Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201310

[t13j08] Status FB menunjukkan usia anda

Imej
Setiap masa kemaskini status di Facebook menjadi ikutan masa kini. Sementara itu, ramai juga di antara pengguna Facebook menyembunyikan usia mereka. Tapi tanpa mereka sedari usia mereka boleh dikenalpasti hanya melalui kiriman mereka. Sungguh menarik untuk mengetahui 5 kategori pengirim di Facebook. Walaupun mungkin tiada kena mengena dengan kajian kedua-dua universiti tersebut. 🔗 ultrasia.blogspot.com: Kategori updater status Facebook. University of Pennsylvania dan University of Cambridge telah menjalankan satu kajian yang melibatkan analisa ke atas 15.4 juta mesej di Facebook melibatkan 75,000 (tujuh puluh lima ribu) sukarelawan. Kajian itu mendapati bahawa pengguna dalam kumpulan umur: 13 hingga 18 tahun: Banyak berbicara mengenai sekolah, kerja sekolah dan banyak menggunakan emoticons . Awal 20-an: Berbicara mengenai kolej dan cenderung menggunakan bahasa kasar. 23 hingga 29: Banyak bicara tentang kerja, hari cuti dan perkahwinan. 30 ke atas: Cerita pasal keluarga, kawan-...

[t13j14] Kawan Tedi: Ulat bulu Hello Kitty.

Imej
Watak Hello Kitty yang terkenal juga ada pada alam semula jadi Siapa tak kenal Hello Kitty? Jenama dengan watak kucing pink ini boleh didapati pada banyak produk. Kini seekor kawan Tedi pula menjadi terkenal kerana paras rupanya yang menyerupai watak popular itu. Ulat Bulu Hello Kitty khabarnya telah dijumpai di serata Asia, iaitu benua asalnya Hello Kitty. Ulat Bulu Chinese Bush Brown menyerupai Hello Kitty Mungkin manusia tak kenal siapa sebenarnya Ulat Bulu Hello Kitty tu, maka mereka jadi sangat teruja. Ulat Bulu Hello Kitty sebenarnya adalah daripada spesies rama-rama Chinese Bush Brown. Ini koleksi foto yang dihebohkan orang ramai: Caterpillar in Malay is ulat bulu or beluncas   Sumber coretan Tedi ini adalah daripada: A Caterpillar That People Say Looks Like Hello Kitty. 20131014

[t13j12] Kenapa tikus menyanyi?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Eh, betulkah tikus boleh menyanyi? Kalau menyanyi ala-ala Faizal Tahir tu, tidaklah. Tapi seorang ahli biologi, Brest Pasch mendapati bahawa tikus benar-benar "menyanyi" . Pasch merupakan saintis University of Texas . Hasil kajian itu diperoleh selepas 3 (tiga) tahun dia mengurung, merakam, dan bebaskan tikus. 2 (dua) spesis tikus Costa Rica yang dikajinya membuat bunyi nyaring, berdecit yang kedengaran hampir kepada gabungan bunyi kicauan burung dan bunyi cengkerik , pada julat bunyi yang sungguh tinggi sehingga hampir tidak kedengaran pada telinga manusia . Nyanyian mereka itu adalah untuk memikat calon pasangan dan juga memberi amaran kepada tikus-tikus lain untuk menjauhi kawasan mereka . Ini adalah satu maklumat yang berguna kepada manusia namun mungkin boleh disalahgunakan mereka untuk menyusahkan hidup kawan-kawan Tedi tu.. [ abcnews.go.com - Why Mice Sing: Sex, and to Protect Habitat ] 20131012

Pegawai Imigresen Thailand jual orang Rohingya kepada penyeludup manusia.

Imej
Berita dari Phuket yang agak mengejutkan. Tedi baru sahaja membaca berita yang agak menyedihkan daripada Phuketwan. Phuketwan melaporkan bahawa tahanan Rohingya diseludup keluar secara rahsia melalui konspirasi di antara pedagang manusia dan juga Pegawai Imigresen Thailand. Trak dari Ranong Immigration yang membawa orang Rohingya ke jeti di Andaman Club. Orang hanyut Rohingya itu dibawa menggunakan bot tempatan dari satu jeti di perlabuhan Thai-Burma di Ranong ke sebuah kapal penyeludup untuk diseludup ke Malaysia sebelum dijual. Para wartawan telah dapat mengesahkan terdapat pergerakan mencurigakan melibatkan kaum lelaki dan wanita Rohingya ke Ranong pada hujung minggu lalu. Wartawan Phuketwan telah dimaklumkan mengenai pergerakan bas dari pusat tahanan Sadao Immigration di selatan Thailand yang terletak 500 kilometer di utara Ranong. Mereka diberikan nombor pendaftaran bas dan kemudiannya mendapati bas itu tiba di pusat tahanan Ranong Immigration pada jam 2 pagi, Sa...

Planet paling terasing di angkasa lepas ditemui

Imej
Ahli kaji bintang (astronomi) temui planet tanpa matahari. Planet ini adalah 6 kali ganda lebih besar daripada Jupiter. Terletak kira-kira 80 tahun cahaya daripada Bumi. Ia tidak mengorbit mana-mana matahari. Ia terasing daripada mana-mana planet. Penemuan ini merupakan kes pertama kali saintis temui objek terapung bebas di angkasa lepas. Planet ini dikelaskan sebagai Objek Planet Berjisim dan dinamakan sebagai PSO J318.5-22 *** Tedi agak la kan, mesti ada apa-apa yang planet tu orbit.  Tapi kalau Allah nak jadikan sesuatu, perkara mustahil sebegini pun tiada masalah. *** Sumber bacaan Tedi : www.nbcnews.com - Astronomers say they've spotted lonesome planet without sun. 20200131, 20231026

[t13j23] Sumber inspirasi gaya rambut Donald Trump

Imej
Mungkin kawan-kawan kenal si hartawan Amerika Syarikat, pakcik Donald Trump. Beliau merupakan bos dalam rancangan temuduga kerja realiti TV (televisyen), The Apprentice . Pakcik ini sungguh kaya namun Tedi tak ambil pusing berapa kayanya dia ni. Yang menghairankan Tedi ialah gaya rambutnya, daripada mana dia dapat inspirasi untuk menggayakan gaya rambut sebegitu? Pandangan sisi gaya rambut Donald Trump yang disisir (disikat) lurus ke depan dan ke belakang. Kalau Tedi menggayakan rambut sebegini, sudah pasti akan dikutuk oleh Mommy.   Akhirnya persoalan itu terjawab juga apabila seorang jurugambar terrakam gambar yang menunjukkan siapakah sumber inspirasi kepada Donald Trump untuk menggayakan gaya rambut sedemikian.   Jurufoto bernama Sandy Wiskeman itu hanya menyedari jawapan kepada rahsia itu apabila dia merakam beberapa gambar Burung Kenari Golster. Di dalam foto itu terlihat ada individu yang menggayakan gaya rambut serupa Donald Trump.   Kini i...

T13J12 Selenggara Proton SAGA BLM

Kos Service Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM Lokasi pusat penyelenggaraan: SY Tyres and Services, No 23, Jalan 10, Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019-3795796

Rakyat Malaysia harus bersyukur.

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sana-sini duk heboh pasal harga petrol nak naik lagi. Nota Kosong: Fakta mengenai RON 95 - Rakyat ditipu? Tedi hanya menyepikan diri kerana itu bukan bidang pencapaian utama Tedi. Cukuplah Tedi aman damai bersama kucing, badak, Woolly Mammoth, gajah dan binatang-binatang lain. Kenapalah rakyat Malaysia nak heboh sangat harga petrol RON 95 naik? Bukankah itu adalah langkah kerajaan untuk mengangkat taraf hidup rakyat ? Apabila kerajaan bagi kita guna petrol mahal, maka itu bermakna taraf hidup kita tinggi kerana gunakan barang mahal . Apa kelas guna petrol murah! Sepatutnya macam itulah kita berfikir. Bukan senang nak dapat guna barang mahal ni. Lebih-lebih lagi terpaksa guna. Tak dapat beg tangan mahal, cincin mahal, naik jet mahal, cukuplah bagi rakyat Malaysia merasa dapat guna minyak mahal. Seperti kata omputeh , sharing is caring , kita semua sama-sama mengg...

Tedi ke Taman Desa Medical Centre

Imej
Semalam ambil surat tawaran kerja, hari ni bereskan pemeriksaan kesihatan. ,  Bergegas ke Taman Desa Medical Centre , Ujian darah dan air kencing ,  Imbasan X ,  Sarapan pagi di Restoran Suraya ,  Periksa tekanan darah lagi, dan lagi . Semalam ambil surat tawaran kerja, hari ni bereskan pemeriksaan kesihatan Semalam kan Master pergi ambil surat tawaran kerja di Touch 'N Go yang terletak di Bangsar South .  Selain itu Master disuruh buat pemeriksaan kesihatan di Taman Desa Medical Centre yang bertempat di Jalan Desa . Mommy ada team building di Gambang. Aktiviti seperti ini bertujuan membantu sesebuah kumpulan kerja membina kesefahaman dan semangat bekerjasama. Memandangkan keseluruhan proses akan mengambil masa 2 jam, kami bergerak ke destinasi sekitar jam 7 pagi. Kami singgah sebentar di Menara TM atau Menara Rebung untuk menghantar Mommy yang ada team building di Kuantan sepanjang 2 hari ni.   Bergegas ke Taman Desa Medical Cen...

Hari yang meletihkan.

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Hari ini merakam sejarah... Buat pertama kalinya Tedi bangun jam 4.30 pagi. Mandi, bersiap, sebelum bergegas ke dalam kereta. blogfyna.com: Petua Melatih Anak Untuk Bangun Awal Pergi Sekolah Master memanaskan enjin dalam kedinginan dan keheningan pagi. Kali ini agak lama masa yang diambil. Proton SAGA BLM milik Mommy dipandu Master agak perlahan, tidak seperti kelaziman ketika mengejar Master masa.   Enjin lambat panas? kereta.info: Sebab enjin panas. Setelah 30 kilometer barulah jarum meter mencecah 100 km/j. Dalam jarak 30 kilometer itu kereta dipandu hanya 80 km/j. Selepas jarak itu sedikit demi sedikit Master mula memecut. Rupa-rupanya Master dapat merasakan enjin kereta agak "berat" dalam 30 kilometer itu.  "Tak usah dipaksa jika ia tidak mahu. Apabila sesuai ia akan mendorong dirinya" - Master Maksud Master itu ialah ap...

Logo BING dah bertukar rupanya.

Imej
Tadi Master suruh Tedi risik satu nombor telefon. Ini adalah kerana Master dapat satu panggilan daripada nombor 22990 . Master berasa sangsi dengan panggilan itu lalu meminta Tedi mencari nombor 22990 nombor dari mana ? Setelah Tedi selidiki didapati bahawa nombor 22990 ini digunakan CELCOM untuk promosi nada panggilan . Setelah mengetahui berkenaan nombor telefon 22990 ni adalah nombor apa , Master berjanji takkan menjawab sebarang panggilan dari 22990 selepas ini. Perubahan logo enjin carian Bing Selepas itu barulah Tedi perasan sesuatu yang pelik pada BING.com. Logonya dah jadi bersegi, tak bulat macam selalu. Ini adalah logo BING.com yang lama. Tedi pun cubalah risik, rupa-rupanya dah lama logo ni bertukar. Tapi takkanlah Tedi tak perasan kan? Macam musykil pula. Logo bersegi ini disertai dengan ejaan bing menggunakan font Segoe supaya lebih serasi dengan barisan logo Microsoft. Logo BING.com yang baru, lebih bersegi tajam, diikuti penggunaan warna oren yan...

Aktiviti menukar kepala paip

Imej
Air menitik tidak berhenti merugikan kerajaan Malaysia Semalam Master dah belikan kepala paip baru. Tedi pun dah tolong tengok Master pasangkan kepala paip itu. Inikah kepala paip yang Master beli semalam, memang serupa sungguh. Tak sangka kak Masreena pun beli kepala paip serupa ini, cuma dia pasang di luar rumah je kot...  yangkecilmolek.blogspot.com: Tempat yang paling selekeh di rumah. Syukur air sudah tidak menitik, tapi alih-alih air keluar melalui sambungan paip daripada dinding ke kepala paip. Tension betullah macam ni, penat sungguh Tedi menengoknya. Hari ini Master kata nak pergi beli extension socket  (soket sambungan) untuk kepala paip itu dan cari gam paip air kalau ada. Kalau tak boleh juga, beli konkrit, tampal je dinding tu, biar padan dengan muka kami! Semoga ada kedai hardware (jual alatan pertukangan) dibuka pada hari Ahad macam ni. Erm, baik Tedi pergi mandikan pokok kangkung, cili, ulam raja, bendi, limau nipis, lada besar, kunyit, kari da...

Kisah tenaga solar yang Tedi puji

Imej
Pada suatu masa, terdapat sebuah negara yang terletak di negeri atas angin. Ibnu Sahari: Asal-usul angin. Negeri atas angin tiada kaitan langsung dengan "Negeri di bawah bayu". Negeri di atas angin itu yang Tedi namakan sebagai NAI telah memberikan subsidi kepada penduduk mereka yang ingin memasang panel solar di bumbung kediaman mereka.  Subsidi itu bernilai 50% daripada kos pemasangan panel solar tersebut. Yana Yassin: Sistem Solar PV pertama Petronas Selain penduduk itu mendapat elektrik percuma (jika sepenuhnya menggunakan solar), mereka juga boleh menjual sebarang tenaga elektrik yang berlebihan (jika ada) kepada syarikat pembekal elektrik (seperti Tenaga Nasional Berhad di Malaysia).  Jika tenaga solar itu tidak mencukupi, mereka masih boleh menggunakan elektrik yang dibekalkan . Meter elektrik mereka boleh berundur balik jika penduduk itu membekalkan tenaga elektrik solar kepada syarikat bekalan kuasa elektrik melalui grid bekal...

Makanan manis sebabkan kehilangan ingatan.

Imej
Kita sedia maklum bahawa diabetes (penyakit kencing manis) mengancam organ-organ seperti hati, buah pinggang dan mata. Namun satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neurology mendakwa bahawa peningkatan kadar gula dalam darah pada manusia berusia 50-tahun ke atas boleh menyebabkan kehilangan memori. Kehilangan memori itu boleh berlaku walaupun mereka tidak berada dalam tahap pra-diabetik. Kajian itu melibatkan satu ujian ingatan yang diambil oleh 141 warga tua yang masih sihat, menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai tahap glukosa yang rendah lebih mudah mengulang perkataan. Penerbit kajian itu, Agnel Floel berkata peningkatan tahap gula dalam darah memusnahkan saluran darah , mengakibatkan pengurangan aliran darah dan zat makanan ke sel-sel otak. Semoga fakta terbaru ini membantu manusia menjaga pemakanan mereka. Fakta ini juga boleh membantu rakyat Malaysia menerima hakikat penarikan subsidi gula adalah satu langkah drastik untuk menjaga ingatan mereka. ...

Anai-anai bina sarang anti-mikrob untuk lawan racun serangga

Imej
Pertarungan di antara tamadun manusia dan tamadun serangga semakin berterusan. Nampaknya kawan-kawan Tedi semakin mengganas. Jika sebelum ini Obor-obor berjaya menakluk loji tenaga nuklear , kini manusia mulai menemui rahsia kekebalan Sang Anai-anai. Anai-anai kini semakin bijak. Siaplah kaum manusia. Rupa-rupanya Sang Anai-anai membina sarang mereka daripada najis mereka sendiri! Taktik ini membantu mereka menghasilkan sarang yang mempunyai bakteria baik . Hasilnya sarang mereka melindungi mereka dari serangan racun serangga kerana bakteria baik ini menghapuskan sebarang mikrob (hidupan seni)  yang mengancam Sang Anai-anai. Keadaan ini menjelaskan mengapa manusia gagal dalam percubaan mereka menghapuskan Anai-anai menggunakan senjata biologi dalam tempoh 50 tahun ini. Anai-anai merupakan serangga kecil yang berterusan mengancam hidup manusia. Mereka berupaya membina sarang jauh di bawah tanah yang boleh menjangkau 150 meter melalui sistem terowong yang komple...

Popcorn tingkatkan kekebalan terhadap iklan

Imej
Makan bertih jagung (popcorn) ketika menonton wayang seolah menjadi satu tradisi. Tak sangka aktiviti ringkas seperti mengunyah bertih jagung boleh menghindarkan manusia daripada dipengaruhi iklan. Oleh itu kepada para pelajar janganlah sibuk mengunyah ketika belajar. Kenapa? Kenalah baca artikel di bawah sampai habis. Begitu juga dengan aktiviti mengutuk bilangan iklan yang terpaksa ditonton sebelum wayang bermula. Kini terdapat satu kajian yang dijalankan para penyelidik Cologne University mungkin boleh memberi khabar gembira kepada semua penonton wayang tegar. Penemuan mereka yang diterbitkan dalam Journal of Consumer Psychology , menunjukkan bahawa mereka yang mengunyah bertih jagung semasa iklan ditayangkan takkan terpengaruh oleh iklan tersebut. Teori yang digunapakai adalah: Bibir dan lidah manusia secara automatik meniru / mengulang sebutan sebarang nama baru apabila mereka mendengar ia disebut. Kemudian tanpa sedar sebutan itu diulang-ulang manusia. Aktiv...

Popular