Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel doa

Doa hindari keluh-kesah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ [Kandungan] Doa elak keluh-kesah dan dukacita, lemah dan malas, penakut dan kedekut, hutang dan kezaliman manusia Indahnya cara Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam meminta Berat betul tugasan ini, tapi semuanya Allah subhanahu wa ta'ala beri sesuai dengan keupayaan Tedi. Doa elak keluh-kesah dan dukacita, lemah dan malas, penakut dan kedekut, hutang dan kezaliman manusia Doa yang diajar Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam kepada seorang sahabat tatkala sahabat itu tidak senang duduk di rumah kerana masalah hutang Maksudnya: "Ya Allah ya tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh-kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia." Hutang gambar:  http://muafakatmembawaberkat.b...

Doa untuk ibu bapa

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa ibu bapaku dan kasihanilah mereka kedua-duanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. Amin. ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t20a31] Doa Penerang Hati Sebelum Belajar

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Kepada kawan-kawan yang ada masalah semasa belajar bolehlah baca doa ini sebelum mula belajar, lepas sembahyang pun boleh, atau bila-bila saja ingin berdoa.  Tetapi jika kawan faham dan menghayati maksud doa ini, ia boleh dibaca apabila kita menghadapi cabaran semasa nak berurusan seperti berdebat, berucap atau berbincang. Contohnya jika kawan-kawan nak memulakan sesuatu pembentangan bolehlah minta daripada Allah mellalui doa ini agar membuatkan kita tenang , jadikan pembentangan itu berjalan lancar , dan supaya para pendengar menerima dan memahami isi pembentangan tersebut. Doa Penerang Hati Gambar kartun doa penerang hati jawi dan maksudnya dalam Bahasa Melayu. Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maksud Doa Penerang Hati dalam Bahasa Melayu Doa penerang hati ini selalu dibaca sebagai doa mula belajar di mana maksudnya adalah seperti berikut: Wahai Tuhanku.  Lapangk...

[T16F12] Syafakallah syafakillah syifaan ajilan

Imej
Pagi tadi selepas Subuh ada seorang penduduk taman kami dimasukkan ke wad kerana mengalami kesakitan di bahagian pinggang. Malangnya Master baru sahaja baca mesej Whatsapp yang jiran-jiran hantar sekitar jam 10 pagi dan petang ni Master minta Tedi carikan doa untuk orang sakit untuk dihantar kepada jiran Master itu. Ini adalah doa dalam Bahasa Arab yang Tedi jumpa: "Syafakallah/ syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman" Dan maksud doa itu dalam Bahasa Melayu adalah seperti berikut: semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.   Kalau ikut ilmu Bahasa Arab yang terhad pada diri Tedi ini, setiap kalimat itu bermaksud seperti ini. Syafakallah / syafakillah : Allah sembuhkan kamu Syifa : sihat La: tidak Ba'da: selepas, ba'dahu: selepasnya Saqaman: kesakitan? Pakcik itu mungkin ada penyakit buah pinggang tapi masih belum dipastikan lagi kerana perlukan pemeriksaan doktor. Sebenarnya ...

Doa selepas berwudhu'

Imej
Sumber:  http://kibarkidz.kibar-uk.org/   Ya Allah, jadikanlah kami di antara orang yang bertaubat dan jadikanlah kami di antara orang yang suci. Amin  

Doa bangun daripada tidur, master berbicara

Imej
Tiba-tiba saja Master senyum selepas dengar 1 nasyid pasal doa sebelum dan selepas tidur. Tedi jadi pelik. Tedi: "Nape Master senyum?" Master: "Takde apa-apa pun." Tedi jadi marah. Tedi tau mesti Master sorokkan sesuatu. Agak-agaknya dia nak curik biskut Tedi tak? Tedi: "Master tipu!" Master: "Hahaha, takde apa, dengar doa ni, baru terfikir maksud di sebaliknya." Tedi: "Mestila pasal kita bersyukur sebab kita hidup lagi kan?" Master: "Errm, bukan itu yang terlintas. Tapi sesuatu yang sesuai dengan sifat Nabi Muhammad SAW yang selalu bersyukur." Apakah maksud Master? "Haha, senang je. Tengok maksud doa tu. Selama ni Master duk fikir kita bersyukur kerana dibangunkan setelah tidur. Tapi bila fikir direct translation, doa ni seolah2 pujian mengagungkan Allah Subhanahua Ta'ala yang akan menghidupkan kita selepas kita mati. Hebat sungguh orang yang memuji atas apa yang belum berlaku." ...

Doa Pagi

Bismillahu ma na da'u Fi ghudu wir wa rawa Laka minna kullu hamdin Fi masa'i wa sobah Hablana minka rosyada Wahdina subula solah Inna taqwallahi nurun wa tariqu lil falah Dengan namamu Ya Allah Kami meminta pada waktu pagi dan petang  bagi mengisi pujian pada waktu pagi dan petang  kurniakan kami dari sisi-Mu petunjuk  Tunjukkan kami jalan kebaikan  Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah  Cahaya dan jalan kejayaan Ini adalah lirik nasyid bertajuk Doa Pagi nyanyian munsyid Hijjaz dari Malaysia. Ia adalah sebuah nasyid yang ringkas dengan bacaan doa pagi dalam bahasa Arab dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu. Nasyid ini dimulakan dengan kokokan ayam dan kemudian disertai bunyi unggas ketika munsyid Hijjaz memulakan bacaan doa pagi Bahasa Arab. Perkataan bahasa Arabnya yang Tedi fahami sedikit sebanyak adalah seperti berikut: Bismillah : dengan nama Allah bi : dengan ismi : nama ma : apa na : kami da'u : berdoa la ka : untukmu la : untuk ka : kamu ...

Doa Qunut & maksudnya.

Imej
Doa Qunut adalah satu doa yang dibaca dalam solat, lazimnya dibaca dalam rakaat kedua Solat Subuh semasa iktidal. Selain itu ia dibaca juga dalam Solat Sunat Witir terutama pada dan selepas 15 Ramadhan. Doa Qunut ada bermacam bacaan seperti biasa mengikut hajat si pembaca doa. Doa Qunut biasa di Malaysia http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tarawih/ Maksud Doa Qunut dalam Bahasa Melayu Ya Allah! Tunjukilah daku sebagaimana orang yang telah Engkau berikan hidayah. Sejahterakanlah daku sebagaimana orang yang Engkau berikan kesejahteraan. Muliakanlah daku sebagaimana orang yang telah Engkau muliakan. Berkatilah segala yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Jauhkanlah daku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tentukan. Sesungguhnya Engkau Maha Penentu dan tiada sesiapa yang dapat mengubah ketentuan-Mu. Sesungguhnya tidak menjadi hina orang yang Engkau muliakan dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Demi berkat-Mu, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau! Maka ha...

Popular