Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202111

[t21k22] Mencecah 2 Juta Bacaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Rupa-rupanya interpretZZ telah mencecah 2 juta bacaan malahan pada ketika ini rekod bacaan ialah 2027427  (dua juta dua puluh tujuh ribu empat ratus dua puluh tujuh) bacaan. Macam mana pula boleh tak perasan sedangkan bacaan seminggu cuma sekitar 15000, jadi mungkin mencecah 2 juta sekitar minggu lepas. Bacaan ke 1 juta  diperolehi pada 15 Jun 2020 iaitu 1 tahun 5 bulan 7 hari yang lalu atau bersamaan dengan 525 hari. Jumlah bacaan di antara 2 tarikh tersebut ialah 1027368 bacaan. Purata bacaan sehari ialah 1956 bacaan, dengan peningkatan sebanyak 298% berbanding ketika mencecah sejuta bacaan. Diharapkan dapat konsisten merekodkan jumlah bacaan melebihi 2000 sehari atau minimum 60000 sebulan. Terima kasih kepada yang sudi membaca, semoga ada manfaat yang anda perolehi. ~20211122~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasi...

[t21k15] Ketibaan Pengganti Redmi Note 5A Prime

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Segala puji bagi Allah subhanahu wa ta'ala, tadi sebaik sahaja kami tiba di rumah setelah bercuti di hotel Lexis Hibiscus Port Dickson, telefon pintar Xiaomi Redmi Note 10S yang dibeli oleh Master melalui portal e-dagang Shoppee pun tiba melalui khidmat penghantaran J&T Express. Betul-betul belum pun sempat turun kereta, telefon pintar itu sampai. Jika kawan-kawan pernah membaca kiriman bertajuk  Mencari Pengganti Redmi Note 5A Prime  sebelum ini Master telah meminta Tedi menyenaraikan calon pengganti telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime beliau dan akhirnya Master telah terpikat dengan keluarga telefon pintar Redmi Note 10 yang terdiri daripada Redmi Note 10, Redmi Note 10S, Redmi Note 10 5G, dan Redmi Note 10 Pro. Berrsandarkan bajet tidak lebih MYR 800 , Master sudah pasti bahawa beliau hanya mampu membeli telefon pintar Xiaomi Redmi Note 10 . Tetapi pucuk ...

[t21k14] Kedah seri dengan JDT, 0-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Alor Setar

Kedah meneruskan perjuangan dalam perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia tahun ini dengan melayan kunjungan JDT. Atas kertas memang kita kata JDT wajib menang tetapi Helang Merah berjaya mengekang JDT di Stadium Darul Aman dengan keputusan 0-0. Master berseloroh menyatakan lebih baik Kedah kalah dalam perlawanan ini kerana secara teorinya Kedah akan lebih bersemangat mengejar gol pada perlawanan timbal balik nanti. Keputusan seri atau menang akan menyebabkan JDT dibasuh oleh TMJ sekaligus akan menjadikan Harimau Selatan itu sebagai harimau terluka pada perlawanan timbal balik tersebut. Apa-apa pun itu hanya cakap-cakap sahaja. Berikut ialah beberapa berita berkaitan keputusan perlawanan suku akhir pertama di antara Kedah Darul Aman FC dan JDT. Kedah, JDT buntu di Darul Aman ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila terikat 0-0 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Da...

[t21k08] Aina berbual dengan Rayyan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sepagi suntuk [20211110] Tedi mencari novel penuh After Darkness karya Petrichor86 jika ada cara membacanya atau membelinya secara penuh selain melalui aplikasi NovelMe, kerana membaca melalui NovelMe itu memang cekik darah, bayar RM 22 melalui Google PlayStore baru dapat baca beberapa bab. Paling celaka apabila beberapa bab awal diberikan percuma menyebabkan anda bakal terjebak membacanya. Itulah yang terjadi kepada Mummy. Aina berbual dengan Rayyan Kita abaikan bab itu dahulu, kali ini Tedi nak merakamkan satu peristiwa yang agak penting. Peristiwa ini terjadi ketika kami bersiap mahu bertolak pulang ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada jam sekitar 8 ke 9 malam hari Isnin [20211108] . Ketika itu kami berada di rumah Mak Long Ili di Sungai Besar kerana kami saja jalan-jalan menziarahi sanak-saudara sempena kelonggaran untuk merentas negeri. Kami berada di sana sejak Ma...

[t21k09] Eddie Howe pengendali baharu Newcastle

Akhirnya Master dan para penyokong kelab bola sepak Newcastle United menarik nafas lega kerana ketua jurulatih baru telah diumum secara rasmi untuk menggantikan Steve Bruce yang telah dipecat. Eddie Howe adalah bekas pengurus Bournemouth di mana dia bertanggungjawab menaikkan kelab bola sepak itu daripada Liga 4 England naik ke Liga Perdana, mengekalkan kelab bola sepak itu selama 5 tahun di EPL sebelum akhirnya turun liga. Eddie Howe kemudiannya dipecat dan berehat selama 14 bulan sebelum akhirnya dipancing Newcastle United. Master tak tahu nak bergembira atau tidak tetapi mengharapkan Eddie Howe akan mengubah gaya permainan Newcastle selain diberi sokongan untuk membawa pemain terbaik. LONDON: Eddie Howe dilantik sebagai pengendali baharu Newcastle dan akan diberikan dana untuk memperkuat skuad pada Januari tahun depan. Pengendali 43 tahun itu akan kembali bertugas dua minggu lagi buat pertama kali dalam tempoh 15 bulan, menggantikan Steve Bruce. Newcastle akan mengalu-alukan bos bah...

[t21k06] Nama Syarikat Enterprise

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Syarikat yang paling mudah dibuat ialah syarikat sendirian. Selalunya pemilik syarikat ini akan gunakan nama Enterprise kerana ia nampak lebih menarik dan kompleks. Contohnya InterpretZZ Enterprise nampak lebih gah berbanding Syarikat InterpretZZ. Kecuali jika kita mulakan syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), itu akan nampak lebih gagah di Malaysia kerana ia memiliki set peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi. Okay kita abaikan sudut teknikal kerana banyak maklumat di luar sana yang telah disediakan oleh mereka yang lebih pakar dalam bidang penubuhan dan pendaftaran syarikat. Apa yang Tedi nak fokus dalam kiriman ini adalah senarai nama syarikat enterprise terutamanya dalam Malaysia untuk dijadikan contoh atau cadangan nama syarikat enterprise tersebut. Kawan-kawan boleh juga baca idea untuk nama syarikat enterprise yang unik . AB Jafrin Enterprise Ada Nisa Enterprise ...

[t21k06] Maksud Residential

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Residential adalah perkataan dalam Bahasa Inggeris. Kiriman ini akan menterjemah maksud perkataan "residential" melalui beberapa seksyen: Maksud residential dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan , Maksud residential dalam istilah Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MaBBIM) ,  Maksud residential dalam istilah Bahasa Melayu ,  Maksud residential dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan , dan  Residensi   Maksud residential dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan kediaman residential area , kawasan kediaman;  residential hotel , hotel kediaman residential college , kolej kediaman; menetap residential qualifications,  kelayakan menetap   Maksud residential dalam istilah Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MaBBIM) residential care : penjagaan di rumah residential city : kota kediaman residential d...

[t21k03] Master didiagnosis contact dermatitis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini Master ke klinik Dr Nina di Bandar Baru Salak Tinggi. Tujuan Master ke sana adalah untuk merujuk doktor berkenaan tangannya yang sebulan lebih mengalami kegatalan, kekeringan. Master telah mencari maklumat melalui Google dan mendapati bahawa penyakitnya itu adalah eczema dan sepatutnya pulih sendiri dalam beberapa minggu. Tetapi sampai sekarang belum pulih dan nampak macam merebak ke tangan sebelah kiri pula.   Doktor Nina kata contact dermatitis Seperti kata Google, doktor turut menyatakan bahawa Master dijangkiti contact dermatitis, puncanya kerana tangan Master terdedah kepada sesuatu yang menyebabkan alahan. Masalahnya Master tiada sebarang alahan dan Master tak rasa ada benda baru digunakan ayng boleh menjadi punca penyakitnya itu. Doktor kata kena cari punca kalau tidak kitaran penyakit Master tu takkan berhenti. Doktor bagi ubat krim untuk kurangkan keradangan ...

Popular