Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gambar Nor Aina semasa bayi

[t17i24] Baby Aina Dibenarkan Keluar Hospital Putrajaya

Imej
24-September: Aina ditahan di Wad 2C Mungkin kawan-kawan semua tidak mengetahui bahawa baby Nor Aina telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada hari Ahad, 24-September  yang lalu pada jam lebih kurang 8:30 pagi setelah bayi Nor Aina kami bawa ke Wad Kecemasan Hospital Putrajaya beberapa jam sebelum itu. Bayi Aina telah diberikan neb sebanyak 4 kali ketika di Wad Kecemasan Hospital Putrajaya tersebut, dan akhirnya setelah diperiksa oleh doktor pakar paedatrik, Aina diarahkan untuk ditahan di Wad Paedatrik atau Wad 2C. Setelah Master membayar deposit RM 100 , bayi Aina dibawa ke Wad Paedatrik 2C. Sejak itu bayi Aina telah menerima rawatan di Wad 2C Paedatrik sebagai suspek bronchillitis atau pneunomia kalau Tedi tak silap eja nama. Kedua-dua penyakit ini adalah berkaitan dengan jangkitan virus pada paru-paru. Bronchillitis adalah radang pada saluran pernafasan yang lebih kecil pada paru-paru manakala pneunomia adalah jangkitan virus pada bahagian saluran pernafasan yang lebih be...

[T17J09] Nor Aina dan Irsyad

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Mohd Irsyad singgah tumpang tidur di rumah kami kerana dia akan berlepas pulang ke Kota Bharu esok pagi menaiki kapal terbang melalui penerbangan AirAsia, setelah hadir ke Shah Alam untuk meraikan majlis pertunangan sepupu perempuannya. Ini adalah gambar bayi Nor Aina sedang duduk di pangkuan abang Irsyad, tampak janggal Irsyad kerana dia bukanlah berani dan nak sangat main dengan bayi. Semasa ini Nor Aina berusia bulan dan foto ini ditangkap sebelum kami keluar mencari Nasi Arab di Bandar Baru Nilai. Kedua-dua mereka sedang duduk di atas bean bag hitam dan tidak tahulah apa yang Aina sedang buat, mungkin sedang menonton BoboiBoy Galaxy gamaknya. ~20171007~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t17k19] Pesta Makanan Thailand-Malaysia di KIP Mall Kota Warisan

Imej
Karangan kali ini akan menceritakan pengalaman Tedi sekeluarga terjah KIP Mall Kota Warisan. Tujuan kami ke sana adalah untuk merasai pengalaman makan makanan Thailand di Festa Makanan Thailand Malaysia yang diadakan selama seminggu di sana. Tedi tak tahu nak cerita apa kerana Tedi ada projek lain perlu disiapkan, jadi Tedi biarkan sahaja foto-foto di bawah berbicara. Kambing Bakar atau Kambing Grill Kambing Bakar pun mengganas di Pesta Makanan Thailand Malaysia tersebut. Aiskrim Gulung Memang nampak sungguh kepakaran abang tersebut menggulung aiskrim, tetapi pada harga MYR5 atau MYR 6, macam mahal sangatlah pula. Thailand-Malaysia Food Fest Pesta Makanan Thailand Malaysia ini adalah sesi jelajah Food Street yang diadakan dengan tema Sekolah Jalanan. Ia memberi peluang kepada para peniaga untuk belajar praktik niaga di jalanan. Somtam dan Tom Yam Ais Cream Kelapa Original Thailand Pelbagai Jenis Kerabu Orang Thailand memang popular dengan pelbagai jenis kerabu. Paling ...

[t17j28] Aina di Mahkota Hotel di Melaka di Malaysia

Imej
Gambar Aina di hadapan sepanduk Welcome Group IT Offsite 2017 syarikat Mummy. # Saturday, 28 October 2017, 12:47 # DSC_1938.JPG # Sony G3226 # 28 Oktober 2017 sehingga 29 Oktober 2017, Mommy ada team building di Mahkota Hotel Melaka dalam Bandaraya Melaka. Mommy telah sewa satu suit sebab bilik lain habis dan Mommy pun nak bawa Master dan baby Aina ikut serta. Mommy sibuk dengan team building . Master pula sibuk dengan kerja part time yang masih belum siap. Bayi Aina pula terpaksa tidur dan bermain sendiri sepanjang siang. Kagum juga Tedi melihatnya melayan diri sendiri. Bayi Aina di kolam renang Sementara menunggu Mummy selesai aktiviti team building, Master bawa Aina berjalan-jalan tengok kolam di Mahkota Hotel. # Saturday, 28 October 2017, 18:21 # 20171028 # IMG_20171028_182114.jpg # HUAWEI H30-U10 # https://goo.gl/maps/8oFb5XxpuQ5TM7B86  # Petang 28hb Oktober 2017 , kerana kasihan melihatkan bayi Aina kebosanan terperap dalam bilik, Master bawa bayi Aina jala...

Aina dirawat guna nebulizer kali ke-4

Imej
Gambar kolaj Aina semasa menerima rawatan nebulizer kali ke-4 Malam semalam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah kami singgah ke klinik Nur Qaseh di Bandar Baru Salak Tinggi sebab Nor Aina kelihatan sukar untuk bernafas. Aina bernafas gunakan mulut, manakala kedengaran bunyi kuat daripada hidung dan paru-paru. Aina juga batuk-batuk dan muntah-muntah banyak kali. Aina diberikan rawatan kabus menggunakan nebulizer , kali ini dia tak menangis malahan dia memegang nebulizer tersebut. Doktor suruh kami datang semula ke sana untuk rawatan kabus menggunakan nebulizer pada jam 10:30 malam jika keadaan Aina berulang semula. Kos rawatan adalah RM 73 termasuk dua botol ubat radang dan asma. Pada jam 10:30 malam Aina tidur dan keadaannya nampak stabil. 20171127

Aina bayi 9 bulan 14 hari

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   5-Disember-2017, 20:12, Selasa Gambar kolaj Aina sedang duduk dalam tempat duduk bayi dalam kereta Proton Saga BLM. Ketika ini Aina adalah seorang bayi perempuan berumur 9 bulan 14 hari.     5 Disember 2017, 19:56, Selasa Gambar di stesen minyak Petronas Cyberjaya tunggu Mommy siap solat Maghrib. Tempat persinggahan solat Maghrib jika perlu isi petrol dalam perjalanan pulang ke Bandar Baru Salak Tinggi. ~20171205~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Aina Jumpa Pakar Jantung Kanak-Kanak Hospital Serdang

Imej
Karangan ini berkenaan temujanji bayi Nor Aina dengan pakar jantung kanak-kanak di Hospital Serdang yang telah ditetapkan pada jam 9 pagi tadi. Tempat Letak Kereta Terhad Mengambil Nombor Panggilan Bertemu Doktor Pakar Kardiologi Bertolak ke Hospital Serdang Kami bergerak ke Hospital Serdang dari Sepang pada jam 8 pagi. Perjalanan kami merentasi Jenderam, Jalan Md Zain, Persiaran Selatan hala Alamanda, kemudian masuk ke SKVE dan keluar di susur keluar Hospital Serdang (T). Tempat Letak Kereta Terhad Pada masa itu jam baru 8.30 pagi, agak cepat kami sampai kerana sekarang adalah musim cuti sekolah, tetapi kereta-kereta telah kelihatan berderet-deret diletakkan di tepi dan di tengah jalan besar... jalan besar tau, bukan jalan kecil. Apakah semua ini? Hospital Serdang punyalah besar tapi tempat letak kereta bertingkat tiada. Secara resamnya, tempat letak kereta bertingkat pasti akan dibina nanti apabila pulangan keuntungan daripada pembinaannya adalah positif. Master turunkan ...

Pot luck buka puasa klik pejabat Mommy

Imej
Pada hari Sabtu, 3 Jun 2017 yang lalu, kawan-kawan sepejabat Mommy telah menghadirkan diri ke rumah kami untuk berbuka puasa. Konsep kali ini adalah potluck di mana masing-masing membawa juadah berbuka puasa sendiri. Tedi tak pasti sama ada betul istilah potluck yang Tedi guna tu sebab kalau terjemahan langsungnya berbunyi teko tuah. Selain itu ada kawan Mommy yang memasak di rumah kami. 3 Jun 2017 jam 7:21 malam hari Sabtu Di antara menu yang dihidangkan di atas meja sempena potluck berbuka puasa bersama kawan Mommy pada tahun ini. Dirakam menggunakan telefon pintar Sony D2533 pada 2017-06-03-1921 Pelbagai juadah berbuka puasa menghiasi menu kami pada hari itu seperti ayam goreng berempah, ayam mentega berkeju, sotong masak hitam, udang masak lemak cili api, ikan siakap stim limau dan macam-macam lagi. Rugilah orang macam Master sebab di antara menu potluck yang pelbagai jenis tu dia cuma makan udang masak lemak cili api dan ayam goreng berempah sahaja. 3 Jun 2017 jam 10:21 ...

Aina 1 bulan 14 hari

Imej
Tup-tup dah 2 tahun umur si Aina. Masa bayi dulu dia ni kecil je sebab lahir tak cukup bulan (bayi pramatang). Nak beli pampers Aina masa dia bayi pun memang susah sebab saiznya yang kecil itu. Hal ini pernah dibicarakan dalam kiriman bertajuk " Akhirnya Jumpa Juga Lampin Bayi Tak Cukup Bulan (20170410) ". Master nak pegang dia pun tak berani. Ini gambar semasa Aina merupakan seorang bayi perempuan berusia 1 bulan 14 hari . Memang tak pernah upload gambar dia semasa bayi, maklumlah kami sekeluarga sibuk melayan kerenah dia, bayi pertama dalam keluarga kecil kami. Gambar ini dikomen Tok Mak sebagai sayu dan apalah yang direnung si bayi kecil ini? Sekali lagi interpretZZ mengubah caption gambar, masih tercari-cari standard sesuai untuk dibaca pada masa depan, agak renyah dan ambil masa lama (tunggulah nanti mesti Mummy complaint asyik menghadap komputer je kerja Tedi) tapi puas hati apabila baca kerana unsur sejarahnya yang boleh diimbau dan dihubungkan dengan memorabili...

Nor Aina berjaket ungu

Imej
Terima kasih  Assistant kerana sediakan animasi kali  ini. Ini adalah gambar Nor Aina sedang menunggu Mommy habis solat jamak takhir Isya dan Maghrib sejurus sahaja kami mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dari Kuching, Sarawak, Malaysia. Jika tak silap ini adalah di balai kutipan bagasi di mana terdapat surau kecil di sana. Pada ketika ini Aina memakai jaket atau  sweater berwarna ungu dengan hud kepala. Kemaskini: setelah berfikir panjang, Tedi tambah beberapa gambar dalam kiriman ini yang merakamkan perjalanan kami dari KLIA ke Salak Tinggi. Walaupun jaraknya dekat, namun ia adalah kembara yang agak panjang. Apa-apapun, biarlah kali ini gambar yang berbicara. 18 Disember 2017 21:04 - animasi Nor Aina gigit straw plastik sambil duduk dalam kereta bayi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang di Selangor di Malaysia. Umur Nor Aina ketika ini ialah 9 bulan 27 hari.    18 Disember 2017 21:04 - kolaj Nor Aina gigit straw ...

Nor Aina di Jabatan Kecemasan Putrajaya kali kedua

Imej
Pagi ini Mommy dan Master memutuskan untuk membawa si bayi, Nor Aina ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. Ini adalah kerana Aina masih sukar bernafas, masih batuk-batuk, dan juga muntah-muntah. Aina juga semakin tidak aktif, mungkin kerana banyak kehilangan air dalam badan. Master telah membancuh susu cair buat Aina tetapi setiap kali dia minum, dia akan muntahkan semula. Susu cair yang Tedi maksudkan adalah bancuhan susu dengan lebih banyak air, bukannya susu isian cair yang orang guna untuk buat kek atau air Batu campur tu. Sampai sahaja di Hospital Putrajaya, Aina dibawa ke Jabatan Kecemasan Dan Trauma kerana kes asma Dan sukar bernafas dikategorikan sebagai kes kecemasan bermakna kita boleh menerima rawatan 24 jam sehari. Sekarang Nor Aina sedang menerima rawatan kabus menggunakan nebulizer dan kami masih menunggu apa kata doktor. Mommy dan Aina dalam zon separa kritikal, manakala Tedi dan Master menanti di luar.   11:15 pagi Muka si Nor Aina tidak ...

Popular