Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel servis dan baiki kereta

Beza Petronas Syntium 500, 800, 1000 dan 3000

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Ramai pula bertanya apa beza Petronas Syntium 800 dan 3000? Tedi kalau nak cerita dengan panjang lebar tentulah tak mampu nak buat, jadi Tedi ceritakan secara ringkas dan rasa-rasa sajalah. Nasib baik (dan malang) juga kami pernah gunakan kesemua siri minyak enjin Petronas Syntium tersebut, maka bolehlah Tedi ceritakan serba sedikit. Petronas Syntium 500, mineral Kita mulakan dengan minyak hitam Petronas Syntium 500 iaitu minyak enjin mineral, semi-sintetik bukan, sintetik pun bukan. Nasihat Tedi, tak payahlah gunakan minyak enjin ni sama sekali. Kami pernah gunakan sekali sahaja semasa kami tidak berwang dan akibatnya enjin menjadi kasar bunyinya... huhu... memang satu kesilapan besar yang Tedi takkan dapat lupakan sehingga ke hari ini. Petronas Syntium 800, semi-sintetik Syntium 800 pula adalah minyak en...

Signal dan lampu kecemasan Proton SAGA BLM tidak berfungsi, tren, dan tol | 20151016

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Satu lagi masalah selepas kemalangan di MEX tempoh hari Pagi semalam Tedi teman Master ke bengkel kereta yang kami selalu pergi, sebabnya lampu isyarat kereta kami tidak berfungsi. Alkisahnya semalam kami baru sahaja ambil kereta kami dari bengkel Evergreen Auto Center selepas kerja pembaikan kerosakan akibat kemalangan yang kami alami di Lebuhraya MEX pada 5 Oktober lalu. Sepatutnya selepas ambil kereta tu hati kami riang gembira kerana dapat menggunakan kereta sendiri dan tak perlu lagi meminjam kereta orang lain, namun baru sahaja bergerak dari bengkel tersebut kami dapati lampu isyarat kami tidak berfungsi sama sekali. Lampu isyarat kanan kiri, lampu kecemasan, malahan lampu di dashboard yang menunjukkan lampu isyarat dibuka pun tidak berfungsi. Bunyi tik tak tik tak yang selalu kedengaran semasa memasang lampu isyarat pun langsung tak kedengaran, sunyi sepi semuanya. Ap...

[t17i19] Tukar minyak gear dan suis tingkap auto SAGA BLM

Imej
16-September 10:00 pagi ,Kosmopleks. Tedi ikut Master hantar kereta Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM ke sebuah bengkel di Kosmopleks di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia. Destinasi kami pada kali ini adalah bengkel SY Tyres And Services di alamat No. 23, Jalan 10 , Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. Nombor telefon 012-2522435 . Hajat kami adalah untuk menukar minyak gear transmisi manual kereta Proton SAGA BLM tersebut. Harga Tukar Minyak Gear Manual: RM 45 Bila ditanya berapakah harga ganti minyak gear manual SAGA BLM, mekanik kata RM 45 sahaja. Master jadi keliru dan tanya lagi jika dua botol diperlukan iaitu bermaksud jumlah harga tukar minyak gear SAGA BLM tu menjadi RM 90? Tidak. Itu jawapan mekanik. Hanya RM 45 sahaja kerana mereka gunakan kaedah pam. Master tak faham apa maksud mekanik tu tapi dia tidak kisah asalkan harganya RM 45 sahaja. Selalunya kalau kami ke pusat servis Proton, mereka akan gunakan dua bot...

[t19j25] Enjin Kereta Proton Persona tak boleh start bunyi tak tak tak

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada hari Isnin, 21 Oktober tiba-tiba sahaja kereta Proton Persona 2008 transmisi manual kami tidak dapat dihidupkan enjinnya. Ada bunyi engkol (crank) enjin sedikit sebelum disudahi dengan bunyi tak tak tak. Melalui rujukan antarabangsa, enjin kereta Proton Persona tidak dapat dihidupkan dan disertai bunyi tak tak adalah berpunca daripada masalah pada bateri tersebut. Tetapi bukan bateri sahaja boleh menjadi punca masalah kepada enjin tak boleh start dan berbunyi tak tak, masalah pemula (starter) enjin juga boleh menyumbang kepada masalah yang sama. Bagi memastikan bahawa masalah sebenar adalah pada bateri dan bukan pada  engine starter , Master telah meminjam kabel  jumper  milik Pak Lang Epul untuk  jump start (hidup lompat) enjin kereta Proton Persona tersebut. Jump Start Enjin Kereta Proton Persona Jump start secara umumnya adalah kaedah menghidupkan enji...

[t19c09] Tukar Suis Sensor Undur, Mentol dan Pemegang Pintu Kereta Proton Persona Elegance

Imej
Tukar mentol lampu dan penderia undur kereta Proton Persona Tukar Pemegang Pintu Kereta Proton Persona Tukar mentol lampu dan penderia undur kereta Proton Persona Lima hari setelah penggantian motor kipas radiator kereta Proton Persona Elegance , Master membawa kereta Proton Persona itu ke bengkel di Kosmopleks untuk periksa masalah sensor undur kereta Proton Persona itu tidak berbunyi. Selain itu Master juga mahu periksa masalah lampu belakang menyala sebelah, lampu brek belakang tidak menyala, dan lampu undur tidak menyala. Master pergi ke bengkel Zam di Kosmopleks, sebelum mekanik di bengkel Zam menasihati kami membawa kereta Proton Persona Elegance itu ke kedai aksesori kereta bernama Car Room Auto Part & Accessories. Setelah diperiksa didapati bahawa mentol-mentol lampu yang terjejas telah terbakar. Master agak musykil bagaimana boleh terbakar serentak? Master syak mekanik di JDMH Puncak Jalil yang punya angkara. Tetapi mekanik di kedai aksesori Car Room Auto Part ...

[t18b13] Tukar Pemegang Pintu Kereta Proton Persona 2008

Imej
Semalam Tok Abah bawa kereta Proton Persona 2008 1.6 transmisi manual ke bengkel. Tujuannya nak tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu yang patah. Setakat ni sudah tiga pemegang pintu kereta Proton Persona 2008 tersebut yang patah, mungkin kerana sudah reput sesuai dengan usianya yang sudah hampir 10 tahun itu. Tok Abah tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu dengan harga RM 55 (lima puluh Ringgit Malaysia sahaja), di mana harga itu adalah bagi pemegang pintu kereta dengan warna perak (silver) iaitu sama dengan warna badan kereta Proton Persona 2008 tersebut. Harga Pemegang Pintu Kereta Kemudian ketika  Tukar Suis Sensor Undur Kereta Proton Persona Elegance , Master sempat tanya harga pemegang pintu kereta itu dan harganya ialah RM 35 satu set untuk warna hitam dan RM 55 satu set untuk warna silver. Kemudian Master mengupah Pak Lang Epul menukar pemegang pintu kereta Proton Persona itu berwarna hitam dengan harga RM 60 untuk 4 set atau RM 15 satu set. Tiada...

[t17a11] Tukar Bearing dan Minyak Hitam Saga BLM

Imej
Petang tadi Master balik lambat kerana ada penilaian prestasi kerja tahunan atau dalam bahasa Inggeris disebut appraisal . Terpaksalah Mommy dan Tedi menunggu Master di lobi pejabat beliau di Bangsar South. Jam 8 malam barulah Master menunjukkan batang hidung beliau yang mancung bak seludang tu kepada kami berdua. Sampai sahaja di lobby Master memaklumkan bahawa kereta Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM yang semalam kami hantar kepada Pak Lang telah siap dibaiki, dan kami boleh menjemputnya di Batang Benar. Kandungan: Ganti Bearing Tayar Belakang Kanan  |  Ganti Minyak Enjin SHELL Helix7 (Hx7) 4 liter  |   Berapakah kos upah tukar bearing tayar Proton SAGA BLM? Ganti Bearing Tayar Belakang Kanan Kali ini Master meminta Pak Lang menggantikan bearing tayar sebelah kiri yang disyaki rosak, tetapi sebaliknya bearing yang rosak dan menghasilkan bunyi bising itu adalah bearing tayar belakang sebelah kanan kereta Proton SAGA BLM tersebut. Kos untuk sa...

T19B24 Tukar Penapis Minyak dan Palam Pencucuh Proton Persona

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini kami servis kereta di bengkel kereta Tip Top Rezqi di Kosmopleks. Keterangan   Harga Upah tukar minyak hitam kereta   RM 20.00 Penapis minyak (oil filter)   RM 15.00 Upah tukar palam pencucuh (spark plug)   RM 10.00 Harga palam pencucuh (spark plug) kereta Proton Persona 1 set   RM 60.00   Iklan Kerja Kosong TIP TOP REZQI MENJUAL ALAT GANTI SERVIS, DIAGNOSIS & BAIK PULIH KENDERAAN No. 8, Jalan 1, Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor WAKTU PERNIAGAAN SABTU-KHAMIS 9.00 am-1.00pm 7:00pm JUMAAT Tutup 018-954 9796 012-408 0584 019-219 1778 JAWATAN KOSONG 1) MEKANIK (Foreman) 2) PEMBANTU Sila Hubungi : 019-2191778 (Nuar) 012-4080584 (Sue) MyDebit SERVIS VISA WE ACCEPT PAYMENTS Air POS AIR COND HIGH LAMP POLISH BEFORE ADA DISINI RIZ # Sunday, 24 February 2019, 13:42 # 2019024 # IMG_20190224_134229.jpg # Xiaomi Redmi Note 5...

T18E10 Tukar minyak hitam Proton Persona

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Sekarang Tedi dan Master sedang berada di Pusat Servis Kenderaan SY Tyres and Services . Mommy dan bayi Nor Aina pula sedang berada di Kelantan kerana Mommy balik mengundi di sana. Tujuan kami berada di bengkel kereta ini adalah kerana Master nak tukar minyak hitam sintetik penuh Petronas Syntium 1000 . Harga minyak pelincir enjin fully synthetic Petronas Syntium 1000 ni adalah RM 200 . Manakala harga minyak hitam Petronas Syntium 800 adalah RM 130 . Ia adalah minyak enjin semi synthetic . Master memilih untuk menggunakan minyak enjin fully synthetic seperti biasa. Ia boleh capai jarak 10000 kilometer manakala Syntium 800 boleh capai jarak 7000 kilometer . Selalunya Master akan tolak 2000 kilometer kerana ambil kira pergerakan enjin ketika kereta tidak bergerak. Selain minyak hitam, penapis minyak ( oil filter ) turut ditukar. Harganya ialah RM 12. Kos buruh ...

Kedai Baiki Cermin Kereta

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Cermin depan kereta Proton Persona 2009 kami retak teruk jugalah, hasil pelanggaran dengan seketul batu kecil, akhirnya ia mula merebak. Salah satu pilihan yang Master ada ialah membuat tuntutan insurans untuk membaiki cermin depan kereta Proton Persona tersebut. Nilai perlindungan insuran untuk cermin kereta Proton Persona itu ialah RM 600 menggunakan khidmat Takaful Ikhlas. Jadi setakat ni Master belum menemukan pembaiki yang sesuai, tetapi dah ada beberapa calonnya. Landmark Windscreen Sdn Bhd Kedai ni terletak di Restoran Dapur Tengku di mana kami selalu juga singgah makan. Mulanya Master tanya boleh baiki atau tidak keretakan pada cermin hadapan kereta Proton Persona tu. Dia tengok dan tilik, katanya baik ganti je terus cermin tu. Nanti baiki, rosak balik, buang duit sahaja. Baiki pun mahal juga, lebih baik digantikan sahaja. Buang yang keruh, ambil yang jernih... eh. Sambil-sambil tu Master sempat temuduga pemilik bengkel ni sama ada boleh ...

Cat kereta murah di kawasan Jenderam

Imej
Bukan senang menemukan bengkel cat kereta yang murah dan bagus kerjanya. Rencana ini Tedi nukilkan sebagai rujukan jika diperlukan pada masa hadapan. Seorang daripada jiran kami, keretanya telah dilanggar, agak sedikit, namun kena 4 bahagian. Selalunya walaupun sedikit, tapi kalau dah 4 panel tu, kena keluar duit dalam RM 800 (lapan ratus ringgit sahaja) jika dikira satu panel perlukan kos RM 200 (dua ratus ringgit sahaja). Tapi jiran Master ni keretanya dibaiki dengan modal RM 450 (empat ratus lima puluh ringgit sahaja), untuk kereta Proton SAGA BLM. Melihat kepada hasilnya, nampak memuaskan. Bengkel kereta seperti diceritakan terletak di rumah pemilik berhampiran kedai bundle di Jenderam. Boleh hubungi Hairi, 012-3386801. f 20151222

Syntium 3000 memang mengkagumkan Tedi

Imej
Minggu lepas, 27-Jun, Master pergi hantar kereta untuk diganti minyak hitam dan minyak gear. Seperti biasa apabila ditanya minyak jenis apa untuk digunakan, Master akan jawab "guna minyak fully synthetic" . Tapi kali itu, Master ditanya lagi, "nak guna fully synthetic yang mana?" Rupa-rupanya di kedai itu ada 2 jenis minyak hitam sintetik penuh, iaitu Synthium 1000 yang biasa digunakan Master, dan Syntium 3000 yang Tedi tak pernah dengar. Mekanik tu kata, "Syantium 3000 lebih bagus, minyak dia lebih nipis, jadi performance kereta lebih bagus" yang mana Tedi tak berapa nak faham, kerana bagi Tedi, lebih tebal minyak lah lagi bagus sebab lebih banyak perlindungan terhadap enjin kereta. "Berapa ringgit?" , tanya Master sebelum membuat keputusan terakhir. "225 sahaja bos" Memandangkan harga minyak itu lebih mahal 25 ringgit sahaja berbanding minyak Syntium 1000 yang selalu digunakan, Master memilih untuk mencubanya sejauh 7...

Tukar minyak gear dan baiki brek Proton SAGA BLM

Imej
Sepatutnya kereta Proton SAGA BLM milik Mommy diservis major pada hari ini. Kereta Konsep Proton SAGA BLM R3? Tapi sampai di bengkel sana mereka suruh tunggu sampai  perbatuan kereta itu cecah perbatuan minyak hitam yang baru ditukar iaitu 5000 kilometer. Tapi Master suruh tukar minyak gear juga sebab dah lama tak tukar. Selain itu mereka turut periksa masalah brek yang Master ajukan. Selepas diperiksa mereka mendapati macam-macam masalah pada brek, patutlah Master kata kereta tu macam susah nak berhenti. Masalah yang wujud adalah: Pam brek belakang sudah rosak. Dram brek belakang calar, perlu dilicinkan (skim) Bearing perlu ditukar sepasang kerana semasa skim brek, bearing terpaksa dibuka, jika dipasang semula takut rosak. Cakera brek depan sebelah kanan juga perlu dilicinkan. Selepas melalui proses perbincangan yang panjang, dapatlah harga RM 750 (tujuh ratus lima puluh ringgit sahaja). Master tak pandai menawar, tapi muka Master yang kelat itu mungkin me...

Selenggara 1000 kilometer di Rangkaian Auto Trade (Subaru Seremban)

Imej
Jam sudah pukul 2 pagi, 30 April 2016. Ini adalah karangan kedua Tedi setelah karangan sebelum ini hilang kerana komputer riba Ted ini tiba-tiba sahaja keluar skrin biru. Tapi Tedi gagahkan menaipnya semula kerana ini adalah pengalaman penting yang ringkas tapi mungkin bermakna. Mungkin sahaja skrin biru itu sebagai amaran agar Tedi tidak meneruskan karangan ini yang ternyata berkenaan dengan rezeki seseorang. Tapi Tedi yakin dengan “apa yang disemai itu yang dituai” atau “what you give, you get back” , jadi tiada salah Tedi meneruskan niat jahat Tedi ini. Atau mungkin sahaja Tedi akan menangisi kekhilafan Tedi jika ternyata Tedi berburuk sangka dengan manusia. Selenggara 100 kilometer pertama XV STI di Subaru Seremban Petang tadi Mommy bawa Subaru XV STI ke Subaru Seremban a.k.a Rangkaian Auto Trade Sdn Bhd dengan niat buat penyelenggaraan 1000 kilometer pertama. Ternyata mekanik di sana agak peramah dan berikan tunjuk ajar. Dia kata XV ni ada dua masala...

Popular