Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201909

[t19i18] Aidan 3 bulan 20 hari

Animasi Aidan ajak daddy borak pada jam 11:30 malam. Masa orang nak tidur adalah masa Aidan sibuk nak berbual. Pada masa ini Aidan adalah seorang bayi lelaki berumur 3 bulan 20 hari yang memakai baju bayi berjenama Fiffy. # Wednesday, 18 September 2019, 23:27 # 20190918 # IMG_20190918_232721-ANIMATION.gif # Xiaomi Redmi Note 5A # Rumah #

[t19i05] Smart Tomcat : NullPointerException

Hari ini buka Intellij Idea Community edition versi seperti berikut: IntelliJ IDEA 2019.2.1 (Community Edition) Build #IC-192.6262.58, built on August 20, 2019 Runtime version: 11.0.3+12-b304.39 amd64 VM: OpenJDK 64-Bit Server VM by JetBrains s.r.o Windows 10 10.0 GC: ParNew, ConcurrentMarkSweep Memory: 1963M Cores: 8 Registry: ide.tree.ui.experimental=false, ide.balloon.shadow.size=0 Non-Bundled Plugins: DBN, Lombook Plugin, MoreUnit, Native Neighbourhood, com.alexanderpa.flyway.migration.creator, com.github.ranzou06.javadoc, com.poratu.idea.plugins.tomcat, com.weirddev.testme, com.chrisrm.idea.MaterialThemeUI, izhangzhihao.rainbow.brackets, me.xdrop.night-owl, org.sonarlint.idea, training Kemudian mulakan gradle explodeWar, kemudian cuba debug menggunakan Smart Tomcat tiba-tiba dapat error Error running 'Portal': java.lang.NullPointerException . Melalui carian Google, cuma perlu edit dan apply run configuration untuk projeck tersebut. Apakah halnya ni? https://intellij-s...

[t19i13] Mummy bawa Aidan ambil pelalian 3 bulan

Imej
Mummy bawa Aidan ke Klinik Kesihatan Salak berdua sahaja. Nasib baik Aidan duduk dengan baik dalam car seat. Master ada team building di Melaka . Temujanji ini adalah untuk suntikan 3 bulan Aidan, tidak boleh ditangguhkan lagi kerana Aidan dah nak masuk 4 bulan. Banyak cuti pada hari Isnin sedangkan giliran taman perumahan kami di Klinik Kesihatan Salak ialah pada hari Isnin sahaja. Nasib baiklah Mak Lang Yan sudi menjaga Aina di rumah. Umur Aidan pada masa ini ialah 3 bulan 15 hari. Mummy kata Aidan okay je dalam car seat, cuma dia akan menangis semasa kereta berhenti. # Friday, 13 September 2019, 15:25 # 201909131525 # DSC_9313 # Sony G3226 # 20190913

[t19i30] Aidan mencuba car-seat Graco

Imej
Perkembangan bayi Aidan sedang mencuba kerusi kereta untuk bayi (baby car seat) berjenama Graco berwarna kelabu di Midvalley Megamall. * recline n' ride * headrest 10 position harness * side impact tested * # Monday, 30 September 2019, 19:53 # 20190930 # DSC_9618 # kamera telefon pintar android Sony G3226 # Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur #

Tin buruk di tepi kubur.

Imej
Tin buruk kosong yang sudah berkarat ini, Hanya terbiar di tepi sebuah kawasan perkuburan, Di Wakaf Mek Zainab Kelantan Darul Naim. Suria memancar menyinari pagi, Menyinari diri, Menyinari tin buruk itu jua. Lantas terpantul sinar kemilau, Walau hampir segenap ruang, Pada permukaannya dijangkiti karat-karat besi, Tanda sudah dimamah usia. Pagi hari tatkala menanti, Aku sedari aku sendiri, Tanpa teman yang jauh negeri, Tapi masih beruntung kerana tidak terbuang, Tidak terhindar, Seperti tin kosong buruk di tepi kuburan. Hasil nukilan: Master Tedi semasa menunggu rakan sekerjanya menjemput dirinya ke pejabat pelanggannya di Kelantan, meninggalkan Mommy seorang diri di ibu negara Malaysia.   tanda pagar:  kitar semula = gunakan semula barangan yang telah digunakan sama ada dalam bentuk asal atau diolah semula. peribahasa in english = proverb kamus simpulan bahasa =  tabung duit = bekas untuk simpan duit. cara menabung duit = paling senang asing dan tabung duit MYR 20 atau M...

Restoran Barra di Bangi di Selangor di Malaysia

Imej
Balik dari Pump on the Go, kami singgah makan di Restoran Barra sebab Mak Su Izzati kata makanan di sana sedap. Roti Nan Cheese Mozarella memang terbaik Tak sia-sia rupanya makan di Restoran Barra ni. Roti Nan Cheese Mozarella memang terbaik. Lauk kambing tu pun sedap, Tedi tak pasti masak apa? Mungkin kari kambing kot... lupa nak periksa namanya. Tedi rasa Roti Nan Cheese Mozarella di Restoran Barra ni lebih baik berbanding Roti Nan Extra Cheese di Restoran RSMY Bangi . Nan Cheese Mozarella dengan ayam tandori kari kambing di Restoran Barra Bangi. # Sunday, 15 September 2019, 18:56 # 20190915 # EFFECTS.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor # XQ66+RH Bandar Baru Bangi, Selangor # KakP Pisang Cheese  Selain itu ada juga jualan oleh KakP Pisang Cheese di mana kami beli Pisang Keju dan Pisang Coklat. Rasanya sedap tapi makan sekali-sekala bolehlah kerana Tedi lebih sukakan pisang goreng biasa. Pisang Goreng Cheese KakP ni dituang susu pekat...

Mencari Harta Karun dalam Aktiviti Bina Pasukan

Mencari Harta Karun di Melaka Jam 4:30 pagi 13 september 2019 nanti Master akan terpaksa bergerak ke Bangsar South kerana Master perlu berada di pejabat jam 6 pagi. Tujuan utama bergerak dari rumah pada jam 4:30 pagi tu adalah untuk keluar kariah sebelum Subuh untuk mendapatkan pengecualian solat Jumaat kerana bermusafir.  Beliau akan menyertai satu pencarian harta karun menaiki kereta Viva bersama kawan sepejabatnya. Pencarian harta karun tersebut akan bermula dari Bangsar South (Kampung Kerinchi) dan berakhir di Jonker Walk di Melaka. Mereka perlu menyelesaikan soalan atau panduan menggunakan aplikasi Goose Chase. Tema Denim Biru Pada waktu malamnya pula ada majlis makan malam bertemakan denim biru. Nasib baik Master ada baju denim tersebut dan dipadankan dengan mana-mana seluar jeans yang selalu dipakai ke pejabatnya. Aktiviti bina pasukan pejabat Master ni akan berlangsung selama sehari setengah sahaja di Hotel DoubleTree by Hilton Melaka.

Popular