Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kematian

Melawat Jenazah Ayah Makcik Mawar

Imej
Pada waktu Subuh tadi kami dikejutkan oleh berita kematian kawan kepada ayah Mommy pada jam 12 tengah malam 19 Januari 2019. Karangan ini terbahagi kepada: Bergegas ke Abdullah Hukum ,  Van Jenazah sudah menunggu ,  Adab Melawat Jenazah ,  Kaifiyat Solat Jenazah ,  Kos Pengkebumian RM 850 di Kerinchi . Bergegas ke Abdullah Hukum Oleh itu kami segera bergegas ke Kuala Lumpur untuk menziarahi jenazah. Destinasi pertama kami adalah rumah flat Abdullah Hukum untuk menjemput seorang lagi kawan Mommy yang tinggal di sana. Mommy sempat beli nasi lemak dan kuih-muih untuk alas perut, kami makan di dalam kereta sahaja sementara menanti kawan Mommy siap. Malangnya kawan Mommy itu terkunci dalam rumah kerana beliau mengunci bilik sedangkan kunci pintu rumah ada dalam bilik. Gambar: Kereta Jenazah Kampung Kerinchi setelah dimasukkan jenazah dan bakal bertolak ke Melaka. BFG 3286. Perisitiwa: Ayah kawan Mummy meninggal dunia pada jam 12 malam 19 Jan 2019. Bila: 2019-01-20 jam 09:...

Jatuh Hanya Asbab

Imej
Inna lillah wa inna ilaihi raji'un. Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali. Semalam pada jam 7 malam, ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah, kami terima berita kematian Tok Muda di Pulau Pinang. Tok Muda jatuh dan kemudian dia dibedah, namun sebelum dia meninggal dia ada berkata: "Jatuhnya dia itu hanyalah asbab". Berita yang agak menekan jiwa Master kerana pada Isnin dia mohon cuti, dan pada hari ini sepatutnya ada deployment sistem baru beliau. Namun setelah berfikir dengan gunakan emosi, akhirnya Master memutuskan untuk pulang menyertai pengebumian jenazah Tok Muda. Sekarang kami singgah di Rapat Baru, Ipoh dan sebentar lagi kami akan sambung perjalanan ke Sungai Bakau, Nibong Tebal. Semoga kami selamat sampai. Amin.

Popular