Dia hina kita dulu...
PEMAIN skuad Harimau Malaya menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan mereka tidak profesional ketika meraikan kemaraan Malaysia mara ke pentas final Piala AFF dengan aksi 'menghina' penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom sebaik wisel penamat ditiupkan di Stadium Rajamangala, Bangkok, semalam. Sebahagian pemain pasukan Malaysia tiba di KLIA dari Bangkok. FOTO Nurul Shafina Jemenon Pada separuh akhir kedua yang berkesudahan seri 2-2 itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe berjaya menamatkan perjuangan pasukan tuan rumah menerusi peraturan gol di tempat lawan namun cara pemain negara menyambut kemenangan itu dikatakan menimbulkan kemarahan penyokong skuad Gajah Perang. Menerusi rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam, barisan pemain di bangku simpanan negara berlari ke arah Chatchai sebaik berakhirnya perlawanan dengan ada yang mengelilingi penjaga gol serta ada juga yang tidur di depannya. Penyerang negara, Syafiq Ahmad menjelaskan, insiden itu sebenarnya...