Ralat Maven WAR Plugin: Punca ExceptionInInitializerError dan Cara Mengatasinya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Ralat Maven WAR Plugin: ExceptionInInitializerError — Punca dan Cara Saya Selesaikannya Baru-baru ini saya terjumpa ralat yang agak mengelirukan semasa membuat build projek Java menggunakan Apache Maven di IntelliJ IDEA. Projek ini menggunakan JDK 8, tapi build tetap gagal. Inilah pengalaman saya mencari punca dan menyelesaikannya. Ralat Yang Berlaku Semasa menjalankan perintah Maven package , build berjaya sehingga fasa kompilasi, tapi kemudian gagal pada fasa war dengan mesej ralat seperti ini: [ERROR] Failed to execute goal org.apache.maven.plugins:maven-war-plugin:2.3:war (default-war) on project myproject: Execution default-war of goal org.apache.maven.plugins:maven-war-plugin:2.3:war failed: Unable to load the mojo 'war' in the plugin 'org.apache.maven.plugins:maven-war-plugin:2.3' due to an API incom...