Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Honda HRV

Muat sepanjang 160 sentimeter | 20160717

Imej
Gaya Hidup & Automotif: Memilih kenderaan yang tepat untuk aktiviti keluarga seperti membeli-belah di IKEA Cheras memerlukan pertimbangan ruang kargo yang serius. Adakah Subaru XV cukup praktikal untuk memuatkan perabot panjang? Jom ikuti pengalaman Master dan Tedi. Besok ada larian jadi Tedi akan berusaha untuk lelapkan mata pada ketika ini juga. Tapi sebelum tu kenalah buat catatan baru dalam interpretZZ. Hari ini sepanjang hari kami berada di IKEA Cheras yang terletak di Jalan Cochrane yang telah menyebabkan kami sesat barat di sana. Perjalanan dari Sepang ke IKEA Cheras tak sampai sejam jika tiada kesesakan lalu lintas. Gambar kereta Subaru XV STI berwarna oren yang selalu kelihatan di Malaysia. Ketika kami sampai di sana sudah ramai manusia beratur untuk dapatkan sarapan percuma yang ditawarkan. Memandangkan kami tiada ketabahan untuk beratur menanti makanan, kami keluar berjalan kaki melintasi jalan ke kedai makan di seberang IKEA Cheras . Hajat Momm...

Honda HR-V terkeluar... Subaru XV STI mula mengambil tempat.

Imej
Pandu uji Honda HR-V sekali lagi Pagi semalam kami hantar Mak Long Ili ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dia naiki pesawat MAS ke Kota Bharu, bersama anak sulungnya, Amar. Usai urusan menghantar mereka ke Balai Berlepas, dan sesudah membayar lapan ringgit lebih untuk parking selama sejam lebih, kami kehilangan arah tuju. Master membawa kami melalui Charterfield Town dan kemudian kami tersilap masuk ke hotel Concorde. Apalah pelik benar bulatan di sana yang simpangnya terus ke dalam kawasan hotel. Kemudian kami membelah Labohan Dagang terus ke Bandar Baru Nilai, dengan tujuan memandu uji sekali lagi HR-V di Honda Nilai. Malangnya apabila kami sampai di sana, HR-V pandu uji tidak nampak kelibatnya. Setelah bertanya kepada ejen penjual di situ yang kelihatan agak berat menjawab, kami dapat tahu bahawa kereta pandu uji HR-V itu berada di Tesco Nilai untuk satu majlis promosi Honda. Majlis itu agak meriah, di mana semua produk berkaitan Honda ada dipamerkan. Setelah men...

Popular