Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mesin basuh

[T16L03] Kenapa Mesin Basuh Tidak Boleh Spin?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Masalah yang dimaksudkan di sini adalah apabila mesin basuh anda boleh membasuh ( wash ) dan membilas ( rinse ), tetapi gagal sama sekali semasa proses akhir mengeringkan pakaian ( spin ). 1. Keseimbangan Muatan Pastikan pakaian dalam keadaan seimbang. Kedudukan mesin yang senget juga menjadi punca. Mekanisme perlindungan mesin moden akan menghalang spin jika muatan tidak stabil. Tip: Cuba lakukan spin tanpa muatan untuk pengesahan. 2. Saluran Air Keluar Mesin akan menolak untuk spin jika air gagal disalurkan keluar dengan sempurna. Periksa sebarang sekatan pada hos sebelum mengandaikan kerosakan pam air. 3. Sistem Tekanan ( Pressure System ) Jika pressure system bermasalah, isyarat air telah dipam keluar tidak sampai ke sistem kawalan. Tandanya ialah mesin berhenti tiba-tiba selepas bunyi "klik". 4. Motor & Tali Sawat ( Belt ) Masalah motor selalunya berpunca daripa...

Kod Ralat Mesin Basuh BEKO

Imej
Beko adalah salah satu jenama elektronik yang terkenal di dunia, jenama Turki ini meliputi pelbagai peralatan rumah dan dapur seperti mesin basuh yang menjadi tumpuan dalam karangan ini. Tidak kira setinggi mana kualiti sesuatu perkakasan, lambat-laun ia akan tetap menghadapi masalah. Salah satu cara untuk mengetahui masalah yang dihadapi ialah dengan menggunakan kod ralat. Mesin basuh moden kebanyakannya akan memaparkan kod ralat apabila berlaku sebarang masalah melalui paparan LED kepada pengguna. Karangan kali ini akan mengkaji apakah kod ralat yang bakal dipaparkan oleh sesebuah mesin basuh BEKO apabila ia menghadapi masalah. BEKO jadi penaja jersi latihan FC Barcelona   Kod Ralat Beko Sistem kod ralat Beko adalah sangat mudah, iaitu menggunakan kod E1 hingga E18. Jika kita boleh membaiki masalah itu sendiri maka kita hanya perlu menekan lama butang mula (start) untuk mengosongkan kod ralat. E1 Kod ralat E1 bererti terdapat ralat NTC yang dikesan di mesin basuh. Ini bermakna ad...

[t22c31] Fungsi-fungsi pada Mesin Basuh

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Adakah kita menggunakan fungsi mesin basuh kita dengan sebaiknya? Kita mempunyai mesin basuh di rumah tetapi jarang menggunakan fungsi-fungsi yang saban tahun semakin bertambah. Kita semakin keliru dengan banyak simbol yang kita lihat pada mesin basuh kita dan akhirnya hanya menggunakan tetapan standard. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah Air Turbo, Fuzzy, Eco Tub Cleaning pada mesin basuh kita? Ini adalah beberapa fungsi umum yang sempat Tedi kaji untuk sama-sama kita fahami. [Senarai Fungsi Pada Mesin Basuh] Fuzzy / Regular (Biasa) Quick (Cepat) Delicates / Soft (lembut) Water Saving (jimat air) Air Dry (Pengeringan Udara) / Air Turbo (Turbo Udara) Eco Wash (Basuhan Ekonomi) Tub Clean (cuci tab) / Drum Clean (Cuci  Dram) Tub Dry (Pengeringan Tab) Fuzzy / Regular (Biasa) Program Fuzzy / Regular ialah tetapan standard untuk kitaran basuhan yang paling sesuai untuk cu...

Beko WMB101433LW: Mesin basuh terbaik bawah MYR 1700

Imej
Beko adalah jenama dari Turki yang menghasilkan banyak produk nilai terbaik dan digemari pengguna. Mesin basuh ini boleh memuatkan 10 kilogram basuhan dan menggunakan motor inverter dengan jaminan 10 tahun. Ia juga mempunyai kitaran basuhan yang serupa dengan mesin basuh berharga 3 kali ganda lebih mahal. Tidak banyak mesin basuh yang menawarkan Basuhan Tangan, Basuhan Sejuk, Jagaan Lembut, Pakaian Bayi, dan juga Duvet Serat sebagai senarai program basuhan mereka, tetapi mesin basuh Beko WMB101433LW memiliki semua program tersebut. Ia berupaya membasuh pakaian seberat 10 kilogram dalam 30 minit dan pakaian seberata 2 kilogram dalam masa 14 minit sahaja. Ciri lain yang menarik perhatian adalah saiz pintunya yang lebih besar berbanding kebanyakan mesin basuh lain. Berdasarkan kepada harganya yang murah dan ciri-ciri yang ditawarkan, anda mungkin menyangkakan mesin basuh ini tidak cekap dalam melaksanakan tugasannya, tetapi, sebaliknya mesin basuh cekap tenaga ini berfungsi dengan sangat ...

T18D20 Logik Kabur mudahkan kehidupan

Imej
Logik Kabur? Fungsi fuzzy pada mesin basuh Maksud Fuzzy Lain-lain Logik Kabur? Apa benda tu? Mungkin itulah persoalan yang bermain di minda kalian kan? Logik kabur tu Tedi terjemah terus daripada Bahasa Inggeris perkataan "fuzzy logic". Apakah dia  fuzzy logic tersebut? Ia adalah satu jenis kepintaran buatan yang membolehkan peralatan atau mesin untuk membuat keputusan berdasarkan kepada beberapa input yang tidak jelas (kabur). Jika kawan-kawan tidak biasa dengan istilah kepintaran buatan ia adalah terjemahan kepada artificial intteligence atau selalunya disingkatkan kepada AI  yang secara pendeknya Tedi simpulkan sebagai kebolehan mesin meniru keupayaan manusia berfikir.   Fungsi fuzzy pada mesin basuh Contoh terbaik penggunaan  fuzzy logic ni adalah pada mesin basuh automatik seperti mesin basuh HAEIR yang kami gunakan sekarang. Apabila kita masukkan baju dalam mesin basuh automatik dengan ciri  fuzzy logic ni, apakah perkara pertama akan dilakukannya? Ia...

Mesin Basuh Toto Berapa Kilogram?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Sekarang Tedi sedang menunggu basuhan toto di kedai dobi layan diri Laundrybar di Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia. Bergaduh pasal mesin basuh kedai dobi layan diri Basuh toto guna mesin basuh 15 kg Basuh Toto Mesin Basuh 10 KG di De'Salju Laundry Bergaduh pasal mesin basuh kedai dobi layan diri Tajuk karangan ni sebenarnya sudah wujud sejak 12 Oktober 2018 lagi, ketika itu Tedi dan Master bertelagah nak guna mesin basuh berat berapa kilogram untuk basuh toto? Hari ini masalah itu kembali menghantui kami dan kerana itulah Tedi teringat tentang tajuk karangan ini sekaligus berazam untuk menyudahkannya walaupun hanya dengan menaip di telefon pintar. Bila lagi nak dapat masa untuk mengarang ya tak? Di kedai dobi layan diri 24 jam Laundrybar ini ada 3 mesin basuh dengan berat berbeza iaitu 10 kg, 15 kg, dan 28 kg. Kami nak basuh toto seh...

[t22c02] V-Belt Mesin Basuh Haier HWM-7808 putus

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kandungan: Mesin basuh Haier HWM-7808 berhenti berpusing No: 01018 O-450e Mr DIY dan kedai perkakasan tak jual v-belt mesin basuh Cuba pasang v-belt lama pada mesin basuh v-Belt O-450E baru telah sampai v-Belt O-450E berjaya dipasang pada mesin basuh Mesin basuh Haier HWM-7808 berhenti berpusing Tengah hari tadi semasa Master cuba spin mesin basuh Haier HWM-7808, ia langsung tidak berpusing. Tetapi ada bunyi biasa macam motor sedang berpusing. Master cuba pula rinse, sama juga dram mesin basuh tidak berpusing. Akhirnya MAster cuba fungsi wash, sama juga dram mesin basuh itu tidak berpusing walaupun ada bunyi motor. Master teka bahawa ada masalah dengan v-belt iaitu tali sawat yang menghubungkan dram dan motor mesin basuh. Master tutup sumber elektrik, terbalikkan mesin basuh, dan periksa bahagian bawah mesin basuh, memang tali sawat yang lebih dikenali sebagai v-...

T21H08 Inverter

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Maksud Inverter Inverter adalah satu perkataan  Bahasa Inggeris yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. Terjemahannya dalam Bahasa Melayu ialah "pembalik".   Definisi "inverter" dalam kejuruteraan Inverter adalah alat elektrik yang menukar voltan DC (arus terus), selalunya dari bateri, menjadi voltan AC (arus ulang-alik) supaya dapat digunakan oleh peralatan biasa. Pendek kata, pembalik menukar arus terus menjadi arus ulang-alik.   Mesin basuh inverter Mesin basuh inverter adalah jenis mesin basuh yang menggunakan teknologi pembalik. Teknologi ini selalunya digunakan pada motor mesin basuh. Dengan menggunakan teknologi inverter ini, mesin basuh menggunakan jumlah tenaga elektrik yang berbeza mengikut kapasiti cucian. Mengikut teorinya muatan sedikit akan menggunakan tenaga elektrik yang sedikit apabila menggunakan teknologi inverter pada mesin bas...

T21F17 Beza kitaran wash dan rinse pada mesin basuh

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Siapa pengguna mesin basuh yang tidak kenal istilah wash dan rinse pada mesin basuh? Wash bermaksud "basuh" dalam Bahasa Melayu. Rinse pula bermaksud "bilas" dalam Bahasa Melayu. Tetapi apakah maksud kedua-dua kitaran ini dalam mesin basuh? Wash Kitaran  wash adalah di mana mesin basuh memutarkan pakaian menggunakan air yang sama berulangkali. Ini adalah untuk menjimatkan air. Sabun dimasukkan pada masa ini. Saudara-mara kepada kitaran  wash adalah pre-wash atau soak di mana pakaian akan dibiarkan terendam seketika dalam air dan sabun untuk melonggarkan ikatan di antara kotoran dan pakaian. Tedi suka gunakan fungsi  soak pada mesin basuh Haier kami kerana pada masa ini Tedi dapat memastikan berapakah muatan pakaian ketika ia basah, jika ada ruang, bolehlah ditambah lagi, hihihi. Tempoh masa  wash yang normal adalah di antara 8 ke 15 minit. ...

Silap Guna Mesin Basuh Merugikan Kita

Basuh pakaian menggunakan mesin basuh mungkin nampak mudah. Hanya tekan satu butang dan mesin basuh akan melaksanakan tugasnya. Tapi kita mungkin tak perasan jika kita silap ketika menggunakan mesin basuh, kita akan mengalami kerugian yang besar dari segi wang Ringgit. Pakar dari laman web Moneypig menyatakan bahawa pilihan kitaran cucian dan suhu air yang betul akan memelihara pakaian kita di samping menjimatkan bil elektrik dan memelihara alam sekitar. Selain itu kita juga perlu memilih kadar muatan yang betul. Cucian sejuk adalah sesuai untuk pakaian berwarna gelap juga pakaian ringan seperti pakaian pejabat. Cucian sejuk tak gunakan banyak tenaga elektrik. Cucian suam adalah sesuai untuk pakaian sintetik, juga untuk pakaian berwarna terang yang terkena kotoran berat seperti minyak. Cucian panas sesuai untuk pakaian kapas berwarna putih dan juga pakaian yang menyentuh kulit seperti pakaian dalam. Cadar juga patut dibasuh dengan cucian panas. Delicate, hand wash, atau wool cycle Mesi...

Mesin basuh Haier HWM7808 tak boleh rinse dan spin

Imej
Ini adalah kejadian kedua melibatkan mesin basuh Haier HWM 7808 fully auto tersebut. Pada asalnya ia tak boleh rinse sahaja dan setelah Master test, ia juga gagal spin. Ini macam masalah sama dalam kiriman Tedi sebelum ini: Kenapa mesin basuh tidak boleh keringkan baju (spin)? . Master segera periksa suis tutup pintu mesin basuh tersebut untuk sebarang kekotoran yang boleh menghalang tenaga elektrik disambungkan tetapi tiada sebarang masalah di sana. Kod error E2 atau E3 dipaparkan pada panel mesin basuh HWM7808 tersebut yang menafikan ia adalah disebabkan kegagalan mesin basuh tersebut mengesan sama ada pintu ditutup atau tidak. Kami tidak pasti kod yang dipaparkan adalah E2 atau E3 kerana LED pada panel mesin basuh itu sudah rosak. Salah satu cadangan kod tersebut adalah mesin basuh tidak keringkan air dengan secukupnya pada masa yang ditetapkan. Tapi setelah Master check pada drain pumpesin basuh tersebut ternyata tiada air di dalamnya. Cadangan lain adalah untuk check water ...

DIY Baiki Mesin Basuh Haier dan Tukar Salur Keluar Air Cucian

Imej
Mesin basuh Haier itu buat perangai lagi kali ini. Ia enggan mengeringkan hasil cucian. Habis sahaja bilas, ia berhenti bekerja Adakah masanya telah tiba untuk mesin basuh berusia 8 tahun itu ditukar? Pada mulanya ia cuma enggan untuk mengeringkan ( spin ) cucian di dalam perutnya, tetapi apabila hari mulai menghampiri petang, ia juga enggan untuk membilas pakaian yang dicucinya. Jika setakat tak keringkan ( spin ) tu masih boleh diterima kerana Master masih boleh memerah kesemua cucian itu, dan cahaya mentari yang terik juga sangat membantu untuk menyejat semua lembapan itu ke udara. Namun apabila ia mula enggan untuk membilas pakaian yang dicucinya, itu memang tak boleh diterima. Mesin basuh apakah itu jika ia tidak boleh membilas? Entah kenapa hati masih berasa tenang dan berasakan bahawa mesin basuh itu tidaklah rosak, cuma ada sedikit masalah untuk berfungsi. Padahal sebenarnya dalam hati dah risau dan cuba nafikan kena beli mesin basuh yang baru, sebab tu lah cuba yakinkan ...

Jenama Mesin Basuh Terkemuka di Dunia 2018

Imej
Karangan ini adalah mengenai senarai 10 jenama mesin basuh yang terbaik di dunia pada tahun 2018. Mesin basuh pada zaman sekarang boleh didapati dalam dua jenis muatan iaitu muatan atas, dan muatan hadapan. Terdapat juga mesin basuh semi-automatik yang memerlukan bantuan manusia untuk beroperasi dan ada juga mesin basuh automatik yang mengawal proses basuhan sepenuhnya. Kesemua fungsi mesin basuh ini disediakan oleh para pengeluar sama ada untuk memenuhi kehendak kewangan pengguna iaitu harga yang murah, atau sebaliknya menawarkan fungsi-fungsi yang banyak dan canggih pada harga yang lebih mahal. Apa-apa pun jika jenama yang anda pilih adalah daripada 10 jenama mesin basuh terkemuka di bawah, and mungkin tak perlu pening kepala tambahan ada yang tawarkan jaminan sehingga 10 tahun! Malangnya mesin basuh yang kami gunakan iaitu mesin basuh jenama Haier tidak termasuk dalam senarai di bawah ini, tapi masih bertahan selama 10 tahun sejak kami gunakannya pada tahun 2008. Senarai 10 Je...

Mesin basuh Haier HWM7808 kembali pulih?

Imej
Ajaib! Itu sahaja yang mampu Tedi ungkapkan apabila mesin basuh Haier HWM7808 Fuzzy Logic yang telah berusia 8 tahun itu kembali bekerja seperti normal. Sebelum itu mesin basuh ini menghadapi masalah untuk hentikan aliran air paip dan ia tetap mengalir walaupun suis mesin basuh Haier tersebut telah dipadamkan. Namun malam ni mesin basuh Haier HWM7808 itu seolah-olah kembali pulih setelah banyak ekor semut keluar berbondong-bondong dari salur masuk air paip apabila paip dibuka. Musykil betul Tedi dibuatnya, tapi kalau betul dah okay, baguslah. Tadi Tedi set kitaran wash dan rinse-spin, iaitu dua kitaran berbeza. Rinse tidak boleh diset solo pada mesin basuh Haier HWM7808 tersebut, hanya boleh set sama ada wash-rinse atau rinse-spin. Apakah semut-semut itu yang mengganggu mesin basuh Haier HWM7808 tersebut sehinggakan air tidak berhenti masuk semasa wash, rinse, dan spin? Wallahu'alam. Lain kali boleh try pula kitaran basuhan penuh iaitu wash-rinse-spin.

Popular