Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202103

[20210317] Servis percuma terakhir dan tukar bearing belakang Subaru XV STI 2021

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Aduhai macam mana pula Tedi boleh terganti kandungan kiriman ini dengan benda lain pula? Nasib baiklah jumpa gambar yang pernah dimuat naik sebelum ini. Tedi akan cuba olah semula mengikut apa yang Tedi ingat. Selenggara 80,000 Kilometer Master telah membawa kereta Subaru XV ke SS Auto Venture Bandar Baru Bangi untuk servis percuma terakhir. Sepatutnya kereta Subaru XV kami itu mendapat servis percuma selama 5 tahun atau 100,000 kilometer perbatuan, mengikut yang mana lebih awal. Silap Master tak hantar servis mengikut bilangan bulan, akhirnya rugi 20,000 kilometer termasuk servis major. Servis 80000 ini pun major jadi Master tidak berasa terlalu ralat. Tambahan pula memang tertangguh penghantaran kereta Subaru XV STI ni untuk diservis kerana Perintah Kawalan Pergerakan sempena penularan wabak Covid-19. Tukar Bearing Belakang Subaru XV Sepasang Selain itu...

Penyelesaian Ralat Maven: ojdbc14, JDK 6 Unsupported Version & TLS Protocol JDK 7

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Isi Kandungan: 1. Manual Install ojdbc14 & JTA 2. Isu Unsupported Version (JDK 6) 3. Isu Protocol Version TLS (JDK 7) 1. Manual Install ojdbc14 & JTA Gunakan arahan ini jika anda mendapat error Could not resolve dependencies untuk Oracle JDBC: mvn install:install-file -DgroupId=com.oracle -DartifactId=ojdbc14 -Dversion=10.2.0.4.0 -Dpackaging=jar -Dfile=ojdbc14-10.2.0.4.0.jar -DgeneratePom=true 2. Isu Unsupported Version (JDK 6) Error penuh yang dikesan (Scroll ke bawah untuk lihat semua trace): java.lang.UnsupportedClassVersionError: org/codehaus/plexus/classworlds/launcher/Launcher : Unsupported major.minor version 51.0 at java.lang.ClassLoader.defineClass1(Native...

Siapa Telefon Saya Ni?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ +60 3 2618 6000 Master terlepas panggilan ini berjumlah 3 panggilan kesemuanya. Takut juga jika panggilan ini daripada syarikat yang mahukan pendapat Master berkenaan calon temuduga mereka. Jadi menjadi tugas Tedi untuk siasat milik siapakah nombor telefon ini. Nota: anda boleh scroll jadual di bawah ke kanan ke kiri. Tarikh   Komen Orang   Komen Tedi 20160105   saya menerima panggilan drp no 0326186000 semalam sekitar jam 4 petang..saya tak dapat nak hubungi mereka semula kerana kemugkinan nombor tersebut adalah daripada syarikat operator. saya berharap no tersebut akan dapat call sy semula...     20151210   Saya terima panggilan ini 3 hingga 4 kali sehari pada waktu pejabat dan tiada seorang pun yang bercakap.     20151202   Cakap hello sahaja tapi terus putus.     20151005   Baru s...

T21C27 Singgah di Tamarind Square Cyberjaya

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Hari ini ada sesi bergambar sempena ulangtahun kelahiran Aina yang ke-4, walaupun birthday beliau pada bulan Februari yang lalu. Mummy telah menempah slot dengan Kalis Studio yang terletak di Tamarind Square. Aina dan Aidan sibuk memetik daun semasa menanti panggilan dari jurugambar Kalis Studio. Mungkin penantian ini yang membuatkan Aina keletihan dan tiada mood semasa penggambaran selepas itu? # Saturday, 27 March 2021, 18:31 # IMG_20210327_183128 # Xiaomi Redmi Note 5A # Tamarind Square # Tamarind Square ni kalau dilihat dari jauh macam tempat tak laku. Tapi apabila kami masuk, tempat letak keretanya penuh. Satu lagi yang menjadi kemusykilan ialah apabila ramai pengantin bergambar di sekitar Tamarind Square ni, rupa-rupanya tempat ini adalah lokasi mesra Instagram di mana anda boleh mendapatkan latar belakang menarik di sini.   Direktori Surau Tamarind Sq...

Sentuhan Azamuddin Akil tetap berbisa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Alor Setar : Hantaran cantik yang dihasilkan pemain berpengalaman Azamuddin Akil atau Alex untuk membantu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menghasilkan gol mampu menjadi senjata tersembunyi buat skuad Hijau Kuning pada perlawanan Liga Super menentang UiTM FC Sabtu ini. Dia yang juga bekas pemain kebangsaan dilihat masih menyengat dan tonggak gantian berbisa yang kerap menjadi pilihan ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak untuk menambah kekuatan serangan buat Kedah. Dua hantaran cantik bagi membantu menghasilkan gol yang dilakukan pemain senior berusia 35 tahun ini sewaktu perlawanan KDA FC menentang Penang FC dan PJ City lalu ternyata membuahkan hasil yang dinantikan. Menurut wakil jurucakap Kelab Hijau Kuning Fans Club (HKFC) Mohd Firdaus Azid, corak permainan Alex kini dilihat semakin meningkat serta berjaya membuktikan kemampuan sebagai seorang pemain 'supersub' y...

Penyokong Kedah teruja dapat kembali ke stadium

KEBENARAN penyokong bola sepak untuk hadir ke stadium bermula April sangat dinanti-nantikan pencinta sukan tersebut selepas hanya menonton perlawanan di kaca televisyen ataupun melalui siaran langsung dalam talian sejak setahun lalu. Jurucakap kelab penyokong Gabungan Ukhwah Lang Merah (GULM), Mohd Safarizal Mohd Sobri yang mewakili 25 kelab penyokong Kedah berkata, pihaknya menghargai kebenaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurutnya, kebenaran tersebut sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan penyokong setia walaupun kehadiran penonton mengikut status kawasan berkenaan membabitkan kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan kawasan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP). "Di Stadium Darul Aman, sekurang-kurangnya 8,000 penyokong Kedah berpeluang menjejakkan kaki ke stadium selepas satu tahun kerana Kedah di bawah PKPP. "Ini berita yang sangat lama dinantikan-nantikan. Kepada penyokong-peny...

Terima kasih kritik saya: Baddrol

Bagus untuk menyaksikan melalui saluran televisyen Unifi Sports 4, kapten pasukan Kedah Darul Aman FC menjaringkan satu gol dan membantu satu gol lagi. Selain itu kualiti hantaran semasa sepakan percuma juga sangat menarik untuk dilihat. Para penyokong Baddrol Bakhtiar tentunya rindu dengan sepakan jarak jauh beliau dan mengharapkan beliau mendatangkan ancaman dari tengah padang. Sudah tentu Kedah akan yang suka memasuki kawasan penalti lawan sebelum cuba menjaringkan gol, akan menggoyangkan pertahanan lawan jika ada pemain yang mampu membuat jaringan dari tengah padang, di mana hal ini akan membuatkan mereka takut untuk berkubu di kawasan sendiri sebaik sahaja bola memasuki bahagian tengah padang.   KETUA pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Baddrol Bakhtiar terbuka menerima kritikan yang dilemparkan segelintir penyokong kelab tersebut atas prestasinya yang dianggap tidak memberangsangkan pada beberapa perlawanan lalu. Baddrol, 33, menyifatkan perkara tersebut sebagai lumrah ke...

PJ City ada kekuatan tersendiri: Kipre

Kuala Lumpur: Bermain sebagai satu unit dan bekerja keras sepanjang permainan menjadi antara elemen kekuatan Petaling Jaya City (PJ City) FC yang menjadikan pasukan itu berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan. Itu pandangan peribadi penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tchetche Kipre yang tidak terkejut dengan kemampuan PJ City setakat ini biarpun skuad yang diberi jolokan 'The Phoenix' dibarisi tanpa pemain import. Justeru, Kipre melihat pertembungan dengan PJ City di Stadium Darul Aman malam esok pasti sukar buat KDA FC dan mereka perlu memanfaatkan segala peluang terhidang jika mahu terus konsisten meraih tiga mata di laman sendiri. "Apa yang saya lihat tentang PJ City, mereka sebuah pasukan yang sentiasa bekerja dan mempunyai semangat berpasukan agak tinggi, jadi ini antara kekuatan yang dimiliki oleh mereka. "Sudah tentu sukar buat mana-mana pasukan apabila berdepan mereka yang buat masa ini belum tewas dan kami perlu hormati mereka. ...

Nelson laung kata semangat buat Baddrol

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Alor Setar : Legenda 'double treble' Kedah, Nelson San Martin tampil melaungkan ucapan sokongan dan semangat buat kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Baddrol Bakhtiar yang sebelum ini dikritik segelintir penyokong berkaitan prestasi semasa. Kritikan yang dipaparkan di media sosial terhadap prestasi semasa Baddrol beberapa hari lalu menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang kebanyakan penyokong Kedah yang masih menghargai usaha serta sumbangan besar yang dicurahkan Baddrol dalam arena bola sepak di Malaysia dan Kedah selama ini. NELSON (kiri) dan Baddrol ketika sama-sama berganding untuk membantu Kedah meraih kejayaan ‘double treble’. FOTO Ihsan Nelson Sam Martin Nelson yang juga bekas ketua jurulatih Langkawi City FC (LCFC) pada musim 2020 dan rakan seperjuangan Baddrol musim 2006 hingga 2008 itu memuat naik ucapan motivasi dan keyakinannya di media sosial khusus ...

Mesej daripada Subaru

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Himpunan mesej yang diterima daripada Subaru Malaysia untuk panduan pada masa hadapan. Tulisan berwarna hitam adalah mesej asal daripada penghantar pesanan. Tulisan berwarna selain hitam adalah terjemahan atau komen daripada Tedi. Maklum sahajalah rakyat Malaysia ni lebih suka gunakan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Malaysia. SMS 20201112 - Subaru Bangi Tetapkan temujanji di Subaru Bangi RM0.00 SS AUTO VENTURE SB:Dear our Subaru Owners , we would like to inform that our Subaru Bangi Service Centre currently open as usual during PKPB with proper SOP implemented . Kepada semua pemilik Subaru, kami ingin memaklumkan bahawa Pusat Servis Subaru Bangi adalah dibuka seperti biasa semasa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dengan mengikuti polisi operasi standard yang telah ditetapkan. For your next Service appointment kindly whatsapp us at http://wa.me/60106558483 or ...

Aina jatuh tangga terbelah dagu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Penang FC 1-1 Kedah Darul Aman FC Master baru sahaja habis menonton perlawanan Liga Super di antara Penang FC dan Kedah Darul Aman FC yang menyaksikan Sherman selamatkan Kedah Darul Aman FC  apabila menjaringkan gol penyamaan untuk menjadikan keputusan seri 1-1.   Aina jatuh tangga dan terbelah dagu Aina pula pada masa itu sudah sibuk nak naik ke bilik di tingkat atas untuk tidur. Tiba-tiba sahaja dia tersungkur di tangga dan berdarah dagunya. Kami syak Aina terpijak puzzle yang bersepah di lantai. Master baru sahaja kosongkan kawasan itu dari permainan, tengok-tengok sudah ada mainan lain pula.  Banyak darah menitis, dan Master tengok dagu Aina terbelah. Memandangkan pada zaman kecilnya Master pun pernah jatuh tangga dan terbelah dagu, maka Master ambil keputusan untuk membawa Aina ke klinik. Mesti nak kena jahit agaknya. Mummy lap darah pada dagu Aina dan ...

Aina dan Aidan selsema, ke Alam Megah, ke Menara TM, dan makan malam di Hotel Sama-Sama

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada hari ini aktiviti kami adalah membawa Aina dan Aidan ke klinik kerana mereka selsema dan batuk, pergi ke Shah Alam untuk ambil tudung yang Mummy sudah lama beli, pergi ke Menara TM untuk ambil barang pejabat Mummy, dan makan malam di Hotel Sama-Sama. Kiriman ini akan dikemaskini dengan konsep sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Stay tuned.,   Aina dan Aidan selsema Malam tadi Aina demam dan mula selsema. Aidan pula batuk. Kami mengambil keputusan membawa mereka ke Poliklinik Amalmedik Kota Warisan untuk diperiksa. Kedua-duanya tidak memberikan kerjasama yang baik apabila doktor meminta mereka buka mulut untuk diperiksa. Pada jam 2:30 petang kami berada di Poliklinik Amalmedik Kota Warisan membawa Aina dan Aidan yang selsema dan batuk. Aina demam malam semalam. Gambar Aina dan Aidan bermain buaian yang ada di dalam klinik tersebut, memakai pelitup muka kerana wabak...

Beli sandal Jump di Original Classic di Mitsui Outlet Park KLIA

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada pagi tadi Master ambil cuti separuh hari untuk temani Mummy pergi makan sushi di kedai makan Sushi King di Mitsui Outlet Park. Tiba-tiba sahaja semasa nak masuk ke dalam kereta sebelum menghantar Aina dan Aidan ke Taska, sandal Master yang sedia ada uzur tu tercabut pula. Itu mungkin sebagai paksaan kepada Master untuk mencari pengganti kepada sandal beliau itu. Malangnya Tedi tak pernah rekodkan sejarah kewujudan sandal Master tu maka tidak dapatlah diukur berapakah usianya.   Bersarapan di Hot & Rolls Kami tiba di Mitsui Outlet Park tu selepas jam 10 pagi, tapi banyak kedai atau butik belum dibuka lagi. Pengawal keselamatan di sana kata memang ada kedai yang buka dalam jam 11 atau 12. Restoran Sushi King di Mitsui itu pun lewat dibuka, dalam jam 12, pada musim Perintah Kawalan Pergerakan sempena wabak Covid-19 yang melanda dunia pada masa ini. Nasib baik Hot...

Kedah, Terengganu FC berentap di Singapura

Kuala Lumpur: Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC akan beraksi dalam saingan peringkat kumpulan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 di Singapura. AFC mengumumkan Singapura disahkan selaku tuan rumah bagi Kumpulan H yang terdiri daripada Kedah Darul Aman FC, Lion City Sailors (Singapura), Saigon FC (Vietnam) dan pemenang perlawanan play-off 2 Zon Asean. Singapura juga akan menjadi tuan rumah Kumpulan I terdiri daripada Geylang International FC dari Singapura, Kaya FC-IIoilo (Filipina), Terengganu FC dan wakil Myanmar, Shan United FC atau Ayeyawady United FC, bergantung kepada keputusan perlawanan peringkat awal dan play-off Liga Juara-Juara AFC 2021. Prestasi Kedah melonjak selepas Liga Malaysia disambung lewat Ogos tahun lepas apabila menduduki tangga kedua Liga Super yang memberikan ia slot automatik dalam pertandingan Piala AFC tahun ini. Terengganu FC yang menduduki tangga ketiga Liga Super 2020 mendapat slot di dalam kejohanan itu menerusi Liga Malaysia 2020 yang dip...

Popular