz iklan yang lebih lebar adalah lebih cenderung menjana pendapatan berbanding iklan yang tinggi. Walau apa pun, saiz iklan terbaik adalah saiz iklan yang sesuai dengan laman anda. 20170116

Bagaimana Google Map dapat maklumat trafik

Imej
Alhamdulillah, Tedi telah terpilih sebagai penguji beta untuk aplikasi Google Map. Oleh itu Tedi telah memilih untuk mula gunakan Google Navigation berbanding Waze. Tedi kadangkala terfikir adakah Google Map lebih baik berbanding Waze? Bagaimana pula Google Map boleh dapatkan maklumat trafik masa nyata padahal aplikasi tersebut tidak benarkan pengguna masukkan data sebagaimana Waze. Setakat ini Tedi lebih banyak sampai ke salah tempat apabila menggunakan Google Map berbanding Waze, selain Google Map juga kurang tepat mengesan jalan yang kita lalui contohnya dia akan fikir kita duduk di jalan sebelah. Oleh itu apabila sesat, Tedi akan tutup Google Map dan gunakan Waze. Berbalik kepada persoalan bagaimanakah Google Map memperolehi data? Melalui pembacaan Tedi, Google Map gunakan data daripada 3 sumber utama. 1. Google Location Service Apabila pengguna gunakan Google Map, aplikasi tersebut akan dapatkan lokasi pengguna menggunakan Google Location Service dengan erti kata lain mengin...

Amazon lancarkan perkhidmatan video atas talian, saingi YouTube

Imej
Amazon telah melancarkan perkhidmatan video atas talian yang dikenali sebagai Amazon Video Direct . Perkhidmatan video atas talian tersebut menyediakan perkhidmatan untuk para penggunanya memuat naik video dan kemudian memperolehi keuntungan melalui iklan, royalti dan sumber-sumber lain. Perkhidmatan video atas talian itu juga membenarkan kandungan yang dimuatnaik untuk disewakan, dimiliki, atau ditonton secara percuma beserta iklan. Langkah Amazon ini adalah satu persaingan kepada perkhidmatan video atas talian YouTube yang dimiliki Google . Nampaknya Amazon cuba mengejar YouTube sekaligus memperolehi pendapatan melalui trend terkini di mana pengguna menonton video on demand secara suapan langsung. Mungkin jika pada suatu masa nanti semakin banyak syarikat memperkenalkan perkhidmatan sebegini, monopoli ASTRO ke atas saluran TV berbayar di Malaysia akan pecah, dan mereka terpaksa menurunkan harga langganan perkhidmatan mereka. Video atas permintaan ( video on demand ) ten...

TNG baru bernama RFID TAG?

Imej
Gambar kenderaan di lebuhraya, logo Prolintas, dan papan tanda SmartTAG dan RFID TAG.   Mungkin kawan-kawan pernah terserempak dengan papan tanda terbaru RFID TAG seperti dalam gambar di atas. Font nya memang susah nak baca jadi memang tak ramai tahu ia dibaca sebagai RFID bukannya RED, REID, RAID. Tedi tertanya-tanya apakah benda alah RFID TAG tersebut? Jadi setelah melakukan kaji selidik melalui Google, Tedi mendapati bahawa RFID TAG adalah satu projek untuk menggunakan teknologi RFID dalam urusan pembayaran tol di Malaysia. RFID adalah singkatan kepada Radio Frequency Identification (Pengenalan Frekuensi Radio) yang menggunakan medan elektronik untuk membaca penanda (tag) khas yang dilekatkan pada sesuatu objek. Teknologi ini sepatutnya lebih pantas dan lebih murah berbanding teknologi sedia ada, tapi tak tahulah sama ada ia akan menjadi mahal di bumi Malaysia ni? RFID TAG itu boleh dilekatkan di cermin kereta, atau pada lampu hadapan, tertakluk kepada penyedia sticke...

Masalah VPN client oleh H3C

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Masalah semasa gunakan VPN oleh H3C Masalah semasa gunakan DNT IEC SSL VPN pada browser IE 11 (Internet Explorer 11) atas Windows 10. VPN client ini dibangunkan dan disediakan oleh Copyright(C) 2004-2013 Hangzhou H3C Technologies Co., Limited. Master nak gunakan VPN untuk masuk ke rangkaian kerja pejabat beliau oleh itu kena gunakan VPN (Virtual Private Network) atau mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai Rangkaian Kerja Maya Peribadi. Ia seperti internet tetapi terhad kepada sesiapa yang ada akses kepada rangkaian kerja ini. Oleh itu kita kena gunakan VPN client untuk mendapat kebenaran masuk ke dalam rangkaian kerja ini. Jadi masalah yang Master hadapi ialah VPN Client ni tidak berfungsi. Tedi dah cari dalam internet tetapi kelakarnya tiada jawapan kepada masalah ini, satu benda biasa kalau gunakan teknologi daripada China ni. Mesej masalah Failed to delete the client file. SetDeleteInfo: failed to configure the clear...

MAE: Satu-satunya e-Dompet Patuh Syariah?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Wow, terkesima Master membaca notifikasi daripada aplikasi M2U itu. Tambahan beliau dan kawannya baru sahaja berbincang mengenai e-dompet atau e-wallet patuh syariah di Malaysia ni. Master menggunakan 3 e-dompet setakat ini iaitu Boost, Setel, dan TNG e-Wallet. Baru sahaja pada bulan Ramadhan lalu Master membayar zakat fitrah menggunakan e-dompet Boost , tiba-tiba sahaja ada persoalan mengenai e-dompet patuh syariah. Mengikut pengetahuan Master, jika nak bayar zakat tak boleh gunakan kad kredit konvensional, jadi secara teorinya jika nak bayar zakat guna e-dompet, maka e-dompet itu sendiri perlu patuh syariah. Jika institusi zakat hanya mementingkan penerimaan duit tanpa menapis daripada mana duit itu datang, maka secara automatik ia akan menyumbang kepada penggalakan amalan riba yang dilarang Allah.  Wow, berat juga isu ini. Jika betullah MAE sahaja e-dompet patuh syariah, maka ini satu titik asas untuk Master mula menggunakan MAE daripa...

Perisian komputer: Koleksi Hadith Bukhari, Muslim, Malik dan Dawud oleh Imaan Star

Imej
Snapshot perisian koleksi hadith Bukhari, Muslim, Malik, dan Dawud oleh Imaan Star ( http://www.imaanstar.com/hadith.php ) Imaan Star merupakan sebuah laman web yang menyediakan perisian komputer, e-book, dan multimedia percuma untuk dipindah turun oleh umat Islam khususnya. Semua aplikasi ini adalah dalam Bahasa Inggeris. Semoga ianya akan memberi manfaat kepada sesiapa yang berminat. 20130603

Guna e-wallet Boost bayar zakat fitrah.. sungguh mudah

Imej
Tahniah Tedi ucapkan kepada Boost kerana menyediakan kemudahan membayar zakat fitrah secara elektronik. Kawan-kawan tak kenal Boost? Boost adalah aplikasi e-wallet (dompet elektronik) yang membolehkan kita membuat bayaran hanya menggunakan telefon pintar. Ada beberapa cara bayaran seperti kita imbas kod QR peniaga, atau paniaga imbas kod QR kita, dan ada juga kita boleh bayar terus melalui Boost! Tahun ini Boost memperkenalkan kemudahan bayar zakat fitrah dan zakat harta melalui aplikasi tersebut. Memang mudah, Master hanya pilih pusat zakat (Pusat Zakat Selangor) dan kemudian pilih harga beras (ada 3 jenis beras untuk Selangor), dan masukkan bilangan orang yang Master bayarkan zakat (empat orang bagi keluarga kami). Kemudian bayar, selesai. Resit bayaran zakat fitrah Negeri Selangor melalui e-wallet Boost. Tahun ni Master bayar sebanyak RM 84.00, iaitu RM 21 sekepala. Ini adalah bayaran termahal mengikut harga beras yang kita makan. Tidaklah bermakna kami makan beras basmathi se...

Master di UXChange Malaysia 2017 di Hotel Intercontinental

Imej
Hari ini kami keluar awal dari rumah ke Bangsar South, kerana Master ada kursus UXchange Malaysia 2017 di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur . Kami bertolak dari Bandar Baru Salak Tinggi pada jam lebih kurang 6.40 pagi. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang sejam, maka kami tiba di Bangsar South sekitar jam 7.40 pagi. Alhamdulillah perjalanan pagi tadi kurang kesesakannya di Lebuhraya Pantai Baharu , tetapi berlaku kesesakan jalan raya yang agak teruk di Lebuhraya Maju Putrajaya hala Kuala Lumpur.

Popular