Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Batang Benar

Jemput Tok Mak dan Tok Ayah dari Bandung

Imej
Malam ini kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk sambut ketibaan Tok Mak dan Tok Ayah dari Bandung. Kapal terbang tiba jam 9 malam, dan lebih 30 minit kami menunggu di Balai Ketibaan almaklumlah bahawa kedudukan dari parking kapal terbang tu ke pintu Balai Ketibaan memang jauh. Keterangan  Bayi lelaki bernama Irfan ini kelihatan comel dan tenang, sedang duduk di tempat duduk khas bayi yang dipasang pada sebuah troli bagasi. Mereka berada di luar kawasan yang ditandakan oleh papan tanda besar BALAI KETIBAAN ANTARABANGSA (atau International Arrival Hall). Irfan sedang menunggu kedatangan Tokki dan Tok Irfan yang dijangka keluar dari pintu balai ketibaan itu tidak lama lagi. Melalui cermin dan pintu kaca di belakang Irfan, beberapa kaunter TOURISM MALAYSIA dan pergerakan penumpang yang baru tiba dapat dilihat. Irfan mungkin tidak sabar untuk bertemu datuk dan neneknya, sementara troli di bawahnya, dengan tulisan yang bermula UNTUK KEGUNAAN..., bersedia unt...

[t17a11] Tukar Bearing dan Minyak Hitam Saga BLM

Imej
Petang tadi Master balik lambat kerana ada penilaian prestasi kerja tahunan atau dalam bahasa Inggeris disebut appraisal . Terpaksalah Mommy dan Tedi menunggu Master di lobi pejabat beliau di Bangsar South. Jam 8 malam barulah Master menunjukkan batang hidung beliau yang mancung bak seludang tu kepada kami berdua. Sampai sahaja di lobby Master memaklumkan bahawa kereta Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM yang semalam kami hantar kepada Pak Lang telah siap dibaiki, dan kami boleh menjemputnya di Batang Benar. Kandungan: Ganti Bearing Tayar Belakang Kanan  |  Ganti Minyak Enjin SHELL Helix7 (Hx7) 4 liter  |   Berapakah kos upah tukar bearing tayar Proton SAGA BLM? Ganti Bearing Tayar Belakang Kanan Kali ini Master meminta Pak Lang menggantikan bearing tayar sebelah kiri yang disyaki rosak, tetapi sebaliknya bearing yang rosak dan menghasilkan bunyi bising itu adalah bearing tayar belakang sebelah kanan kereta Proton SAGA BLM tersebut. Kos untuk sa...

Komuter Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Kepada kawan-kawan yang mahu ke  Bandar Baru Salak Tinggi menggunakan kemudahan transit Komuter yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), anda tidak boleh turun di daerah Sepang di mana terletaknya Bandar Baru Salak Tinggi. Ini adalah kerana Sepang tiada stesen Komuter, yang ada hanyalah Stesen ERL Salak Tinggi. Memandangkan tiket ERL adalah mahal iaitu lebih RM 15, jadi orang ramai yang mahu ke Salak Tinggi mungkin mahu mengelakkan menggunakan keretapi laju ERL tersebut. Berita baik bagi pengguna Komuter kerana mereka punyai pilihan untuk menaiki Komuter untuk ke Salak Tinggi.   Bagaimana ke Bandar Baru Salak Tinggi dengan Komuter? Tapi jangan ralat kerana anda masih boleh ke Bandar Baru Salak Tinggi dengan menaiki Komuter. Pilihan yang anda ada ialah untuk turun sama ada di  Stesen KTMB Komuter Batang Benar dalam daerah Mantin atau Stesen KTMB Komuter Nilai di pekan lama Nilai. Kedua-dua stesen komuter ini terletak dalam Negeri Sembilan. Selain...

Popular