Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201712

[t17l30] Travelog Nilai -> BBST

Imej
Kandungan: Bilik untuk disewa Bandar Baru Nilai  |  Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi Bilik untuk disewa Bandar Baru Nilai Ini adalah gambar sekeping poster Bilik untuk disewa di Bandar Baru Nilai untuk perempuan sahaja . Harga sewaan adalah RM 250* sebulan dengan deposit 1 bulan . Jika berminat boleh hubungi Nur di talian 019 200 2002 atau Nurul 018 662 9774 . *Sila berhati-hati semasa berurusan dengan mereka manalah tahu ada unsur penipuan. Tedi cuma saja nak sebarkan iklan ini kepada mereka yang berminat mencari bilik sewa. Iklan ini ditemui di Bank Rakyat Bandar Baru Nilai semasa Tedi ke Maxis Service Center yang berdekatan. Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi Sepanduk: AJ ARCHERY. AKADEMI MEMANAH AL-FATEH. KELAS MEMANAH TRADISIONAL. TRAINING CLASSES, ARCHERY SUPPLY, COURSES, CONSULTANCY, CORPORATE ACTIVITIES, NSO163371-D EN AIMAN 013-3090003 Papan tanda: SOLAT BUKANNYA PART-TIME, SOME-TIME, NEXT TIME, NO TIME. SOLAT MES...

[t17l21] Kami Kemalangan di Cyberjaya

Imej
Tarikh 21 Disember pada jam 7:28 malam seperti dicatatkan dalam garis masa Google map, menjadi detik malang buat kami kerana telah mengalami kemalangan di susur keluar ke Dengkil di Cyberjaya. Kejadian ini berlaku ketika bayi Aina berusia 10 bulan 1 hari. Master hilang ingatan bagaimana kejadian itu berlaku dan masih tak dapat mengingati dengan jelas. Apa yang Master ingat adalah beliau memutuskan untuk tidak berhenti untuk solat Maghrib di RNR Seri Kembangan dan sebaliknya mahu menunaikan solat Maghrib di rumah. Apa yang jelas dalam fikiran Master ialah sejurus selepas kemalangan ialah Master ternampak asap, kemudian Master mengeluarkan Aina dan dibawa ke belakang kereta oleh seorang lelaki (yang kemudiannya kami kenali sebagai Konstabel Shafiq dari IPK Kuala Lumpur). Master kemudiannya membuka pintu belakang kiri dan Mommy keluar dari kereta. Konstabel Shafiq mengarahkan Master mengumpul semua barangan berharga dengan bantuan beberapa orang di sana. Seorang staf Hospital Putrj...

[t17l09] Majlis Perkahwinan Sepupu Mummy di Dewan Jubli INSPEN

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Cendol turut disediakan di majlis perkahwinan sepupu Mummy itu. Cendol Songkok Tinggi Kampung Jiboi Baru Seremban (NS0131995-T). Cendol Asli Istimewa. Nombor telefon 014-7548 / 019-2420626 / 014-2635028. # Saturday, 9 December 2017, 12:43 # 20171209 # DSC04756 # Kamera DSLR SONY ILCE-5000 # Dewan Jubli INSPEN # Institut Penilaian Negara # Tok Abah, Tok Ma, Mak Su, dan Mak Long. # Saturday, 9 December 2017, 13:16 # SONY ILCE-5000 # DSC04780 # Pengantin lelaki yang merupakan sepupu Mummy dan pengantin perempuan sedang memotong kek perkahwinan. # Saturday, 9 December 2017, 13:36 # kamera DSLR SONY ILCE-5000 # DSC04787 # Persiaran INSPEN, 43000 Kajang, Selangor # Kolaj gambar majlis perkahwinan sepupu Mummy. Gambar pertama gambar bapa pengantin lelaki iaitu Pak Su Mummy manakala di belakang kelihatan Pak Long Yazid, Mak long Ili bersama Ammar dan juga Mummy. Gambar kedua iala...

[t17l19] Master Turun Bawah dan Derma Darah Ke-2

Imej
Karangan hari ni Tedi nak bercerita pasal Master setelah sekembalinya kami dari Kembara Sarawak TAG. Banyak draft pasal kembara ke Sarawak tu yang belum sempat Tedi habiskan. Nasib baik ada yang Tedi publish guna phone, kira lepaslah juga... hehehe. Hari ini Master turun satu tingkat menyertai jabatan baru. Melihat keadaan di tempat baru memang nampak kelam-kabut. Sementara itu di tempat lama, Master masih belum mengemas apa yang patut. Malahan ada kod yang masih belum diselesaikan. Bos lama Master pun tampak agak kecewa. Hari ini juga Master telah mendermakan darah beliau buat kali kedua dalam tahun ini, dan kali kedua juga sepanjang umur beliau. Kali ini darah diambil di sebelah kanan. Pengaliran darah agak perlahan sehinggakan dua tiga orang sebelum Master dah siap derma darah, Master masih belum selesai. Hampir 50 minit jugalah Master menderma darah. Master saja derma darah dengan harapan darah beliau akan dicuci dan digantikan dengan darah baru. Manalah tahu kan apa yang ...

[t17l16] Terbang ke Kuching dengan MAS

Imej
Diari ringkas penerbangan ke Kuching di Sarawak di Malaysia yang menceritakan pengalaman kami bermula dengan bergerak dari rumah, letak kereta di Stesen ERL Salak Tinggi, pengalaman menaiki ERL, berlepas dari KLIA, pengalaman dalam kapal terbang MAS, dan mendarat di Kuching. Seksyen:  Kembara Bermula ,  Terlepas Tren ERL ,  Menaiki ERL ,  Daftar Masuk di Kaunter KLIA ,  Waktu Menaiki Kapal Terbang ,  Makanan Disediakan dalam Kapal Terbang Rupa-rupanya , dan  Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Sarawak .   Kembara Bermula 4:30 pagi Bergerak ke Stesen ERL Salak Tinggi untuk letak kereta di sana sebelum menaiki tren ERL ke stesen KLIA. Kembara menaiki tren berkelajuan tinggi dari ERL Salak Tinggi ke KLIA adalah pilihan terbaik buat kami berbanding parking kereta di KLIA  kerana kadar bayaran harga parking KLIA adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan kos letak kereta di ERL Salak Tinggi dan menaiki ERL. Cuma ji...

[T17L02] Kenapa Najis Bayi Berwarna Hijau

Imej
Karangan kali ini adalah tentang si bayi Nor Aina yang warna tahinya kini berwarna hijau. Kenapakah tahi bayi boleh berwarna hijau? Berikut adalah jawapan yang Tedi perolehi melalui laman sesawang di serata dunia tentang apa punca najis bayi hijau. Pemakanan sayuran hijau oleh bayi atau ibunya yang menyusu badan Pengambilan titisan atau makanan tambahan yang kandungi zat besi. Terlalu banyak foremilk bagi bayi yang menyusu badan sahaja. Foremilk atau susu awalan adalah susu ibu pada awal sesi menyusu apabila payudara penuh dengan susu. Foremilk kandungi kadar laktosa (gula susu) yang tinggi dan rendah lemak dan kalori. Foremilk bersifat nipis, berair, dan kelihatan putih atau kebiruan. Jangkitan Mungkin bayi alami jangkitan kuman dalam perutnya. Bayi perlu mengambil antibiotik untuk meredakan jangkitan kuman tersebut. Jangkitan kuman dalam usus pun boleh sebabkan najis hijau. Jangkitan kuman selalunya disertai dengan demam. Cirit-birit Najis hijau berair dengan ...

Pak Din kemalangan tong dram plastik meletup

Imej
Hari ini kami dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa Pak Din. Pak Din telah mengalami kecederaan parah di kaki kirinya akibat satu letupan melibatkan tong dram plastik berisi kabaid yang hanyut di tengah sungai. Pak Din cuba membawa tong dram plastik itu ke tepi di mana dipercayai bahawa tong dram plastik berisi kabaid itu digunakan sebagai pelampung kepada rumah rakit yang banyak di sungai itu. Malangnya semasa dia membawa tong dram itu ke tepi, dipercayai berlaku kebocoran menyebabkan air masuk ke dalam tong dram sekaligus menyebabkan kabaid itu melepaskan gas yang meletupkan tong dram tersebut. Mesti jumlah kabaid itu banyak untuk membawa kepada kemusnahan sebegitu rupa. Pak Din adalah nelayan di Sedili Kecil, suami kepada makcik Master yang kami panggil Mak Na. Kehidupan mereka susah dan kini Pak Din ditimpa kemalangan sebegini. Pak Din adalah seorang yang rajin dan baik, dia selalu membawa kami mudik Sungai Sedili apabila kami ke sana. Rasa terkejut dan agak terkil...

Dipermainkan towing bernama Nazir panel Takaful Ikhlas

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Tedi sebenarnya malas nak mengarang atau kirim sesuatu pasal keburukan perkhidmatan sesiapa, tapi tak patut kalau ada orang lain menjadi mangsa seperti kami. Orang ramai di Malaysia patut tahu kehodohan sikap para penunda kereta yang menjadi panel insurans ni. Dia sanggup buat kami menunggu berjam-jam lamanya, malahan tidur dalam kereta di luar balai polis demi nafsu tamak dia. "Sudah jatuh ditimpa tangga" , mungkin itulah peribahasa paling sesuai untuk menjelaskan keadaan Master. Sudahlah kemalangan pada 21 Disember 2017 lalu, anak isteri masuk wad kecemasan, kemudian baby Aina dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan plastik pada 22 Disember. Master tidak mengikut ke HKL kerana beliau mahu menyelesaikan urusan menarik kereta Proton Saga BLM yang tersangkut di pembahagi jalan Cyberjaya susur keluar ke Dengkil. Master telah menghubungi E-Ikhl...

Aina bayi 9 bulan 14 hari

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   5-Disember-2017, 20:12, Selasa Gambar kolaj Aina sedang duduk dalam tempat duduk bayi dalam kereta Proton Saga BLM. Ketika ini Aina adalah seorang bayi perempuan berumur 9 bulan 14 hari.     5 Disember 2017, 19:56, Selasa Gambar di stesen minyak Petronas Cyberjaya tunggu Mommy siap solat Maghrib. Tempat persinggahan solat Maghrib jika perlu isi petrol dalam perjalanan pulang ke Bandar Baru Salak Tinggi. ~20171205~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t17l16] Kembara Kuching TAG Hari Pertama

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kembara ke Kuching kali ini adalah untuk pergi ke kenduri kahwin bekas teman sepejabat Master. Master sebenarnya tak kisah pun pasal kenduri tu tapi sebab sebelum ni Mommy ada ajak ulàng kembara ke Kuching, maka Master pun berselorohlah ajak buat kembara ni. Lagipun Master prefer kembara yang ada orang lain boleh tangkapkan gambar. Kalau selfie pasti muka Master akan tak senyum sebab duk fokus nak snap gambar tu. Tup tup menjadi pula kembara ni. Tapi itinerary untuk kembara kali ni pun sama juga macam dulu, tak cukup jelas, maka ia mungkin satu lagi edisi kembara kenali Kuching. Kembara Kuching kali ini disertai oleh 7 orang dewasa, 1 kanak-kanak, dan 1 bayi. Karangan ini dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti: Melawat Muzium Kucing Kopi O Ke homestay kita MYDIN Samariang, Kuching Dewan Suarah Sarawak Tugu Kuching Dayang Salhah Mira Cake House White Bar...

Kembara Ekstrem Geng Serai

Imej
Geng Serai adalah satu kumpulan berbasikal orang Eropah yang ditaja dan melakukan satu ekspedisi kembara kayuhan basikal sejauh 2000 (dua ribu) kilometer dari Bangkok ke Singapura sekitar tahun 2005. Tujuan kembara mereka adalah untuk mengutip dana bagi membantu mangsa Tsunami Thailand 2004 . Apa Maksud Geng Serai? Dari mana mereka memperolehi nama Geng Serai? Kerana serai adalah ramuan utama dalam masakan Tom Yam atau di kalangan omputeh disebut Tom Yum , jadi maksud nama Geng Serai tersebut adalah merujuk kepada kumpulan berasal dari Thailand. Mereka bukanlah orang Thailand jadi nama itu merujuk kepada di mana kumpulan itu diasaskan. Selain itu maksud Geng Serai adalah "sekumpulan manusia yang bercita-cita tinggi tetapi kekok dalam hubungan bermasyarakat" . Agak pelik juga maksud nama Geng Serai tersebut memandangkan mereka boleh bersosial dengan baik. Atau adakah mungkin mereka maksudkan yang mereka ni bersosial sesama bangsa mereka sahaja? Geng Serai dianggotai oleh...

Aina Jumpa Pakar Jantung Kanak-Kanak Hospital Serdang

Imej
Karangan ini berkenaan temujanji bayi Nor Aina dengan pakar jantung kanak-kanak di Hospital Serdang yang telah ditetapkan pada jam 9 pagi tadi. Tempat Letak Kereta Terhad Mengambil Nombor Panggilan Bertemu Doktor Pakar Kardiologi Bertolak ke Hospital Serdang Kami bergerak ke Hospital Serdang dari Sepang pada jam 8 pagi. Perjalanan kami merentasi Jenderam, Jalan Md Zain, Persiaran Selatan hala Alamanda, kemudian masuk ke SKVE dan keluar di susur keluar Hospital Serdang (T). Tempat Letak Kereta Terhad Pada masa itu jam baru 8.30 pagi, agak cepat kami sampai kerana sekarang adalah musim cuti sekolah, tetapi kereta-kereta telah kelihatan berderet-deret diletakkan di tepi dan di tengah jalan besar... jalan besar tau, bukan jalan kecil. Apakah semua ini? Hospital Serdang punyalah besar tapi tempat letak kereta bertingkat tiada. Secara resamnya, tempat letak kereta bertingkat pasti akan dibina nanti apabila pulangan keuntungan daripada pembinaannya adalah positif. Master turunkan ...

Popular