Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _berita_luar_negara

Beradab di Facebook dan Twitter, atau sedia untuk dihumban ke dalam penjara.

Imej
Adakah Menyakiti Hati Orang Lain di Facebook & Twitter Satu Jenayah? Kita semua mungkin mempunyai berbeza pendapat mengenai perkara ini. Namun, apa yang pasti dan kita semua setuju adalah kepentingan menjaga kesopanan serta etika ketika menggunakan kedua-dua platform media sosial tersebut. Bagaimanapun, negara Grenada mengambil langkah yang jauh lebih drastik! Mereka telah memperkenalkan satu rang undang-undang yang membolehkan orang ramai melaporkan sebarang perbuatan yang menyakitkan hati mereka di Facebook dan Twitter terus kepada pihak polis. Seterusnya, hakim akan menentukan sama ada sesuatu kiriman atau post tersebut benar-benar mengganggu emosi mangsa. Jika terbukti bersalah, pesalah boleh dikenakan denda sehingga $37,000 atau hukuman penjara sehingga 3 tahun ! Hahahaha... kalau undang-undang macam ni dilaksanakan kat tempat kita, mahu gelak sendirian la jawabnya dalam lokap nanti. Sumber: 🔗 Offend Someone on Facebook, Go to Jail i...

Penganiayaan oleh penyeludup orang Rohingya kini merebak ke Malaysia

Imej
(Reuters) - Beratus-ratus penyeludup manusia dilaporkan telah mengurung orang Islam Rohingya di rumah-rumah di utara Malaysia , membelasah mereka, menafikan mereka makanan, dan menuntut wang tebusan dari keluarga mereka, menurut laporan terperinci mangsa.   Laporan kepada Reuters mencadangkan bahawa kumpulan pemerdagangan manusia memindahkan operasi mereka ke Malaysia kerana pihak berkuasa Thai memusnahk khemah di kawasan hutan berhampiran sempadan yang telah menjadi penjara bagi pencari suaka Muslim yang melarikan diri dari penganiayaan di Myanmar. Polis di negeri-negeri utara Malaysia Pulau Pinang dan Kedah telah menjalankan beberapa serbuan di beberapa buah rumah dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk operasi pada bulan Februari yang menemui empat lelaki Rohingya diikat bersama dengan rantai logam di sebuah apartmen . Tetapi wawancara Reuters mendedahkan rangkaian pemerdagangan pada skala yang lebih besar daripada apa yang pihak berkuasa akui setakat ini, dengan br...

Bayi Mesir dinamakan 'Facebook'

Imej
Pemberian nama 'Facebook' bukan sekadar suka-suka Semua ibu bapa pasti mahukan anaknya menjadi orang yang berguna. Selalunya anak-anak akan diberi nama dengan gelaran yang baik-baik supaya menjadi doa kepadanya. Lebih-lebih lagi jika si ibu bapa merupakan orang Islam.   Itulah juga yang bermain di fikiran penjaga 'Facebook' apabila mereka menamakan bayi mereka sempena gergasi rangkaian sosial itu.   "Terima kasih Facebook" Hutang gambar:  Richard Engel Kisahnya   Rangkaian sosial seperti Facebook & Twitter memainkan peranan penting dalam kebangkitan rakyat Mesir menentang penindasan pemerintah. Medium ini digunakan untuk menganjurkan sebarang aktiviti/perhimpunan. Pada bulan Januari, kerajaan Hosni Mubarak cuba menyekat rangkaian sosial dan juga telefon bimbit untuk menghalang penganjuran aktiviti2 yang menentang kerajaan, menunjukkan betapa gerunnya mereka kepada perkhidmatan2 itu. Sebagai mengingati sumbangan itu seorang bayi Mesir dinamakan dengan nama...

Belarus buang 4 kosong daripada matawang Ruble

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Belarus telah membuang empat angka kosong daripada mata wang ruble , mengubah semula nilai mata wang negara itu untuk kali ketiga sejak 1992. Nilai baru 1 Belarusian Ruble adalah bersamaan dengan 10000 Belarusian Ruble lama. Keputusan itu diumumkan pada tahun lepas lagi apabila Belarus dilanda krisis ekonomi yang memaksa negara itu mengurangkan nilai rasmi mata wang berbanding mata wang dunia yang lain. Perubahan mata wang ini bertujuan untuk menyederhanakan transaksi kewangan, mengurangkan kos pencetakan wang, dan meningkatkan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap mata wang ruble . ~20160701~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t17h25] Lihat gerhana matahari di Amerika Syarikat

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ KUALA TERENGGANU - Sekumpulan ahli akademik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) telah ke Seattle, Amerika Syarikat bagi membuat pencerapan gerhana matahari penuh yang berlaku di negara itu pada 21 Ogos lalu. Delegasi itu diketuai pensyarah ilmu falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Prof Madya Dr Baharrudin Zainal dan turut disertai pelajar siswazah Unisza, Agku Bolkhizan; Koordinator Kelab Astronomi Amatur Malaysia, Shahrin Ahmad dan dua orang lagi pencerap. Menurut Dr Baharuddin, gerhana itu bermula jam 9.16 pagi waktu Oregon, Amerika Syarikat dan mula penuh pada jam 10.19 pagi. “Menariknya, fenomena kali ini hanya berlaku di Amerika Syarikat sahaja. Lokasi cerapan oleh kumpulan kami di Ashwood, yang disertai juga oleh pencerap dan penduduk tempatan. “Tempoh penuh gerhana kali ini selama 2 minit 3 saat dan boleh dilihat dari pantai b...

[t13k19] San Francisco belanja USD$105000 untuk tunaikan impian Batkid

Imej
Impian kanak-kanak menjadi hero pujaan ramai direalisasikan.     Pada hari Jumaat lepas, penduduk San Francisco beramai-ramai memeriahkan majlis sempena meraikan Miles Scott sebagai Batkid . Program itu ditaja oleh Make-A-Wish Foundation , tetapi San Francisco tetap terpaksa berbelanja USD$ 105000 untuk majlis itu. Kebanyakan kos yang terlibat adalah untuk menyediakan sistem audio-visual gergasi di Moscone Center , di mana Miles Scott bertemu datuk bandar Ed Lee . Persiapan itu terpaksa dibuat apabila penganjur mendapati hampir 14000 penonton akan hadir. San Francisco menyatakan kos itu akan ditampung oleh keuntungan daripada konvensyen-konvensyen yang akan diadakan di Moscone Center . Mesti kawan-kawan terfikir kenapa mereka boleh layan imaginasi seorang budak sehingga macam tu sekali? Mungkin San Francisco sudah terlalu kaya atau sudah tiada orang miskin maka impian sebegini yang dituruti. Sebenarnya Miles Scott adalah penghidap leukimia sejak berumur 18 bulan. Pada awal...

T13I19 Kembalikan $42000, dapat $89000 ... dan masih meningkat.

Imej
Ini bukan kisah dongengan sebaliknya sinetron asli kehidupan. Apa punya ayat Tedi guna tu? Hehehe. Kisahnya di Boston terdapat seorang lelaki gelandangan. Hidupnya sehelai sepinggang, tiada berumah. Pada suatu hari dalam minggu ini, tiba-tiba dia menemui satu beg galas yang mengandungi $42000 . Dollar tau, bukan Ringgit Malaysia. Jumlahnya mungkin mencecah MYR 132,832.56 mengikut kadar tukaran asing pada masa ini. Boleh semak di "Kadar tukaran asing US Dollar kepada Ringgit Malaysia" . Lelaki bernama Glen James itu secara naifnya berfikir, ini bukan miliknya. Dia segera memulangkan semua wang itu kepada pihak berkuasa! Apalah bodohnya pakcik tu? RM 132,826 tu! Bukannya sikit! Pakcik Glen James dipuji oleh pesuruhjaya Boston Police. (Kredit: Steven Senne/AP) Dia dipuji sebagai hero (mengalahkan Spiderman dan Iron Man) oleh pesuruhjaya Boston Police. Sekian, terima kasih. *** "Aik, itu aje ceritanya? Rugilah pakcik tu! Takkan tak dapat hadiah kot?"   Itulah hakikat k...

Popular