Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel formasi bola sepak

[t17j01] Benitez buat Klop kecewa

Imej
Analisis Perlawanan: 1. Taktikal Benitez vs Klopp 2. Analisis Gol & Impak Pemain 3. Rumusan & Kedudukan Liga Taktikal Rafa Benitez & Formasi Hari ni apa yang menjadi buah bicara ialah bagaimana Newcastle United berjaya mendapatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Liverpool . Newcastle United yang diurus oleh Rafael Benitez telah mempertaruhkan formasi 4-2-3-1 untuk menentang formasi 4-3-3 Liverpool. Detik Gol & Analisis Pemain Liverpool menguasai permainan namun jentera serangan mereka tumpul. Gol pertama disumbat oleh Coutinho melalui rembatan melencong dari luar kawasan gol. Gambar Coutinho melepaskan rembatan jarak jauh ke dalam gol Newcastle United ditonton melalui live streaming. Newcastle menyamakan kedudukan apabila Shelvey menghantar bola jauh kepada Joselu . Bentesan Matip menyebabkan bola membias masuk ke dalam gol sendiri. Rumusan & Kedudukan Liga Keputusan seri ini memuaskan memandangkan perbezaan nilai skuad (£100j vs £400j). Newcastle United...

Kelemahan Formasi 4-1-4-1 Top Eleven

Imej
Terima kasih kerana sudi bertanya perihal kelemahan formasi 4-1-4-1 bolasepak ni. Tedi akan cuba jawab dengan sebaik dan selurus mungkin. Kepada kekawan yang mahu tahu pasal formasi yang sesuai untuk tewaskan formasi 4-1-4-1 di dalam Top Eleven bolehlah membaca kiriman Tedi yang lalu di capaian bertajuk " Cara tewaskan formasi 4141 Top Eleven " Formasi 4-1-4-1 adalah formasi bertahan di mana anda perlu memiliki pemain yang boleh menyerap asakan hebat pihak lawan. Ia boleh di-variasi-kan kepada formasi 4-3-3 dan 4-5-1 semasa menyerang. Formasi 4-1-4-1 hanya menggunakan seorang penyerang, jadi anda perlu menggunakan hantaran bola jauh untuk menghantar bola kepada penyerang. Jika anda ada pemain sayap yang laju dan boleh naik ke atas dengan cepat maka anda boleh gunakan hantaran bola pendek untuk menyesakkan kawasan lawan, tapi jika tidak, maka penyerang anda akan keseorangan menyebabkan peluang menyumbat gol adalah terhad. Penyerang yang tegap, tinggi, dan berkemahira...

Formasi bertahan 4-5-1 Top Eleven

Imej
Formasi 4-5-1 adalah formasi yang sering digunakan oleh mereka yang mahu bertahan dan menyerang balas. Ia adalah formasi yang terkenal di Eropah. Ada beberapa formasi 4-5-1, tapi formasi bertahan Top Eleven yang Tedi gunakan adalah formasi 4-1-2-2-1 yang pernah Tedi jelaskan dalam kiriman sebelum ini. Barisan formasi 4-5-1 bertahan ini adalah menggunakan 4 pertahanan, 1 defensive midfielder, 2 central midfielder, 2 winger, dan 1 striker. Serangan adalah melalui bahagian sayap Kiri dan kanan. 3 pemain paling atas. Ini bermakna ketika menyerang formasi 4-5-1 ini boleh berubah menjadi formasi 4-3-3, namun kita memerlukan pemain penyerang yang tegap bertubuh besar, tinggi dan mempunyai kebolehan kawalan bola yang baik sama ada di udara mahu pun di darat, dan boleh mempertahankan bola dalam tempoh yang lama. Pemain penyerang sebegitu boleh dilihat pada Didier Drogba. Kenapa perlu pemain penyerang yang besar? Sebab formasi 4-5-1 ini memerlukan pemain penyerang bermain bersendirian di bahagi...

[t17k30] Formasi 5-3-2 dan 4-2-4 Watford kalahkan formasi 4-4-2 NUFC

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Karangan kali ini adalah mengenai formasi bolasepak dengan fokus kepada kekalahan terakhir pasukan Newcastle United kepada pasukan Watford. Pasukan Newcastle United Football Club telah mengubah formasi mereka daripada formasi 4-2-3-1 kepada formasi 4-4-2. Mungkin ini adalah satu taktik untuk mendapatkan lebih banyak gol. Pasukan Watford pula menggunakan formasi bertahan 5-3-2 di mana lapan orang pemain mereka bertahan di hadapan gol. Keadaan ini jelas membantutkan serangan Newcastle United.   Apabila Watford mendapat bola melalui pertahanan mereka, serangan balas terus dilakukan melalui hantaran bola jarak jauh. Kebanyakan serangan Watford adalah melalui bahagian sayap kiri mereka menembusi pertahanan kanan Newcastle United Football Club sebab pemain pertahanan kanan the Magpies iaitu Yedlin suka naik ke atas menyerang. Tabiat ini disedari pengurus Watford lal...

Formasi Bola Sepak Kedah T17

Imej
Ini adalah analisa formasi bolasepak yang digunakan oleh Persatuan Bolasepak Kedah yang dikenali juga sebagai Helang Merah bagi tahun 2017.

Kelemahan formasi 5-3-2 NUFC vs Birmingham

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Rafael Benitez telah menggunakan formasi taktikal 5-3-2 menggantikan formasi 4-2-3-1 yang biasa digunakannya. Formasi 5-3-2 yang digunakan itu adalah amat janggal namun Rafa Benitez menegaskan bahawa dia perlu melindungi para pemain yang telah lama tidak bermain. Ini adalah kerana dia kehilangan Jonjo Shelvey yang telah digantung dan beberapa pemain yang bermain di Piala Negara-Negara Afrika. Dalam formasi 5-3-2 yang digunakannya itu dia meletakkan Achraf Lazaar dan DeAndre Yedlin sebagai pemain pertahanan-sayap, manakala Massadio Haidara diletakkan bersama Grant Hanley dan Jamaal Lascelles sebagai pemain pertahanan tengah tiga serangkai. Cheick Tiote, Jack Colback dan Vurnon Anita, diletakkan sebagai pemain tengah - di mana Tiote berperanan untuk memegang bola. Formasi 5-3-2 itu kelihatan berjaya pada 30 minit pertama apabila Daryl Murphy yang digandingkan bersama...

Cara tewaskan formasi 4-1-4-1 Top Eleven

Imej
Cara tewaskan formasi 4-1-4-1 Top Eleven Kenali Formasi 4-1-4-1 Ini adalah formasi yang agak tertumpu kepada mentaliti bertahan tapi ia juga bagus untuk serangan balas, dan tumpuan utama adalah untuk mendominasi bahagian tengah padang. Susah untuk menembusi bahagian tengah  formasi 4-1-4-1 ini jadi taktikal yang digunakan haruslah sesuai untuk menangani taktik serangan balas daripada pihak lawan. Formasi 4-2-2-2 Heksagon Hanya mereka yang tabah dan cekal dan berani sahaja bisa menggunakan formasi sebegini kerana ia adalah formasi yang boleh dikatakan membunuh diri. Formasi 4-2-2-2 Heksagon ini adalah berbeza sedikit dengan  Formasi 4-2-2-2 tradisional kerana Tedi mahukan pemain tengah ( Central Midfielder ) dan pemain tengah menyerang ( Attacking Midfielder ) tidak saling membatasi pergerakan masing-masing. Ia fokus kepada penembusan dan memerlukan pemain yang diyakini kemahirannya mengawal bola. Selain itu adalah satu bonus jika anda punyai Attacking Midfielder (pem...

Bagaimana kalahkan formasi 4-2-4

Imej
Formasi adalah bermaksud bentuk susunan. Karangan ini adalah tentang formasi pemain dalam sukan bola sepak. Formasi pemain bola sepak merupakan satu daripada sisi penting dalam mengatur taktik perlawanan. Penggunaan formasi bola sepak yang betul akan membantu pasukan bola sepak mengawal perlawanan. Formasi bola sepak yang Tedi fokus kali ini ialah formasi 4-2-4. Pengenalan kepada formasi 4-2-4 Formasi 4-2-4 adalah formasi yang agak memeningkan kepala Tedi ketika menentangnya. Formasi ini selalunya digunakan oleh pasukan yang hebat bahagian pertahanannya sehinggakan mereka sanggup untuk bertahan dengan hanya 2 atau 3 orang pertahanan ketika menyerang. Secara asasnya formasi 4-2-4 menggunakan 4 pemain pertahanan, 2 pemain tengah, 2 pemain sayap, dan 2 penyerang. Kekurangan pemain tengah pada formasi 4-2-4 menunjukkan mereka yang menggunakan formasi ini mahu menggunakan serangan sayap untuk menarik pertahanan ke tepi dan membuat hantaran ke tengah. Oleh itu mempunyai pemain sayap yan...

Formasi 4-1-2-2-1 Top Eleven level 6 2017 buahkan hasil

Imej
Liga musim level 6 tahun 2017 ini sudah menghampiri penghujung di mana pada waktu ini pasukan New Kedah United mendahului liga dengan perbezaan mata yang agak membanggakan. Game berbaki 3 perlawanan dan jika New Kedah United berjaya dapatkan 1 mata dalam 3 perlawanan terakhir, kami akan juarai liga level 6 2017 ini! Wow! Tak sangka sungguh ketika New Kedah United hanya menduduki 6 tempat teratas pada musim level 5. Boleh dikatakan kejayaan ini adalah disebabkan oleh formasi baru yang Tedi gunakan iaitu formasi 4-1-2-2-1 Wide dengan menggunakan seorang penyerang yang dibantu oleh dua pemain sayap kiri dan kanan. Penyerang solo Tedi arahkan untuk neutral iaitu tidak terlalu menyerang dan tidak pula turun ke bawah untuk bertahan. Ini adalah supaya dia mengawal Bola sementara menunggu barisan tengah dan sayap sertai serangan. Bahagian tengah pula dikuatkan oleh 2 pemain tengah CM dan seorang pemain tengah pertahanan DM. Ketiga-tiga mereka diarahkan untuk sentiasa menyerang. Bahagia...

Cara Kalahkan Formasi 5-4-1

Imej
Melawan formasi 5-4-1 adalah satu tugasan yang agak menyeksakan Tedi. Agak sukar untuk menentang formasi 4-5-1 ini apabila Tedi menggunakan formasi 4-1-2-3. Kebelakangan ini ramai pula yang menggunakan formasi ini sehingga Tedi terpaksa memilih untuk mencari formasi dan taktikal yang sesuai untuk mengalahkan formasi 4-5-1 ini. Bukanlah sukar sangat untuk menembusi 5 pemain pertahanan. Masalahnya ialah dengan susunan taktikal pemain tengah. Kebiasaannya mereka yang menggunakan formasi 5-4-1 ini akan menggunakan strategi bertahan atau strategi ultra-defensive . Formasi 5-4-1 tipikal hadir dalam dua susunan. Susunan pertama adalah dengan menggunakan CDM, CAM dan 2 wide midfielder . Susunan kedua adalah dengan menggantikan CDM dan CAM dengan CM. Kedua-dua susunan ini sama tahap kepayahannya. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah kita memerlukan formasi menyerang atau mentaliti menyerang. Tidak kisah bagaimana teruknya pertahanan kita jika kita dapat megelakkan per...

Popular