Contoh Nama Kedai Dobi
Berikut adalah senarai nama kedai dobi di Malaysia yang boleh dijadikan contoh nama yang boleh diberikan kepada kedai dobi. Mungkin juga menjadi ilham kepada mereka yang mahukan contoh nama syarikat dobi. Bagi Tedi nama kedai dobi patut mudah diingat dan juga memaklumkan jenis kedai dobi tersebut. Nama kedai dobi yang unik juga penting supaya mudah dikenalpasti. Contohnya ABC Dobi menunjukkan ia sebuah kedai dobi, tapi Tedi tak tahu ia kedai dobi layan diri atau tidak? Nama seperti Kedai Dobi ABC Layan Diri membayangkan ia sebuah kedai dobi layan diri tapi namanya mungkin tidak sedap. Nama kedai dobi layan diri mungkin panjang berjela untuk memaklumkan jenis khidmat dobi disediakan. Jika anda yakin bahawa nama yang unik tanpa membayangkan jenis perniagaan sudah mencukupi kerana keluasan pasaran di tempat anda berniaga, maka boleh teruskan dengan kepercayaan tersebut, mungkin anda boleh membina satu jenama yang melekat kuat di minda pelanggan tanpa sebarang keyword yang menunjukkan jen...