Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ako Mustapha

T13H17 Aksi raya Ako Mustapha bersama Sakinah.

Imej
Akhirnya berkesempatan untuk duduk di hadapan buku nota Tedi dan cuba menampal ruangan yang terbiar kosong. Bertemu Ako Mustapha Tedi telah beraya di sebuah rumah di Kepong (kalau tak silap). Kebetulan ketika itu rumah itu mengalami fenomena rumah terbuka. Maka ramailah kaum manusia berkunjung ke rumah yang tersebut. Salah seorang peraya yang mengunjungi rumah itu adalah encik Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha . Tedi tidaklah mengenali pakcik Ako Mustapha ini tapi kelihatan ramai pengunjung mahu berbual mesra dengannya, kecuali seorang yang tampak tidak peduli dan tidak kisah, asyik menikmati laksa yang disediakan tuan rumah, itulah si Master. Wikipedia Bahasa Melayu: Muhaizad Ahmad Mustapha. Kebetulan juga di rumah terbuka itu hadir seorang gadis yang manja, si Nur Sakinah . Kehadirannya itu disedari oleh pakcik Ako Mustapha yang mengambil kesempatan itu untuk beraya dengan si cilik Sakinah. Jangan marah ya pakcik Ako, gurau je, hihihi. Ga...

Ako Mustapha

Imej
Ini adalah laman khusus untuk cerita dan berita mengenai pelakon  Muhaizad Ahmad Mustapha yang popular dengan nama  Ako Mustapha . Kandungan 20180713: Ako hilang 20 kilogram kerana isteri 20150219: Kahwin Terpaksa 20130817: Aksi Raya Ako Mustapha Bersama Sakinah   Ako hilang 20 kilogram kerana isteri KUALA LUMPUR: Pelakon, Ako Mustapha mengambil masa dua tahun untuk menurunkan berat badannya yang naik mendadak hingga mencecah 90 kilogram gara-gara tidak mengawal pemakanan. Ako atau nama penuhnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 46, yang kini susut 20 kilogram berkata, perubahan itu dilakukan hasil ketegasan isterinya, Kartina Abdullah yang mahukan dia mengamal gaya hidup dan pemakanan sihat. "Isteri bimbang apabila badan saya semakin berisi dan meminta saya turunkan atas faktor kesihatan. Lagipun, usia juga semakin lanjut, isteri mahu saya lebih menitikberatkan penjagaan kesihatan. "Dia yang menjaga, malah turut memasak makanan khas untuk dihidangkan. Dia mahu penamp...

Popular