Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Persatuan Bolasepak Kedah (Kedah FA)

[t13g29] Penyokong sesat Kedah FA

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nostalgia 2012: Peminat 'Sesat' yang Sejati Kiriman Asal: 29 Julai 2013 Mengantuknya... Disebabkan Tedi kekurangan masa dan tenaga dek tuntutan sekolah seharian, Tedi kongsikan satu gambar rare yang Master simpan sejak Final Piala FA 2012 (Kelantan lwn Sime Darby). Ada cerita lucu di sebalik tabir: Masa Master nak lalui pintu masuk (gate) ke stadium, abang Polis Bantuan yang jaga tu terus ketawa bila nampak jersi ni. Sambil berseloroh dia tanya, "Kedah main ka malam ni?" . Memang pecah perut! "Ini barulah peminat bolasepak sejati. Sokong sebagai penonton, namun dalam hati masih setia dengan pasukan sendiri." Olah Teks: Ulasan Tedi Kadangkala, warna jersi bukan penentu segalanya. Di tengah lautan merah penyokong Kelantan, terselit sehelai jersi hijau Kedah. Ia bukan tanda salah tempat, tapi tanda hormat kepada kualiti permainan. Walaupun disakat abang polis di pintu masuk, semangat kesukanan tetap nombor satu. Kesetia...

Penarafan Pemain: Kedah 2 - 0 Selangor, Liga Super 2020

Liga Super 2020 KEDAH 2 - 0 SELANGOR 📍 Stadium Darul Aman , Alor Setar 🔍 Analisis Taktikal Tedi: Kedah menang melalui dominasi di sektor Kanan dan Paksi Tengah . Gandingan Rizal Ghazali dan Azamuddin Akil mematikan sayap kiri Selangor , manakala Renan Alves membentuk dinding kebal di tengah yang menghampakan penyerang lawan. 🟢 KEDAH Shahril Sa'ari 7/10 Berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa bolos. Rizal Ghazali 8/10 Cemerlang menutup ruang sayap kanan dan mematikan ancaman Syazwan Zainon . Irfan Zakaria 7/10 Aksi solid membantu kelab baru merekodkan kemenangan tanpa bolos. Renan Alves 8/10 🏆 MOTM Ketua pertahanan yang kental dan menjaringkan gol pembukaan melalui tandukan. Shakir Hamzah 7/10 Kental di kiri walaupun menerima kad kuning. Fadzrul Danel 8/10 Pemain muda yang menyumbang kepada pertahanan yang sangat kental. Baddrol Bakhtiar 7/10 Mengawal tengah dengan efektif namun menerima kad kuning akibat terjahan. Azamuddin Akil 8/10 Ancaman utama di sayap dan men...

Piala FA: Kedah kejutkan JDT

Imej
Persatuan Bolasepak Kedah (KEDAH FA)   melakukan kejutan apabila mengalahkan juara  Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama  Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

KFA rehatkan Nidzam Adzha

Imej
ALOR SETAR 17 Ogos - Akhirnya pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merehatkan Ketua Jurulatih Kedah, Mohd. Nidzam Adzha Yusoff ekoran prestasi pasukan Lang Merah yang tidak memberangsangkan dalam saingan liga musim ini. Setiausaha Kehormat KFA, Mohd. Asmirul Anuar Aris berkata, keputusan itu dibuat hasil satu mesyuarat pengurusannya petang tadi. Katanya, Penolong Ketua Jurulatihnya, Azzmi Aziz akan memangku jawatan tersebut sehingga tamat saingan Unifi Piala Malaysia. “Beliau (Nidzam) akan diberikan beberapa tugasan lain sehinggalah kontrak tamat. “Pihak pengurusan merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih buat Nidzam Adzha di atas sumbangan khidmat dalam menerajui pasukan menjuarai Piala FA dan Naib Johan Piala Malaysia pada musim 2017,” katanya di sini hari ini. Mohd. Nidzam Adzha dilantik menjadi ketua jurulatih pasukan Lang Merah pada April lepas setelah pengendali dari Sepanyol, Ramon Marcote direhatkan KFA juga ekoran prestasi merudum Lang Merah ...

Berita Bola Sepak Kedah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Baiklah dalam inisiatif zero to hero , setelah lama bertelagah dengan Master, akhirnya InterpretZZ memutuskan untuk mengumpulkan semua berita mengenai pasukan bolasepak kesayangan Master iaitu Persatuan Bolasepak Kedah (Kedah F.A) dalam kiriman Bola Kedah ini, untuk tatapan pada masa hadapan. Ini adalah kerana syarikat berita selalunya akan memadam kiriman mereka setelah beberapa tahun untuk jimatkan kos. Kedah F.A. ini kemudiannya akan dipecahkan kepada Kedah Darul Aman F.C . mulai tahun 2021 menurut dasar penswastaan kelab bola sepak. Artikel akan disusun dari yang terbaru sehingga yang terlama untuk tahun: 2024 , 2022 ,   2021 ,  2020 ,  2019 ,  2018 , 2017 , 2016 , 2014 ,  2011 . Selain dipusatkan ke laman ini, berita bola sepak berkaitan Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA) juga dilabelkan sebagai " _kedah_fa_ ". Bola Sepak Kedah 2024 Tarikh Tajuk Nota 20240325    [t24c25] Habib, Nafuzi bersatu di Ked...

[t17d10] Sukar cari pengganti Tan Cheng Hoe

Imej
Tedi memang sangat bersetuju dengan keratan berita dari Sinar Harian ni. Bukannya mudah untuk menggilap Tan Cheng Hoe sehingga dia serasi mengemudi pasukan Kedah FA pada hari ini. Alih-alih FAM nak ambil dia pula dengan alasan untuk membantu skuad Harimau Malaysia. Alasan tu bukannya tidak relevan, tapi masanya tak betul, macam main terjun lombong aja gayanya. Gomez pun dah tarik diri dari jadi jurulatih Skuad Bolasepak Malaysia, dan pada masa yang sama  Ong Kim Swee  diturunkan jawatan kemudi skuad bawah 23 tahun, betul-betul macam sarkas. Nak membentuk skuad bolasepak kenalah ada asasnya dan juga ketabahan, kena digilap dan diasah. Ada duit tidak bermakna semua jadi, boleh main beli, pilih itu ini. Petikan Berita dari Sinar Harian BIARPUN ramai jurulatih tempatan berminat menggantikan posisi Ketua Jurulatih Kedah yang bakal ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengakui sukar untuk mencari penggantinya. Setiausaha Kehormatnya, Datuk Aminuddin Oma...

Kedah atasi MIFA 3-2

Imej
KEDAH  mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk mengatasi MIFA 3-2 pada aksi ketiga Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Pada perlawanan tersebut, pemain tengah MIFA, Beomgeun Bae mencuba dari luar kotak penalti pada minit ke-3 namun mudah diselamatkan penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid . Liridon menjaringkan dua gol buat Kedah. Kedah membalas serangan menerusi Syazwan Zainon pada minit ke-9 namun lepakan leretnya terus ke dakapan penjaga gol pelawat, Mohd Muhaimin Mohamad. Pada minit ke-15, L Iman Seydi hampir meletakkan MIFA di hadapan namun percubaannya terkena tiang tuan rumah. Gol yang diburu MIFA akhirnya muncul pada minit ke-27 menerusi Sherman yang menolak masuk hantaran cantik Bae untuk kedudukan pelawat di hadapan 1-0. Pelawat berpeluang menjarakkan jurang  kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-38 selepas Sherman dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Nurfiqrie Abdul Talib. Bagaimanapun Abdul Hadi berjaya menyelam...

FAM Sangkal Dakwaan Asmirul

Imej
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan segala tuduhan yang dilemparkan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris terhadap badan induk itu. Asmirul mendakwa, kegagalan pasukan Liga Malaysia (Liga M) menguruskan kewangan pasukan dengan sebaiknya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berpunca daripada kelewatan FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) merangka perancangan baharu buat semua pasukan. Stuart Ramalingam, FAM. Gambar NSTP. Katanya, ia sekali gus mengheret beberapa pasukan termasuk Kedah ke kancah krisis kewangan disamping tiadanya bantuan dana khas daripada FAM untuk menyelamatkan pasukan. Bagaimanapun, segala tuduhan berkenaan dinafikan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang mengakui sudah memaklumkan setiap perkembangan dan keputusan menerusi surat yang diemailkan kepada pasukan. Jelas Stuart, terdapat empat surat sudah diedarkan termasuk mengenai penangguhan liga dan larangan latihan oleh pasukan (17 Ma...

[t15h21] Ke Bukit Jalil tonton Kedah FA juarai Liga Perdana Malaysia

Imej
Karangan Tedi kali ini adalah mengenai pengalaman kami berkunjung ke Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur di Malaysia untuk menyaksikan Persatuan Bolasepak Negeri Kedah yang dikenali sebagai Lang Merah atau Hijau Kuning menjuarai Liga Perdana Malaysia tahun 2015. Pada malam itu Kedah FA menentang Kuala Lumpur DRB Hicom. Kami ke sana tentulah dengan menaiki kereta Proton SAGA BLM 1.3 IAFM transmisi manual. Kami letakkan kereta di kawasan perumahan orang, susah jugalah nak cari parking, maklum sahajalah ramai yang mahu melihat Kedah membelasah DRB Hicom. Gerai yang Master dan Mommy serbu untuk cari jersi Kedah edisi lengan panjang buat Mommy  20150821

[t20i19] KFA mohon lanjut tempoh dua minggu

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) memohon pertimbangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melanjutkan tempoh melengkapkan proses pelesenan kelab ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kota Setar sejak 11 September lalu. Presidennya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, KFA meminta FAM untuk melanjutkan tempoh dua minggu lagi sehingga 2 Oktober ini bagi membolehkan pihaknya menyelesaikan segala dokumentasi yang diperlukan. Menurutnya, KFA berdepan kesulitan menyediakan beberapa dokumen berkaitan berikutan pejabat agensi kerajaan terlibat tidak dibenarkan beroperasi sehingga 25 September ini. “Ini menyebabkan dokumen yang diperlukan seperti penyata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sukar dilengkapkan, jadi urusan pembayaran dan penyusunan bayaran tunggakan turut tergendala,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, kesulitan itu timbul berikutan pelaksanaan PKP...

[t18l06] Guna saluran betul jika mahu sambar pemain negeri lain

Imej
Kata kelab bola profesional tapi nak beli pemain bola persatuan bola sepak lain guna taktik kotor. Kata banyak duit tapi nak pemain murah. Kita tunggu saja ke mana si Akhyar ni pergi nanti, tiba-tiba nak tebus kontrak ratusan ribu Ringgit Malaysia. ALOR SETAR 6 Dis. - Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir meminta mana-mana pasukan berminat untuk 'menyambar' pemain pasukan itu pada masa akan datang agar menggunakan saluran betul dan secara profesional. Akhyar Rashid Beliau berkata adalah tidak wajar jika tawaran diberikan terus kepada pemain tanpa melalui KFA yang telah mengikat kontrak dengan mereka.
 "Banyak pemain kita contohnya ditawarkan bermain di peringkat nasional akhirnya tak dapat kembali selepas selesai tugasan di situ. Sepatutnya kena balik ke Kedah kemudian baru kita berurusan kalau ada pasukan lain nak khidmat pemain kita. "Perkara seperti ini sudah pun berlaku sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas...

[t18k21] PKNS FC nafi intai kelibat Safiq Rahim, tandatangani Ariff Farhan

Imej
Apa kena-mengena berita mengenai Safiq Rahim dengan Kedah FA? Tak ada kena-mengena cuma di dalam keratan berita ni ada berita mengenai penghijrahan pemain pasukan Kedah ke kelab bola sepak PKNS FC . KELAB  Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) menafikan sedang memburu khidmat bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) , Safiq Rahim untuk membantu pasukan mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Perkara tersebut disahkan oleh pengurus pasukan, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid selepas ada mendengar khabar angin bahawa bekas kapten skuad bola sepak negara itu berminat untuk kembali ke pasukan berpangkalan di Lembah Klang itu. “Saya ada dengar bahawa Safiq dirisik untuk kembali ke Lembah Klang tetapi bukan pasukan kami kerana buat masa ini, PKNS FC masih belum berjumpa dengan pihaknya. “Secara peribadi, pasukan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal juga sedang memasuki fasa akhir dalam melengkapkan senarai pemain untuk didaftarkan pada saingan mus...

Baddrol legenda sebenar - TMJ

Imej
KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap Baddrol Bakhtiar sebagai legenda sebenar pasukan Kedah. “Legenda sebenar Kedah. Penghormatan yang besar buat Baddrol Bakhtiar,” kata Tunku Ismail di Twitter miliknya yang turut dimuat naik bersama gambarnya dan Baddrol, hari ini. Walaupun tidak menyatakan dengan jelas, namun kenyataan Tunku Ismail itu dilihat seakan ditujukan kepada tonggak import Kedah, Liridon Krasniqi yang sebelum ini menggelar dirinya sebagai legenda. Terdahulu, menerusi Twitter sama, Tunku Ismail yang juga Tunku mahkota Johor (TMJ) memuat naik gambar Liridon bersama Junior Eldstal berserta kenyataan: “Saya tidak pernah melihat mana-mana pemain bola sepak menggelar dirinya sebagai legenda. “Legenda memberi inspirasi, legenda memenangi trofi, legenda tidak menyalahkan orang lain dan legenda tidak bergaduh dengan rakan sepasukan. Baddrol adalah legenda sebenar Kedah,” tambah TMJ. L...

[t18i26] KFA perlu ada pasukan khas nilai pemain import

Imej
PASUKAN  yang menilai pemain import wajar dibentuk oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi memburu pemain berkualiti untuk Lang Merah musim hadapan. Pengerusi Kelab Penyokong Jaguh Utara (JUFC) , Mohd Safarizal Mohd Sobri berkata, pasukan khas ini mampu memastikan persatuan tidak bergantung sepenuhnya kepada ejen. Menurutnya, kesilapan memilih pemain import yang dibawa oleh ejen sebelum ini wajar dijadikan pengajaran dan tidak seharusnya berulang lagi pada musim 2019. Liridon Krasniqi akan tamat kontrak bersama Kedah pada hujung musim ini. "Seeloknya tubuhkan satu pasukan pemantau untuk menilai dan menyiasat latar belakang pemain-pemain import ini. "JUFC tidak mahu ada tangan-tangan ghaib yang menentukan pemilihan pemain import ini. Skuad pemantau hendaklah terdiri di kalangan individu yang mempunyai kepakaran tentang bolasepak dan bukannya orang-orang yang menjaga persatuan bolasepak," katanya ketika dihubungi Sukan Sinar. Bagaimanapun, pemilihan tersebut meme...

[t18i14] Kedah turunkan kesebelasan terbaik lawan Kelantan

Imej
FINALIS  Piala Malaysia musim lalu, Kedah akan menurunkan kesebelasan terbaiknya pada perlawanan akhir Kumpulan C Piala Malaysia bertemu Kelantan di Kota Bharu, Ahad ini. Pemangku Ketua Jurulatihnya, Azzmi Abd Aziz berkata, beliau akan menyediakan gandingan pemain terbaiknya dalam aksi memburu kemenangan menentang The Red Warrior (TRW) biarpun sedar bukan satu tugas mudah. Kedah meletakkan sandaran ke atas Sandro untuk mengetuai serangan mereka merobek gawang Kelantan, Ahad ini. Menurutnya, walaupun memerlukan satu mata sahaja untuk layak ke suku akhir, beliau tetap mahu Lang Merah terbang tinggi di Stadium Sultan Muhammad IV dan perkara tersebut dibuktikan melalui persiapan rapi sejak seminggu yang lalu. “Saya melihat perlawanan ini ibarat perjuangan hidup mati buat Kedah dalam Piala Malaysia musim ini dan semestinya kami akan turun ke Kota Bharu dengan kekuatan penuh. “Kita perlu bermain ‘fast football’ dan taktikal ini akan diterapkan untuk menghidu...

T17K21 Kedah FA hancurkan hati pemain-pemain

Imej
Kegagalan Kedah FA bertanding dalam Piala AFC tahun depan merupakan tamparan hebat kepada pengurusan Kedah FA. Dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Setiausaha FAM Dato Hamidin tempoh hari pasti meranapkan dan menghancurkan hati setiap peminat-peminat Kedah apatah lagi pemain-pemain Kedah sendiri kerana Piala AFC adalah tempat mereka ingin menguji kemampuan diri sendiri dalam pertandingan tertinggi anjuran AFC. Bola Kedah FA   Setelah mengharungi saingan Liga Malaysia yang mencabar dan telah berusaha bersunguh-sungguh untuk mengekalkan prestasi akhirnya bersedih dengan pengumuman yang dibuat FAM. Sudah pastilah mengundang rasa kecewa jurulatih Kedah,  Nidzam Adha akibat daripada keculasan dan kecuaian dalam pengurusan pentadbiran Kedah FA kerana gagal menghantar laporan audit kepada FAM. Inilah gambaran sebenar sikap segelintir pengurusan dalam pentadbiran persatuan bola di negara kita yang hanya pentingkan diri sendiri dan mungkin mereka bukan seikhlas hati untuk ...

Kedah masih intai dua pemain import

Imej
ALOR SETAR: Kedah sedang menguji serang pemain pertahanan dari Korea Selatan, Kim Sung Hyun yang tiba di di Alor Setar pada 7 Disember lalu. Kedah yang sebelum ini mengikat Akram Mahinan dari Johor Darul Takzim II (JDT II) dan Fitri Omar dari pasukan Pulau Pinang, kini menumpukan perhatian bagi pemilihan pemain bersesuaian untuk menggantikan Bang Seung Hwan di posisi pertahanan dan Shane Edward Smeltz di bahagian serangan. KIM Sung Hyun hadir pada latihan pertama di Stadium Mini Peremba. - Foto ihsan Facebook Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Setakat ini, pemain import bahagian tengah iaitu Sandro Da Silva dari Brazil dan Liridon Krasniqi dari Kosovo terus kekal bersama Kedah untuk musim 2017. Maklumat dari media FB Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), pemain berkenaan diuji untuk mengisi kekosongan posisi pertahanan Bang Swung Hwan yang dikhabarkan tidak dilanjutkan kontrak untuk musim depan. Kelibat pemain import berusia 23 yang sebelum ini beraksi untuk Suwon FC di Liga Korea ini da...

Formasi Bola Sepak Kedah T17

Imej
Ini adalah analisa formasi bolasepak yang digunakan oleh Persatuan Bolasepak Kedah yang dikenali juga sebagai Helang Merah bagi tahun 2017.

Karya Ku Basri dipilih sebagai logo KDA FC

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah F.A.) telah mengumumkan logo baru mereka setelah dijenamakan semula kepada Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA F.C.). Master agak berpuas hati dengan logo tersebut kerana ia mengembalikan semula logo Kedah sebelum ini dan kembali kepada tema warna Hijau Kuning setelah logo sebelum ini didominasi dengan warna hijau merah ala-ala pasukan Portugal. Tetapi mungkin logo ini boleh diperbaiki untuk simbolik 11 persatuan bola sepak dalam negeri Kedah. ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hari ini mengumumkan karya ciptaan seorang penyokong tempatan, Ku Basri Ku Halim dipilih sebagai logo pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata logo berkenaan dipilih daripada 900 penyertaan diterima pihaknya sebelum ini dengan pemenangnya menerima hadiah sebanyak RM5,000. "Dalam isu pemilihan logo, sudah te...

Kedah buru pengganti Azri

ALOR SETAR : Kedah bakal memburu penjaga gol baharu bagi melengkapkan perancangan musim depan selepas berita penjaga gol mudanya yang sedang meningkat naik Azri Abdul Ghani dikhabarkan sudah meninggalkan pasukan Lang Merah yang tersebar sejak semalam. Persoalan itu timbul selepas penjaga gol muda itu yang dikhabarkan terpikat dengan lamaran sebuah pasukan yang juga dari utara tanah air untuk tempoh tertentu meskipun mendapat lamaran Kedah bagi menyambung kontraknya berserta tawaran yang dilakukan. Bagi mengekalkan kekuatan benteng, Kedah pastinya tidak risau, malah akan mengambil langkah terbarunya untuk mendapatkan pengganti penjaga gawang lain yang mampu beraksi pada tahap yang dirancangkan. Ketua Jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak berkata pihaknya akan berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan pengganti penjaga gol berusia 21 tahun itu mengikut pelan yang akan diaturkan. "Saya harap semua bertenang dengan berita ini dan kita akan tangani perkara ini dengan sebaik mungkin dan say...

Popular