Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hati panas

Bergembiralah selagi boleh

Imej
Sistem baru telah dilancarkan dengan agak lancar Alhamdulillah, sistem baru telah dilancarkan, nampaknya tanpa sebarang masalah. Bergembiralah juak-juak pengurus, sedangkan bagi pasukan Master ianya biasa-biasa sahaja. Sudah beberapa kali mereka melakukan tugasan yang sama, ada cabaran dan halangan, saat berhalangan akan gegak gempita alam seperti dilanda garuda, padahal hanya seekor semut hitam menumpang lalu. Saat nampak semuanya lancar, hebohlah mereka bergembira, sedangkan pelancaran itu hanya sebahagian sahaja. Pasukan Master tidak menumpang rasa, kerana percaya akan sentiasa ada selumbar mencucuk daging. Tiada salah mereka bergembira... sambutlah puas-puas... hebahkanlah serata alam... Tapi apabila diungkit kesilapan lalu yang menambah pengalaman, itu bukan satu keseronokan buat mereka yang berkorban tenaga dan masa. Apabila silap, waima sedikit, dituding-tuding siapa sahaja, asal...

Popular