[t14k10] Dunlop... Power... dan Prokennex
Tebus SmartTAG menggunakan kredit Maybank Semalam kami ke One Utama untuk tebus SmartTAG menggunakan mata ganjaran Maybank. Sejurus keluar dari Maybank, Master ternampak kedai Studio R , sebuah kedai peralatan sukan. Master yang memang sedang mencari kedai badminton kerana mahu belikan towelling grip untuk raket badminton beliau terus membawa kami singgah di sana walaupun nama kedai Studio R itu tiada iras-iras nama kedai badminton . Malangnya tiada towelling grip sebaliknya cuma ada grip yang biasa. Master mahu gunakan towelling grip kerana mahu tiru Taufik Hidayat , bezanya Taufik Hidayat guna barangan mahal manakala Master cari yang murah-murah sahaja. Tak jumpa towelling grip , Master mula perhatikan semua kasut di sana. Ternyata kasutnya murah-murah dan kasut badminton punyalah banyak! Power Vapor D 214, RM 80. Walaupun Master sudah punyai kasut Power Vapor D 214 yang dibeli sebelum ini di Kedai Kasut BATA di Tesco Bandar Baru Nilai , beliau bercada...