[T18E22] BALQIS Restaurant Ayer@8
Selepas sahaja kami membeli-belah barangan bayi untuk Nor Aina di Manjaku Baby Mall Putrajaya , kami ke Presint 8 untuk cari kedai makan atau restoran untuk berbuka puasa. Mommy cadangkan makan di Balqis Restaurant. Mommy kata di restoran tersebut ada nasi arab. Memang kami pun mahu mencuba makan nasi arab di restoran kedai nasi arab di sekitar Putrajaya Cyberjaya selain Saba yang selalu kami singgahi. Memandangkan kami tidak biasa di Presint 8, kami berpusing-pusing jugalah di sekitar Ayer@8 tu. Tujuan utama adalah nak cari surau. Mula-mula kami tanya security guard tapi hampas sungguh kerana mereka tak fasih Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Tak tahulah mereka upah syarikat mana untuk sediakan khidmat kawalan keselamatan di sana. Akhirnya dengan bantuan seorang pakcik di luar sebuah kedai, Master dapat juga mencari surau yang jika ikut panduan Pakcik tu berbunyi, dari Marrybrown nampak Omar Ali, dan di belakang Omar Ali tu ada tangga naik ke surau. Master pada mulanya t...