Bank Indonesia Benarkan Deposit Sampah Untuk Wang
Wow! Memang mengkagumkan! Bank Sampah Mutiara di bandar Makassar di Indonesia memberikan pilihan kepada para pelanggan mereka untuk meminjam wang tunai dan membayarnya menggunakan sampah-sarap! Nampak gila bukan? Tapi Tedi rasakan inilah kebijaksaan dalam sikap perikemanusiaan yang hebat. Para penduduk di sana membawa sampah-sarap yang boleh dikitar semula seperti botol plastik dan kertas ke pusat pengumpulan yang dikenali sebagai bank sampah, di mana kesemuanya akan ditimbang sebelum dinilaikan dengan wang. Manusia di sana juga boleh membuka akaun simpanan dan menyimpan jumlah tukaran itu ke dalam akaun simpanan mereka. Daripada rakyat untuk rakyat Pengurus Bank Sampah Mutiara, Suryana menyatakan bahawa idea itu datangnya daripada rakyat, diuruskan oleh rakyat, dan hasilnya adalah untuk rakyat. Ideanya adalah untuk mengatasi masalah sampah-sarap menimbun, masalah kekurangan tanah untuk dijadikan tapak pembuangan sampah, masalah kekurangan teknologi pengurusan sampah, dan member...