Ubahsuai Rumah di Blok 2 Desa Mentari
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Koleksi gambar yang menunjukkan proses ubahsuai rumah kami di Blok 2 Desa Mentari di Petaling Jaya di negeri Selangor Darul Ehsan di negara Malaysia. Pengubahsuaian ini dilakukan sebelum kami berpindah ke rumah kami ini. Bilik ke-3 Bilik ke-3 ni kami jadikan bilik simpanan barang sahaja memandangkan bilik ini adalah bilik paling kecil. Bilik tidur ini boleh memuatkan satu katil bujang sahaja. Ironinya bilik ini adalah bilik yang mempunyai pemandangan terbaik di luar jendelanya. Bilik ketiga di rumah Blok 2 Desa Mentari diubahsuai dengan membuang tingkap sedia ada yang sudah reput dan digantikan dengan tingkap gelongsor yang menggunakan bingkai aluminium. # 20090411 # Saturday, 11 April 2009, 13:14 # DSC00149 # Sony Ericsson K550i # https://goo.gl/maps/gNSFfurZdW8cfcEGA # Ini adalah gambar yang menunjukkan pemandangan di luar jendela bilik ke-3 rumah kami di Blok 2 Desa Mentari ni. Boleh nampak sungai, taman permainan, surau dan pe...