Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KL Sentral

T19F28 Naik Bas dari Terminal KLIA ke KL Sentral

Imej
Malam nanti Master akan menaiki bas Ekspress Sani pada jam 10:00 malam untuk pulang ke Kota Bharu . Kepulangan Master ke Kota Bharu pada minggu ini bersekali dengan jemput Mummy , Aina , dan Aidan balik ke Sepang . Master akan memandu Subaru XV STI pulang ke Sepang ditemani Tok Abah , manakala Mummy akan naik kapal terbang AirAsia bersama Tok Ma , Aina dan Aidan. Selalunya setiap kali menjelang hari minggu Master akan memandu kereta Proton Persona ke pejabat beliau dan akan tinggalkan kereta Proton Persona tersebut di tempat letak kereta di Bangsar South (Kampung Kerinchi) , sebelum menaiki bas ke Kota Bharu sebaik sahaja habis kerja. Ini adalah rutin mingguan semasa Mummy berpantang di Kota Bharu. Tetapi kali ini Master tidak boleh berbuat sedemikian kerana tiada siapa yang akan membawa pulang kereta Proton Persona tersebut pulang ke rumah kerana Master akan memandu Subaru XV STI dari Kota Bharu. Oleh sebab itu, Master mencari alternatif lain untuk ke tempat kerja beliau. ...

Dari Stesen Salak Tinggi ke Bangsar South

Imej
Salah satu pilihan yang ada untuk ke tempat kerja Master adalah menggunakan tren. Tren atau keretapi atau kereta lipang yang ada di kawasan sekitar Salak Tinggi untuk ke Bangsar South ada 2 jenama iaitu Komuter dan ERL (Express Railways Link). ERL tentunya lebih laju kerana ia keretapi laju manakala Komuter pula mungkin keretapi perlahan... hehehe... Dua-duanya laju, cuma ERL mungkin sekali ganda lebih laju. Untuk menguji kepantasan ERL ini, Master telah mengujikaji pada awal bulan September lalu. Mula naiki tren di Stesen Salak Tinggi pada jam 9.50 pagi. Kekerapan tren adalah lebih kurang 27 minit. Selepas menaiki tren ERL di Salak Tinggi dan mendarat di KL Sentral, Master bergegas pula mengejar tren LRT ke Bangsar South (terminal LRT Kerinchi). Selepas mendarat di LRT Kerinchi, Master bergegas menyeberangi jejantas khas ke Bangsar South yang merentangi Lebuhraya Persekutuan. Sampai di fountain Bangsar South pada jam 10.46 pagi, maknanya tak sampai sejam Master men...

Mahalnya harga tambang Teksi di Nilai

Tadi Master balik dari pejabat beliau di Bangsar South menggunakan LRT dan komuter. Beliau naik LRT di Stesen Kerinchi dan turun di Stesen KL Sentral. Selepas itu beliau naik Komuter menghala ke Seremban. Komuter yang Master naik tadi menuju ke Sungai Gadut iaitu destinasi terakhir Komuter hala Seremban. Master turun di Stesen Nilai kerana ia lebih hampir dengan Salak Tinggi, dan ia ada stesen bas dan teksi. Master mengambil sebuah teksi yang telah usang. Sampai sahaja di Salak Tinggi, Master bertanyakan jumlah tambang. Terkejut juga Master sebab tambangnya RM 20! Master saja ambil teksi kerana nak sokong pekerjaan pakcik-pakcik tersebut, tapi jika inilah peelnya, Master sokong saja penggunaan Uber dan Grab. Mungkin pemandu teksi boleh menuduh pemandu Uber dan Grab menzalimi mereka, tetapi mereka harus tanya diri sendiri dahulu adakah mereka menzalimi para pengguna? Mungkin ini adalah hukum karma buat mereka, sunnatullah yang menunjukkan bahawa pemandu teksi di Malaysia takkan ...

Popular