Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aidan sebelum satu tahun

Kuning Aidan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Jemur Aidan di Klinik Primer Pada hari Selasa bertarikh 4 Jun 2019 di sekitar jam 8:34 seperti yang dirakam pada nombor giliran, Aidan dibawa ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu untuk diperiksa tahap kuningnya (jaundice) setelah jururawat dari Klinik Kesihatan Delima mengesyaki tahap kuning Aidan masih tinggi. Ketika ini umur Aidan adalah 7 hari menurut kiraan jururawat di sana. Mereka kira umur Aidan bermula sehari selepas tarikh lahir. Beliau mencadangkan Aidan diperiksa sekali lagi dengan secepat mungkin berbanding tarikh temujanji yang telah ditetapkan doktor sebelum ini ( 11 Jun 2019 ). Jururawat tersebut merasakan tarikh itu terlalu lewat dan Hari Raya akan disambut esok menyebabkan Klinik Kesihatan akan ditutup. Setelah diperiksa didapati tahap kuning Aidan telah meningkat kepada 218 . Doktor menyuruh kami membawa Aidan ke Hospital Tumpat pada esok hari ( 5 Jun 2019...

[t19f23] Balik ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu menaiki bas Ekspres Musafir

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tiket Bas Ekspres Musafir dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Selatan Malam ini Master balik ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu Kelantan menaiki bas Ekpres Musafir bersendirian kerana Mummy sedang berpantang di Kelantan. Destinasi di Kuala Lumpur ialah Terminal Bersepadu Selatan. Ini adalah satu tradisi ketika Mummy sedang berpantang dan pernah Tedi kisahkan perjalanan Master ini dalam kiriman bertajuk  Dari Kota Bharu TESCO ke Kerinchi . Keterangan   Tiket bas EKSPRES MUSAFIR ini merekodkan butiran perjalanan dari KOTA BHARU menuju ke TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS), Kuala Lumpur . Perjalanan bas ekspres ini, yang mewakili salah satu laluan paling popular, dijadualkan pada 23 Jun 2019 dan akan bertolak tepat pada jam 09:00 malam. Tiket bas bernombor rujukan TBS190600216059 ini diperuntukkan untuk penumpang dewasa, dengan tempat duduk bernombor 8A. Harga tiket bas ta...

[t19j10] Aidan meniarap

Imej
Tiba-tiba sahaja Aidan meniarap di depan kami dan melakukan aksi berenang kuak kupu-kupu. Sebenarnya Aidan telah beberapa kali meniarap tapi selalunya tak lama dan bukan atas tilam yang landai. Hari ini dia meniarap atas tilam landai yang menyukarkan bayi lelaki berusia 4 bulan 13 hari tu menggolekkan badannya. Aidan juga mengangkat kepala dan buat aksi nak merangkak. Ini adalah kali pertama kami dapat rakam aksi beliau begini. Perkembangan bayi si Aidan ni pada usia 4 bulan 13 hari telah menunjukkan usaha untuk bergolek dan meniarap. Aidan juga telah mengangkat kepalanya semasa meniarap sekaligus mengelakkannya daripada lemas. Harus diperhatikan bahawa bayi yang baru belajar meniarap mungkin akan kepenatan dan kelemasan terutama di atas alas yang lembut. Kolaj jujukan gambar perkembangan bayi dengan aksi Aidan mula meniarap. Ketika ini Aidan adalah seorang bayi lelaki berusia 4 bulan 13 hari. Thursday, 10 October 2019, 21:53 # IMG_20191010_215344-COLLAGE # Kamera telefon pintar ...

[t20c15] Aqiqah Aidan dan hari lahir Aina

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini kami mengadakan majlis kesyukuran sempena aqiqah Aidan dan hari lahir Aina. Sebenarnya hari ini bukanlah hari lahir Aina, kerana Aina lahir dalam bulan February. Sengaja kami adakan sambutan hari lahir buatnya sebagai kenangan. Jam 11:21 pagi petugas kambing golek sedang menghiris daging kambing. Ketika ini telah ada tetamu yang hadir tetapi kambing golek ini akan mengambil masa satu jam untuk siap dihidangkan. Nasib baik para tetamu memuji masakan mereka ini. Tetapi la kan, adakah tetamu yang cakap makanan tidak sedap kepada tuan rumah? Tak ada kan? # Sunday, 15 March 2020, 11:21 # IMG20200315112153 # OPPO Reno2 # Hari ini sebenarnya merupakan hari ulangtahun kelahiran Mak Lang Yan. Keluarga dari belah Master dan Mummy turut hadir memeriahkan majlis. Hanya mak long Umie tak dapat hadir. Mummy turut menempah jurugambar untuk merakam gambar suasana kenduri tersebut. Bilang...

[t19i18] Aidan 3 bulan 20 hari

Animasi Aidan ajak daddy borak pada jam 11:30 malam. Masa orang nak tidur adalah masa Aidan sibuk nak berbual. Pada masa ini Aidan adalah seorang bayi lelaki berumur 3 bulan 20 hari yang memakai baju bayi berjenama Fiffy. # Wednesday, 18 September 2019, 23:27 # 20190918 # IMG_20190918_232721-ANIMATION.gif # Xiaomi Redmi Note 5A # Rumah #

[t20b13] Anak-anak Unicorn, Master Urut

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan:  Kolaj Gambar Anak-anak Unicorn ,  Master Urut Kolaj Gambar Anak-anak Unicorn Kalau sebut pasal unicorn memang Aina sukakan unicorn selain pony, Elsa dan Mickey Mouse. tetapi jika pasal aksesori perhiasan atas kepala, adiknya si Aidan yang lebih lekat aksesori di atas kepalanya. Aina tak boleh pakai aksesori kepala sekejap saja pasti mahu dicabutnya. Tak kisahlah sama ada topi, tudung, cekak dan sebagainya. Dua ekor anak unicorn, seekor betina dan seekor jantan hehe. Gaya unicorn manakah yang betul-betul serupa macam unicorn? Gambar kolaj Aina dan Aidan memakai cekak kepala bertemakan unicorn. Umur Aina ialah 2 tahun 11 bulan 20 hari pada masa gambar diambil. Umur Aidan ialah 8 bulan dan 14 hari semasa gambarnya diambil.   # Friday, 14 February 2020, 08:33 # PhotoGrid_1581640412835.jpg # 20200214 # Rumah Sepang #   Master Urut "TAK CUBA TAK TAHU, DAH ...

[t19f16] Photoshoot Bayi semasa Aidan berumur 18 hari

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Satu sesi khas tangkap gambar Aidan semasa bayi berumur 18 hari telah ditempah oleh Mummy dan berlangsung di rumah Tok Abah di Kampung Delima. Para jurugambar sedang melakukan persiapan untuk menangkap gambar Aidan. Sesi photoshoot ini dilakukan semasa Aidan berumur 18 hari. # Sunday, 16 June 2019, 11:10 # 20190616 # Sony G3226 # DSC_8044 # Salah satu gaya semasa photoshoot bayi lelaki bernama Aidan berumur 18 hari. Duduk di prop sofa dengan meja sisi yang diletakkan buku dan tasbih. Rasanya ini gaya orang sedang melaungkan azan. # Sunday, 16 June 2019, 12:10 # NIKON CORPORATION NIKON D750 # _DSC6498 # ~20190616~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t19f30] Aidan suntik 1 bulan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Hari ini hari Ahad kami bawa Aidan ke Klinik Kesihatan Delima untuk ambil suntikan pelalian bayi umur 1 bulan.   Selain itu kehadiran kami ke sana adalah untuk kutip keputusan pemeriksaan penyakit kuning Aidan. Malangnya internet tidak berfungsi di Klinik Kesihatan Delima tersebut.   Mummy dan Master sebenarnya tak mahu bawa Aina sekali, tapi dek kerana Aina tiba-tiba bangun awal pada pagi kejadian, terpaksalah bawa dia sekali.   Hasilnya terpaksalah Master berkejar-kejaran dengan si Aina sepanjang berada di Klinik Kesihatan Delima.   Selain itu Aina juga berjaya membeli-belah 1 kotak air susu, 1 kek Apollo perisa pandan, dan 2 bungkus biskut beruang. Biskut beruang bukanlah sejenis biskut untuk santapan beruang tetapi ia adalah biskut berperisa coklat dengan bentuk beruang yang comel.   Pada sebelah petang pula kami ke sekitar Pangkala...

[t19i13] Mummy bawa Aidan ambil pelalian 3 bulan

Imej
Mummy bawa Aidan ke Klinik Kesihatan Salak berdua sahaja. Nasib baik Aidan duduk dengan baik dalam car seat. Master ada team building di Melaka . Temujanji ini adalah untuk suntikan 3 bulan Aidan, tidak boleh ditangguhkan lagi kerana Aidan dah nak masuk 4 bulan. Banyak cuti pada hari Isnin sedangkan giliran taman perumahan kami di Klinik Kesihatan Salak ialah pada hari Isnin sahaja. Nasib baiklah Mak Lang Yan sudi menjaga Aina di rumah. Umur Aidan pada masa ini ialah 3 bulan 15 hari. Mummy kata Aidan okay je dalam car seat, cuma dia akan menangis semasa kereta berhenti. # Friday, 13 September 2019, 15:25 # 201909131525 # DSC_9313 # Sony G3226 # 20190913

[t19i30] Aidan mencuba car-seat Graco

Imej
Perkembangan bayi Aidan sedang mencuba kerusi kereta untuk bayi (baby car seat) berjenama Graco berwarna kelabu di Midvalley Megamall. * recline n' ride * headrest 10 position harness * side impact tested * # Monday, 30 September 2019, 19:53 # 20190930 # DSC_9618 # kamera telefon pintar android Sony G3226 # Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur #

[t20c09] Aina dan Aidan tunggu pesanan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Animasi Aina dan Aidan kononnya sedang menunggu pesanan makanan masih belum tiba di meja. Aina berusia 3 tahun 20 hari. Aidan pula sudah mencecah 9 bulan. # Monday, 9 March 2020, 13:02 # VID20200309130051-ANIMATION.gif # Hari ini Aidan ada temujanji di Klinik Kesihatan Salak. Setelah menghantar Mummy dan Aidan ke Klinik Kesihatan Salak, Master bawa Aina bersarapan roti canai di kawasan rumah kami setelah tidak menemui kedai makan yang sesuai untuk disinggahi di sekitar kawasan klinik. Setelah selesai temujanji Aidan kami pergi makan di sebuah kedai makan yang Tedi belum dapat imbau di mana lokasinya. Kelihatan macam Remy Ayam Kampung. Kemudian kami ke AEON Nilai. Master bawa Aina makan roti canai di kedai mamak di kawasan perumahan kami setelah hantar Mummy dan Aidan ke Klinik Kesihatan Salak. # Monday, 9 March 2020, 10:42 # 20200309 # IMG_20200309_104246.jpg # Xi...

Basikal Aina sudah sampai

Imej
Hari ini basikal yang Mummy beli di Shopee untuk Aina telah sampai. Basikal ini sebenarnya adalah hadiah hari lahir buat Aina sempena umurnya mencecah 3 tahun. Gambar si Aidan sedang berposing depan basikal si Aina yang baru tiba hari ini. Suruh Aina berposing dengan basikalnya, memang jangan haraplah nak dapat. Itulah perbezaan di antara si adik dan kakaknya. Si adik pandai beraksi apabila nampak kamera, manakala si kakak pula sentiasa lari daripada kamera. # Tuesday, 5 May 2020, 16:47 # 20200505 # IMG20200505164714 # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 # Basikal berwarna oren itu adalah pilihan Aina sendiri. Sebenarnya Aina mahukan basikal berwarna merah jambu namun telah kehabisan stok. Gambar aksi si Aina sedang cuba menunggang basikalnya yang baru sampai hari ini melalui Shopee. Kira okaylah Aina pandai kayuh basikal tetapi dia tak pandai nak kemudi basikal tersebut. # Tuesday, 5 May 2020, 17:09 # 20200505 # IMG20200505170912 # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 # Karangan ini ...

Daftar Aidan di Klinik Kesihatan Salak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini Mummy bawa Aidan ke Klinik Kesihatan Salak untuk daftarkan maklumat Aidan. Semalam Aidan telah dibawa pulang ke Sepang ditemani Mummy dan Tok Ma menaiki penerbangan AirAsia dengan kapal terbang AK 6435 dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu (KBR) ke lapangan terbang KLIA 2 (KUL). Mereka dijemput Daddy dan Tok Abah yang telah sampai pada jam 1 pagi hari yang sama setelah melalui perjalanan selama 9 ke 10 jam dari Kota Bharu ke Sepang dengan menaiki kereta Subaru XV STI 2015. ~20190703~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Aina Mengasuh Aidan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Animasi Aina sedang menuang minyak angin untuk disapu ke perut Aidan semasa nak pakaikan baju bayi lelaki tersebut. Sapu minyak angin ke perut bayi dan tapak kaki bayi lelaki tujuannya untuk elakkan kembung perut. Kelihatan juga bantal merah polka dot Mickey Mouse dan bantal pink Minnie Mouse. # umur Aidan : 2 bulan 1 hari # umur Aina : 2 tahun 5 bulan 9 hari # Monday, 29 July 2019, 18:28 # MOV_8497-ANIMATION.gif # 20190729 #   ~20190729~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Aidan sit-up; Color Riche Matte

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Gambar animasi Aidan menunjukkan cara yang betul untuk melakukan sit-up. Sofa bayi yang baru dibeli Mummy memudahkan Aidan untuk melakukan sit-up berulangkali menjadikan perkembangan bayi si Aidan ni mungkin tidak berapa jitu. Aidan ketika ini adalah bayi lelaki berumur 4 bulan 9 hari. # Sunday, 6 October 2019, 09:11 # IMG_20191006_091123-ANIMATION.gif # kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A #    Perkembangan bayi Aidan ni dikomen oleh Mak Ngah Zira sebagai langkah pertama untuk bayi belajar meniarap. Nampaknya tak lama lagi si Aidan ni boleh meniaraplah ye. Color Riche Matte Cuba gincu bibir Color Riche Matte 287 Beige Reveur # Sunday, 6 October 2019, 18:58 # 20191006 # DSC_9714 # Sony G3226 # Tesco Putra Nilai # https://goo.gl/maps/jVZ8wcWLxhezePzz6  # ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

Aidan kelip-kelip mata

Imej
Perkembangan bayi Aidan berumur 5 bulan dan 25 hari. Animasi Aidan kelip mata sambil pegang patung sumbat unicorn sambil berbaring atas katil. # Saturday, 23 November 2019, 08:57 # 20191123 # IMG20191123085704-ANIMATION # Kamera telefon pintar OPPO Reno 2 #

Berat Rambut Aidan

RM 231.71 1.29 gram Putri Jewels Petang 23 Jun 2019, hari Ahad, Master ke kawasan Pasar Besar Wakaf Bharu untuk menimbang berat rambut Aidan. Kepala Aidan telah dicukur licin beberapa hari lalu. Kedai emas yang Master singgahi ialah Putri Jewels. Master kata nak timbang rambut bayi. Kakak yang jaga kaunter tu kata boleh. Berat rambut Aidan yang ditimbang ialah 1.29 gram. Berat rambut Aidan jika dinilai dengan emas ialah RM 231.71. 20190623

Aina melawat Aidan di wad Klinik Usains HUSM

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Alhamdulillah semalam Mummy telah selamat melahirkan Aidan di Hospital Universiti Sains Malaysia. Maka hari ini kami membawa kakak Aidan ke wad Klinik Eksekutif Usains HUSM untuk melawatnya buat kali pertama. Klinik Usains ni jika kawan-kawan tak tahu adalah cabang swasta kepada Hospital Universiti Sains Malaysia.   Aina menyusun bongkah kayu Sekejap sahaja Aina berada di dalam wad melawat Mummy dan Aidan, ini adalah kerana Aina ni tengah melasak dan dikhuatiri mencederakan Mummy yang baru menjalani pembedahan. Oleh itu Master membawa Aina keluar berjalan-jalan di sekitar kawasan Klinik Usains tersebut. Aina menyusun bongkah kayu di Klinik Usains HUSM. Ironinya ujian inilah yang Aina gagal semasa pemeriksaan kesihatan di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya. Master bawa Aina berjalan di sekitar wad. Ini kali pertama Aina dibawa ke sini untuk melihat adiknya Aidan yang selamat dilahirkan semalam.  # Wednesday, 29 May 2019, 13:03 # 2019052...

Aina Discaj Klinik Mata Hospital Putrajaya

Imej
Tajuk catatan hari ini ialah :  Aina Discaj Klinik Mata (Ophtamology) Hospital Putrajaya  |  Mummy Masak Sotong Sumbat |  Kampung People Kembali ditayangkan di TV3 Malaysia  | Kerenah Aina dan Aidan semasa Mummy dan Master solat berjemaah . Aina Discaj Klinik Mata (Ophtamology) Hospital Putrajaya Pada jam 2:30 petang tadi Master menerima panggilan telefon daripada nombor +60 3-8312 4200. Ia adalah panggilan telefon dari Klinik Mata Hospital Putrajaya yang memaklumkan temujanji Aina dengan klinik tersebut pada 5 Mei 2020 telah dibatalkan. Ini memang telah dijangka semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini. Panggilan telefon itu juga memaklumkan bahawa doktor telah bersetuju untuk membenarkan Aina discaj daripada klinik tersebut. Ini bermakna Aina tidak lagi perlu menghadiri pemeriksaan mata di Klinik Mata Hospital Putrajaya. Tetapi pegawai tersebut memaklumkan bahawa kami boleh bawa Aina semula ke Hospita...

Kali pertama Aidan memanjat ke tingkat dua

Pada waktu Maghrib tadi... Master meletakkan Aidan di ruang tamu bersama-sama kakaknya si Aina selepas memandikannya dan memakaikannya baju. Kemudian Master masuk semula ke dalam bilik untuk menyambung kerjanya yang tidak keputusan sementara bekerja di rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan ini. Mummy pula sedang sibuk memasak kek di dapur. Tidak lama kemudian Aina sibuk menangis, sebut susu. Kebiasaannya ada dua iaitu dia nak susu, atau Aidan rampas botol susunya. Master pun pergi menjenguk Aina. Ketika itulah Master perasan tiada kelibat Aidan. Tapi Master tak ralat sebab Aidan mesti ada di beberapa tempat seperti di pintu masuk (penjuru kiri depan), belakang penapis udara Cuckoo (penjuru kanan depan), stor bawah tangga (penjuru kiri belakang), atau di rak barang (penjuru kanan belakang). Keempat-empat penjuru ni memang kegemaran Aidan mungkin sebab ia tersorok. Master carilah di sana, tapi tiada! Master panggil Aidan, tapi tiada sahutan. Master periksa pintu depan mana ta...

Popular