[t14a30] Maksud sebenar warna bendera Negeri Sembilan?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Prakata Makna warna pada Marawa Minangkabau (Bendera Minangkabau) Maksud warna Bendera Negeri Sembilan Persamaan Istilah? Prakata Mungkin ramai mengetahui bahawa kerajaan Negeri Sembilan ada hubungan dengan Kerajaan Pagaruyung di Batu Sangkar. Alhamdulillah, ketika Tedi berkunjung ke Padang, Indonesia, kami juga dibawa melawat Istana Basa Pagaruyung (Istana Besar Pagaruyung) yang terletak di Batu Sangkar. Kalau nak cerita pasal Istana Besar ni, memang akan meleret-leretlah coretan Tedi ni nanti. Semoga Tedi diberikan masa dan kerajinan untuk merakamkan kenangan kami di sana. Cuma ada satu perkara yang Tedi teruja nak kongsikan bersama kawan-kawan. Pada istana ini terdapat 3 warna yang cukup meriah, iaitu kuning, merah dan hitam. Sekilas pandang warna-warna ini sahaja Tedi dah terasa semangat Negeri Sembilan meresap ke jiwa, kerana ketiga-tiga warna ini terdapat pada ben...