Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _badminton

[t16e26] Lee Chong Wei: Saya mampu terus jadi No. 1

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم PETALING JAYA 26 Mei - Datuk Lee Chong Wei percaya, dia mampu kekal sebagai pemain No. 1 negara dalam tempoh dua tahun lagi jika terus aktif di pentas antarabangsa. Malah, seandainya dia memilih untuk menyahut cadangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar membawa cabaran Malaysia dalam Piala Thomas 2018, peranan yang akan dimainkan pastinya perseorangan pertama dan bukan ketiga. Sejurus selepas Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark dalam separuh akhir di Kunshan, China, Jumaat lalu, bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan bahawa kejohanan tersebut adalah penampilan terakhirnya dalam Piala Thomas. Bagaimanapun, selepas mendengar pandangan Khairy, yang mahu Chong Wei terus membantu pasukan negara dalam Piala Thomas 2018, sekali pun sebagai perseorangan ketiga, pemilik dua pingat perak Sukan Olimpik itu menyatakan kesediaan untuk menyahut pelawaan tersebut. “Saya tidak fikir saya hanya akan bermain sebagai perseorangan ketiga (dalam ...

[t14k10] Dunlop... Power... dan Prokennex

Imej
Tebus SmartTAG menggunakan kredit Maybank Semalam kami ke One Utama untuk tebus SmartTAG menggunakan mata ganjaran Maybank. Sejurus keluar dari Maybank, Master ternampak kedai Studio R , sebuah kedai peralatan sukan. Master yang memang sedang mencari kedai badminton  kerana mahu belikan towelling grip  untuk raket badminton beliau terus membawa kami singgah di sana walaupun nama kedai Studio R itu tiada iras-iras nama kedai badminton . Malangnya tiada towelling grip  sebaliknya cuma ada grip yang biasa. Master mahu gunakan towelling grip  kerana mahu tiru Taufik Hidayat , bezanya Taufik Hidayat guna barangan mahal manakala Master cari yang murah-murah sahaja. Tak jumpa towelling grip , Master mula perhatikan semua kasut di sana. Ternyata kasutnya murah-murah dan kasut badminton punyalah banyak! Power Vapor D 214, RM 80.   Walaupun Master sudah punyai kasut Power Vapor D 214 yang dibeli sebelum ini di Kedai Kasut BATA di Tesco Bandar Baru Nilai , beliau bercada...

[T21I06] Cara Pilih Raket Badminton

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamu'alaikum semua, Tedi harapkan anda sihat-sihat sahaja. Sudah lama tidak bermain badminton sejak rakyat Malaysia disekat pergerakan mereka dalam usaha membendung penularan Covid-19 melalui beberapa versi Perintah Kawalan Pergerakan. Tetapi hari ini Tedi akan menjawab satu pertanyaan pembaca iaitu apakah cara pilih raket badminton? Kalian boleh juga baca kiriman sebelum ini iaitu  Review Raket Pernah Saya Guna , dan Cari raket Voltric di Sports Direct Subang Jaya . Tedi faham untuk memilih satu raket badminton yang sesuai terutama kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dengan sukan badminton ini agak memeningkan kepala. Pening kepala sama ada tengok harga raket tu sendiri sama ada berbaloi untuk dibeli atau apabila murah kenapa murah? Nak cuba raket di kedai itu satu masalah pula terutama yang berantai. Lagipun setakat hayun-hayun kosong di kedai itu mana nak tahu...

[t01a20] Nik Faiz Mengejar Kejayaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   NIK AHMAD FAIZ NIK ABDULLAH (BADMINTON) Tarikh lahir : 19 Januari, 1980 Tempat lahir : Kota Bharu, Kelantan Profesion : Penuntut universiti, pemain badminton Pencapaian : Tempat ketiga Kejohanan Antarabangsa Remaja Asia 1995 (beregu), naib juara MSSM 1996, 1997, 1998 dan juara beregu MSSM 1998. WALAUPUN sudah lapan tahun serius dalam badminton antarabangsa, Nik Ahmad Faiz Nik Abdullah masih belum memiliki sebarang gelaran yang benar-benar membanggakan. Namun pemain kelahiran Kelantan itu percaya masanya akan tiba untuk dia bergelar juara. Faiz, 21, masih tidak berputus asa meskipun pernah tersingkir daripada akademi Badminton Malaysia (BAM) selepas diterima masuk untuk sesi pertama dari 1993-1996. "Kalau bukan sekarang, esok masih ada. Saya sentiasa percaya di mana ada usaha di situ ada kejayaan,'' kata penutut tahun dua di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (U...

[t18l14] Lebih Tegang Tak Semestinya Lebih Kuat

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Itulah kata-kata Master kepada beberapa budak-budak yang ikut bermain badminton bersamanya pada malam itu. Kanak-kanak anak-anak jiran Master sibuk berkata kepadanya nak tukar tali raket badminton mereka supaya lebih tegang. Tapi Master kata, tidak semestinya pukulan bulu tangkis akan jadi lebih kuat jika kita gunakan tali badminton yang lebih tegang. Jika kita adalah pemain badminton biasa-biasa, tali badminton yang kurang tegang adalah lebih baik kerana ia akan bertindak sebagai spring yang melantunkan semula bulu tangkis, sekaligus membantu menjadikan pukulan kita lebih kuat atau laju semasa bermain badminton. Tetapi jika kita adalah pemain badminton yang hebat, dan mempunyai kekuatan pergelangan tangan yang hebat juga, maka kita boleh gunakan penyesuaian tali raket badminton yang lebih tegang. Apabila ditanya apakah logiknya tali tegang tak hasilkan pukulan lebih laju? Master ...

Lee Chong Wei masuk... Chong Wei Feng keluar...

Imej
Sungguh dramatik pemilihan pemain ke Kejuaraan Dunia kali ni. Sebelum ini Tedi tak pernah kisah siapa yang terpilih kerana pastinya mereka terpilih kerana kedudukan mereka dalam ranking dunia. Namun kali ini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terpaksa membuat pemilihan drastik tentang siapa yang bakal ditendang jika mereka memilih Lee Chong Wei untuk mewakili Malaysia di kejohanan tersebut. 2 pemain Malaysia yang layak adalah Chong Wei Feng (ranking 31), dan Zulfadli Zulkiffli (ranking 41), manakala Lee Chong Wei di ranking ke-6. BAM tentunya akan memilih Lee Chong Wei kerana status pemain bintang itu. Namun siapa yang perlu ditendang? Secara mudahnya, jika ikut ranking, jika Lee Chong Wei masuk, maka Zulfadhli Zulkiffli keluar, namun tentu sahaja pemain itu tidak bersetuju kerana bukan senang untuk sertai kejohanan berprestij seperti itu. Tambahan baginya, itu adalah urusan dalaman BAM, dan dia sebagai pemain bebas tak patut terjebak. Chong Wei Feng juga tentunya t...

[t22i22] Pemain Badminton Kidal Terkemuka

Kiriman ini khas buat Master, mana tahu boleh dijadikan rujukan. Master bemain badminton menggunakan tangan kiri Master adalah pemain badminton yang menggunakan tangan kiri untuk bermain.  Jadi adalah sukar untuk Master menggunakan teknik yang sama dengan pemain kanan. Kesukaran itu amat ketara ketika Master bermain ping-pong, di mana dikatakan kelebihan Master sepatutnya pada pukulan kilas belakang (backhand) sedangkan Master tiada kemahiran itu. Oleh itu Tedi senaraikan beberapa nama (mengikut turutan abjad) untuk dikaji Master. Bao Chunlai Terima servis: kaki kanan di hadapan. Kaki kiri melangkah ke hadapan apabila bulu tangkis sampai. Tangan kiri sentiasa di hadapan. Lin Dan Apabila tahu sahaja nama Lin Dan masuk dalam senarai ini, Master terus berasa bangga dan suka hati, seolah-olah dia terus jadi hebat. Lin Dan adalah musuh ketat kepada Lee Chong Wei, jadi nama beliau memang mudah dikenali pada masa ini, terutamanya buat peminat Lee Chong Wei sendiri. Terima ...

Popular