Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201506

DreamBowl Kompleks Sukan Airport Nilai

Imej
Baru 2 kali kami bermain di sini, harganya pun tidak kami ingat berapa? Peluang kerja sebagai juruwang dan marshall lorong di DreamBowl. Harga satu permainan adalah di antara RM 5.50 sehingga RM 6.50 mengikut masa dan hari. Main bowling di Kompleks Sukan Airport ni agak best sebab tempatnya selesa, ada juga ruangan VIP yang Tedi tak tahu digunakan oleh siapa? Mungkin sesiapa sahaja boleh menggunakannya asalkan sanggup bayar lebih? Kepada mereka yang mahu bekerja di sini mungkin boleh mencuba nasib, itupun jika masih terbuka peluangnya. Kalau kerja di sini, mungkin boleh menggilap bakat sebagai pemain bowling, manalah tahu suatu masa nanti boleh menjadi pemain negara? Lagipun Tedi tengok pekerja di sini selalu juga bermain (berlatih barangkali) di tempat kerja mereka sendiri. 24 Jun 2015,20150624

Taktik Melepaskan Naga

Imej
Hari ini Tedi mahu berbicara sekilas pandang mengenai satu taktikal perang dalam Clash of Clans Taktik Menyerang Menggunakan Naga Taktikal yang Tedi maksudkan ini adalah taktik berperang menggunakan naga. Naga adalah salah satu tentera dalam permainan Clash of Clans yang digeruni kerana kemampuannya membinasakan keseluruhan kota jika digunakan dengan betul. Malah jika strateginya betul ketika melepaskan naga semasa serangan, sudah cukup untuk memusnahkan musuh. Oleh sebab itu ramai pemain menyusun pertahanan kota mereka untuk menangkis serangan naga, selalunya menggunakan taktik umpanan untuk membuatkan naga berpusing mengelilingi kota, dan meletakkan pertahanan udara di tengah-tengah untuk membunuh naga. Jadi ramai pemain telah mencipta teknik serangan naga di mana objektif serangan adalah tertumpu kepada memusatkan serangan naga dan elakkan naga daripada berpecah ketika menyerang. Sekali naga berpecah maka peluang untuk menang adalah tipis. Tetapi tidak pula meletakkan naga be...

[t15f22] Beli insurans hayat online di Malaysia

Imej
Kuala Lumpur: U for Life Sdn Bhd (U for Life), syarikat pengendali platform insurans hayat atas talian pertama di negara ini yakin penyelesaian insurans menyeluruh yang ditawarkannya mampu membantu usaha kerajaan meningkatkan kadar penembusan insurans hayat kepada 75 peratus menjelang 2020 berbanding 56 peratus ketika ini. Pengurus Besarnya, Iskandar Ezzahuddin berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada ciri penyelesaian insurans terbabit yang membolehkan pelanggan membeli insurans hayat secara lebih mudah, pantas dan murah. “Sebelum ini, kebanyakan individu menganggap pembelian insurans hayat sebagai satu proses remeh dan membabitkan kos tinggi, sekali gus menjadi halangan untuk mendapatkan insurans hayat,” katanya di sini. Beliau berkata, platform U for Life mengubah kembali cara pelanggan membeli insurans hayat di mana segala masalah membabitkan pembelian polisi dilakukan secara lebih mudah. Menurutnya, platfom itu menyediakan maklumat mengenai insurans hayat m...

[T15F29] Minyak rambut lelaki Gatsby THC mahal di 7-Eleven

Imej
Selepas Tarawikh tadi baru sedar (teringat) yang minyak rambut Master telah kehabisan. Gambar minyak rambut Gatsby THC Normal iaitu minyak rambut lelaki. THC bermaksud Treatment Hair Cream atau Krim Rambut Rawatan. Tak tahulah rawatan apa? Mungkin rawatan kulit kepala atau rawatan rambut. Harganya di 7-Eleven ialah RM 5.75 untuk kandungan 125g. Kalau tiada minyak rambut, memang akan terjejaslah kekemasan Master di pejabat beliau esok. Sudahlah Master memang tak berapa nak kemas pun, rambut panjang, tak pakai tali leher, kasut tak bertumit dan macam-macam lagi. Jadi kami pun keluarlah mencari minyak rambut lelaki Gatsby, di samping mengisi petrol kereta, takut esok tak berkesempatan isi. Destinasi kami untuk beli minyak rambut lelaki kali ini adalah 7-Eleven, almaklumlah malam-malam buta ni mana ada kedai yang buka, kecuali kedai 24 jam seperti 7-Eleven. Master tak berapa suka beli barang di 7-Eleven ni kerana mereka jual arak atau disebut juga minuman keras. Di sana ada minyak rambut y...

[T15F06] Tips memilih bola boling

Imej
Yey.. hari ni nak pergi bermain bowling di Kompleks Sukan Airport Nilai. Mommy akan ada perlawanan bowling pada minggu hadapan bersama teman sepejabat, jadi pada hari ini Master akan membawa Mommy pergi bermain bowling di gelanggang bowling paling hampir. Kami pun pergilah berlatih di lokasi yang sesuai untuk bermain boling di Nilai iaitu Kompleks Sukan Airport Nilai. Tedi pun tentulah terpaksa turut serta dalam permainan bowling tersebut. Orang tua-tua kata, jika mahu menduga laut yang dalam, janganlah kail sejengkal cuma, maka Tedi perlulah menuntut ilmu bagaimana cara mahu bermain bowling. Tedi perlu tahu bagaimana cara memilih bola bowling dan apakah bola bowling yang sesuai untuk Tedi. Kali ini Tedi mahu belajar bagaimana cara memilih bola bowling yang betul dan sesuai dengan diri kita. Pilih bola bowling yang lubangnya muat jari kita. Tedi pilih bola bowling yang takkan tersangkut di jari semasa melontar. Biar longgar jangan ketat lubang jari tu. Pilih berat bola b...

Batalkan kad kredit di The Garden

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Batalkan kad kredit Maybank Petronas di The Garden Letih sungguh badan ni, tidur lewat sedikit dek penangan ice blended mocha original yang Mommy beli di Midvalley malam semalam. Semalam kami ke Midvalley untuk batalkan kad kredit Maybank Petronas milik Master. Alhamdulillah, dia dah dapat langsaikan segala baki hutang dalam kad hutang Maybank Petronas tersebut. Urusan pembatalan ini kami selesaikan di Maybank The Gardens di tingkat 3 kalau tidak silap, terletak berdekatan BlueCube The Gardens. Survey telefon pintar buat Master Kemudian kami survey telefon pintar untuk Master di kedai SONY Midvalley, di mana Mommy berkenan dengan SONY C3 , tapi Master dah tetapkan bajet hanya RM 500 (lima ratus ringgit sahaja) untuk pembelian telefon pintar. Kemudian kami bergerak ke medan selera untuk berbuka puasa, sambil singgah di beberapa kedai, dan dari situ Master mu...

Aduh.. Sakitnya nggak bisa login

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Puaslah Tedi nyah-ralat tadi, sangkakan salah setting akaun pengguna pangkalan data, tetapi rupa-rupanya akaun tu tidak diberikan akses sebagai pemilik pangkalan data. Alhamdulillah dapat juga temui punca masalah. Tak teringat langsung bahawa setting pada pangkalan data pun kena bebetul. Tambahan pula ini adalah projek pertama yang Tedi sediakan pengguna baru selain daripada akaun pengguna super yang biasa digunakan dalam projek sekolah kami. Malam ni dah berjaya skip login yang menggunakan perkhidmatan LDAP , kiranya macam back-door la ni, tapi guna pintu depan, hehehe. Walaupun agak penat setelah berjaya menewaskan Mommy dalam permainan bowling siang tadi, dituruti lawatan ke TESCO Nilai untuk mencari bahan-bahan cheesecuit , terpaksa Tedi sambung kerja sekolah yang bertingkat-tingkat bertingkat-tingkat bertingkat-tingkat... Okaylah, nak tolong Mommy pukul adunan cheesecuit sekejap. ~~20150607~~ jika kiriman ini bermanfaa...

Rumah Biru Identiti Kampung Baru Kuala Lumpur

Imej
Oleh Nadzreen Shah Mat Salim rencana@hmetro.com.my Kampung Baru di tengah-tengah hutan batu dan konkrit Kuala Lumpur melambangkan kehidupan masyarakat Melayu yang unik kerana ia satu-satunya perkampungan Melayu yang wujud selepas pembangunan menyebabkan Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum kini hanya tinggal nama. Menyusuri sejarah, kampung berusia 115 tahun dengan keluasan 378.93 hektar itu bermula dengan satu Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1990 mengenai The Malay Agricultural Settlement yang membenarkan orang Melayu membuka penempatan dan mengamalkan gaya hidup kampung. Berikutan pembangunan pesat, Kampung Baru dihimpit bangunan moden dan pencakar langit. Ini menyebabkan ramai generasi yang ada berpindah keluar dan me­nyewakan kepada orang luar. Justeru, usaha perlu dilakukan bagi memastikan keunikan Kampung Baru terutama seni bina yang ada dipertahankan bagi menjaga warisan Melayu dan tatapan kepada pelancong luar. Terletak di lingkungan segi tiga emas...

Singgah di Barokah Nursery

Imej
Singgah ke Barokah Nursery, hajat nak beli batu hiasan untuk diletak di belakang rumah, satu lagi projek Mommy. Dulu beli RM 17 sekeping sekarang dah RM 25, alasan biasa, GST. Kami selalu ke sini memandangkan di sekitar Salak Tinggi ni susah juga nak cari tapak semaian macam ni. Beli dalam 15 keping, kena tempah dulu dan tunggu dalam seminggu kerana tiada stok. Stok yang ada dalam saiz 1 kaki kali 1 kaki, sedangkan Mommy nak saiz 1 kaki kali 2 kaki. 20150624

Sedekah yang tidak punya

Imej
Kembara 100 kilometer sehari dalam perjalanan ke tempat mengaji bukanlah satu jarak yang dekat. Tempoh masa yang diambil untuk tiba di destinasi memungkinkan Tedi melihat banyak peristiwa terutama hal melibatkan perlakuan manusia. Terutamanya apabila menempuh kesesakan di Lebuhraya Pantai Baharu (New Pantai Expressway), satu ujian yang memaksa manusia memperlihat peribadi sebenar mereka. Kelam-kabut menempuh kesesakan trafik, mungkin mengejar masa masuk ke pejabat supaya tidak "merah", manusia memandu kenderaan mereka berpusu-pusu mencari lorong yang sesuai menuju destinasi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuknya masing-masing. Ketika ini masing-masing tampak mementingkan diri, fokus kepada sasaran mereka untuk segera tiba tak kira dengan apa cara pun, sehinggakan ada yang memotong barisan menggunakan lorong kecemasan. Master kadangkala sengaja menghalang separuh laluan kecemasan itu supaya hanya motosikal boleh lepas, tapi hanya apabila hatinya panas, tidak taha...

Popular