Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201505

[t15e09] Singgah di Kolej ke-13 Universiti Putra Malaysia

Imej
Blok Utarid D itu menjadi destinasi kami kali ini untuk mengambil barang-barang Pak Long Fikri. 09 Mei 2015 - angkut barangan Pak Long Fikri yang menamatkan pengajian asasinya. Pak Long Fikri telah menamatkan pengajian asasinya dan perlu mengosongkan bilik untuk diduduki pelajar baru. Sebut mengenai Kolej Ke-13 ni, Tedi tengok bangunannya adalah rekabentuk lama seperti berek polis zaman British . Tandasnya pun terletak di luar, tak kiralah untuk siswa atau siswi. Nak ke tandas tu kena melalui koridor yang juga terletak di luar, jadi memang orang ramai boleh nampaklah kita ke tandas. Salah satu perkara yang menarik perhatian Tedi adalah perkataan Putra Niaga yang terpampang pada satu papan tanda di blok itu.  Papan tanda Putra Niaga ni Tedi nampak ada di mana-mana di UPM ni, Tedi pun tak tahu apa kejadahnya Putra Niaga tu, tapi mungkin satu projek atau kesatuan yang membantu para siswa siswi di sana berniaga, almaklumlah pada zaman ini siswa siswi tidak di...

Ke Lembaga Zakat Selangor cawangan Subang Jaya

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari ini Tedi bersekolah petang, jadi pada waktu paginya tiada apa Tedi lakukan. Kebetulan pula terserempak dengan pakcik dan makcik yang mahu menyewakan rumah mereka yang Tedi ceritakan sebelum ni. Mereka mahu ke Lembaga Zakat Selangor kerana bakal penyewa mereka telah menghubungi mereka kembali dan mengajak mereka bertemu dengan ustaz yang menguruskan permohonan zakat mereka. "Tedi nak ikut ke? Meh la sekali" , pakcik A mengajak Tedi, mungkin hanya ajak-ajak ayam. Tapi oleh kerana Tedi tidak memahami akan ajak-ajak ayam mereka itu  (kerana Tedi ni seekor beruang), maka Tedi pun bersetuju untuk menurut mereka. Sebelum ke Lembaga Zakat Selangor, kami singgah dahulu di TNB Petaling Jaya kerana Makcik N mahu menguruskan pertukaran nama pada bil yang sebelum ini atas nama pemilik terdahulu. Kemudian kami berpusing-pusing dalam bandar Petaling Jaya kerana Pakcik A tidak ...

[t15e09] Menghalau nyamuk dalam kereta

Imej
[Kandungan] Bagaimanakah caranya untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang menyelinap masuk ke dalam kereta manusia? Cara menghalau nyamuk dari dalam kereta Cara hindari nyamuk daripada tertarik kepada kereta anda  Coretan Tedi mengenai nyamuk: Bagaimanakah caranya untuk menghalau nyamuk-nyamuk yang menyelinap masuk ke dalam kereta manusia? Penggunaan jaring anti nyamuk nampak radikal tetapi mungkin satu langkah yang berkesan.    Erm... Sang Nyamuk ni pun seekor, yang duk ganggu manusia tu kenapa? tak pasal-pasal Tedi terpaksa bersubahat memberikan khidmat bimbingan bagaimana mahu nyahkan kalian dari dalam kereta mereka. Panduan ini sebenarnya tidak relevan bagi kaum beruang, namun Tedi kongsikan juga dari sudut perspektif manusia. Cara menghalau nyamuk dari dalam kereta: Bakar lilin citronella, asap selalunya akan halau serangga. Citronella ni selalunya dalam bentuk cecair, minyak yang dihasilkan dari keluarga serai. Belah limau dan simpan dalam kereta sambil pintu dibuka. Buka...

Sarang Kelulut dibongkar beruang

Imej
Tak habis lagi rupanya cerita mengenai sarang kelulut ni Sebelum ini Tedi menampilkan gambar sarang kelulut yang comel itu, kali ini Tedi sertakan foto sarang kelulut yang telah dibongkar dek beruang. Gamaknya selagi kerja sekolah Tedi tak siap maka Tedi akan hanya merapu upload gambar semata. Sehari sekeping gambor pun cukuplah kan sebagai kenangan? Sementara itu kerja sekolah Tedi hari ini agak perlahan apabila selepas berjaya gunakan AJAX, tetiba sahaja dapat error kerana ada validation semasa post back... adus lah, kenapa complicated sangat? Gambar yang diambil ketika kami merentas hutan Taman Negara Kuala Tahan ini adalah gambar sebatang pokok yang ada kesan kopak pada batangnya. Pemandu pelancong yang memandu kami menjelajahi hutan tersebut menjelaskan bahawa batang pokok itu telah dikopak oleh beruang yang mahu mendapatkan madu dari sarang kelulut di dalamnya. Patutlah madu kelulut ini mahal harganya, selain sarangnya yang comel, manusia terpaksa bersaing dengan beruang ...

T15E28 Mana gunting?

Imej
Ahad lepas semasa Master duduk berehat di ruang tamu, Sakinah datang membawa sebungkus kerepek Kononnya dia nak Master bukakan bungkusan kerepek tersebut. Master sebenarnya malas nak beri Sakinah yang baru berusia 2 tahun tu makan kerepek, jadi Master cuba membuat helah. "Tak boleh nak buka ni. Gunting mana? Kena buka guna gunting" , kata Master kepada Sakinah seolah-olah budak kecil tu faham apa Master maksudkan. Tiba-tiba sahaja Sakinah bergegas ke dapur, lama dia diam di sana. Tedi tak sedap hati, manalah tahu Sakinah pergi ambil barang-barang tajam? Apabila Tedi pergi ke dapur, rupa-rupanya dia merenung tempat gantung gunting. Dia tunjuk seolah-olah mahu menyatakan, "itu gunting" . Master pun terpana, Tedi pun sama, terpaksalah Master membuka bungkusan kerepek tersebut. Sukar untuk membayangkan apa yang difikirkan oleh anak kecil ini, kita mungkin menyangka mereka hanya mahu bermain, sedangkan fikiran mereka mungkin lebih jauh dari itu.   Lay...

Penyokong EPL Malaysia berentap

Imej
Halim (belakang, tujuh dari kiri) bersama wakil daripada kelab menyokong sebelum kejohanan futsal bermula, semalam. Penyokong EPL Malaysia berentap termasuklah Toon Army Malaysia. BAGI meneruskan kehangatan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sudah menutup tirai musim ini, Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) mengambil inisiatif menaja kejohanan futsal antara kelab penyokong, semalam. Kejohanan yang digelar Kejohanan Futsal Kelab Penyokong EPL Edisi ke-5 itu menarik minat 16 pasukan daripada 11 kelab penyokong rasmi di Malaysia. Kelab itu antaranya Malaysia Red Devils (Manchester United), Arsenal Malaysia , KL Kopites (Liverpool), Kelab Penyokong Manchester City Malaysia , Toon Army Malaysia (Newcastle United), Malaysian Blue Army Supporters (Chelsea) dan Blackburn Rovers Supporters Malaysia . “MCCF sememangnya menyokong penganjuran kejohanan seperti ini sebagai langkah mempromosikan perpaduan dan penyatuan melalui sukan,” kata Pengerusi MCCF, Halim I...

Siapa suruh tak letak senarai harga?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Mummy ajak Master ke Seksyen 2 Shah Alam untuk menikmati ABC special. ABC tu apa? Ia adalah singkatan kepada Air Batu Campur, satu minuman daripada ais yang dikisar halus dan dimasukkan campuran perasa, pewarna, susu manis, kacang dan kadang-kala buah-buahan. Mungkin ia merupakan sejenis minuman tradisional kerana ABC telah lama dinikmati oleh masyarakat Malaysia. Tak pastilah jika ABC ni ada di negara lain. Mungkin ada tapi dengan nama yang lain pula. Selain minum ABC, Mommy dan Master turut menikmati makanan tengahari di sana yang terdiri daripada pelbagai jenis lauk-pauk. Master yang tidak minum ABC pada masa kejadian seperti biasa mencari minuman asasi beliau iaitu Nescafe Tarik. Master intai ke kedai yang berhampiran dengan tempat duduk kami, adalah kedai Fradoo ABC... tapi Master nak Nescafe Tarik dan bukannya ABC. Master pergilah beli air di kedai yang lebih jauh. Ironinya setelah selesai menjamu selera, ada pula pelanggan yang m...

Jangan bawa benda-benda ini dalam checked in bagasi.

Imej
Semasa menaiki kapal terbang, kita boleh membawa barang-barang bersama kita sama ada yang dimasukkan ke dalam kargo atau yang dibawa bersama kita ke dalam kabin pesawat. Barang-barang yang dibawa bersama kita ke dalam kabin pesawat dipanggil hand luggage . Selain hand luggage , ada pula checked in  baggage , yang akan disimpan di dalam bahagian kargo pesawat di mana kita takkan dapat akses kepadanya sehinggalah pesawat tiba di destinasi. Keselamatan barang-barang ini takkan ditanggung oleh kebanyakan syarikat penerbangan. Tahukah kita bahawa kita dinasihatkan untuk tidak membawa barang-barang ini sebagai checked in baggage ?  Wang tunai dokumen kontrak perniagaan barang kemas jam tangan kamera atau peralatan video  barang elektronik komputer teropong, teleskop, dan cermin mata barangan perak batu permata hasil seni / ukiran artifak sejarah manuskrip asli koleksi terhad peribadi seperti buku, kad peminat, barangan antik dll. kunci ubat-ub...

Bertukar kepada pelan Celcom First Basic 38

Imej
Semalam ikut Mommy dan Master ke BlueCube The Garden. Mommy dan Master mahu bertukar kepada pelan Celcom First Basic 38 yang jika pendaftaran dibuat sebelum 31 Mei 2015 , pelanggan akan dapat langganan 3 GB data pada harga RM 38 , berbanding 2 GB jika pendaftaran dibuat selepas tarikh itu. Itu jika mengikut kata si penjual lah, jika ikut iklan dalam internet nampak macam 3 GB ini untuk masa terhad saja. Kami memilih untuk ke BlueCube The Garden sebab bukan semua tempat menawarkan khidmat tukar pakej! Ada tempat yang hanya menjual pelan terbaru ini kepada pelanggan baru atau untuk nombor baru. Jika nak guna nombor sedia ada kena cari tempat yang boleh melakukannya. Kami sampai di sana dalam jam 7 malam, sistem bermasalah pula, maka kami mencari surau yang berdekatan. Tanya kepada pakcik Baskin Robbin , tiada surau di The Garden! Terpaksa kami ke Midvalley yang terletak berdekatan. Mungkin surau tak layak berada di tempat seperti itu... Sebelum sampai ke surau terserempak ...

Popular