Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201606

Kereta Kebal Paling Teruk Semasa Perang Dunia Ke-2

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ, وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: King Tiger (Jerman) Tančík vzor 1933 (Czech) Type 95 Ha-Go (Jepun) Situasi Malaysia Perang Dunia Ke-2 mengambil masa 6 tahun untuk ditamatkan. Tempoh perang yang panjang itu menyaksikan lahirnya idea-idea kereta kebal yang ganas, namun tidak kurang juga yang sangat teruk rekaannya. 1. Kereta Kebal King Tiger / Tiger II Masalah Utama: Terlalu berat dan kompleks sehingga menjejaskan mobiliti. Kereta kebal ini adalah percubaan Jerman untuk menghasilkan perisai paling kebal, namun ia gagal berfungsi dengan baik kerana: Enjin Lemah: Tidak mampu menampung berat perisai yang melampau. Kerosakan Mekanikal: Sering alami kebocoran minyak dan patah drive shaft . Roda Terkunci: Rekabentuk roda bersilang menyebabkan ia lumpuh jika satu roda rosak. Akhirnya, banyak Tiger II hanya dijadikan bunker statik dan mudah dimusnahkan oleh serangan udara pihak Bersekutu. 2. Kereta Kebal Tančík...

Kepupusan Pertama Mammalia kerana Perubahan Iklim

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Laporan Alam Sekitar: Kepupusan pertama mamalia akibat perubahan iklim yang berpunca daripada aktiviti manusia secara langsung. Mamalia Pertama Pupus Angkara Perubahan Iklim Manusia Melalui satu kajian terbaru, sejenis rodent Australia yang hanya boleh dijumpai di Terumbu Karang Great Barrier kini disahkan pupus angkara perubahan iklim dunia. Bramble Cay melomys: Mangsa perubahan suhu dunia akibat kegiatan manusia. Spesies yang dikenali sebagai Bramble Cay melomys itu mula ditemui pada 1845 dan telah lama tidak kelihatan sejak 2009. Ia adalah haiwan seperti seekor tikus kecil yang mendiami kawasan terpencil. Kali terakhir ia dilihat adalah pada tahun 2009 oleh seorang nelayan profesional. Sejak itu, tiada lagi kelibat haiwan unik ini yang dilaporkan muncul di habitat asalnya. Punca utama kepupusan adalah disebabkan oleh fenomena ombak tinggi dan peningkatan paras air laut yang mel...

[t16f27] Android sebenarnya direka untuk kamera

Imej
Pasti ramai yang kenali Android . Ia adalah sistem operasi untuk telefon pintar yang dibangunkan di atas bahasa aturcara Java. Sistem operasi untuk telefon pintar keluaran Apple pula adalah iOS , manakala Microsoft juga cuba perkenalkan sistem operasi mereka iaitu Windows yang Tedi kenal sebagai Windows CT sebelum Windows 7 RT dan kini Windows 10. Sistem operasi bagi sesiapa yang tak tahu adalah satu sistem yang hubungkan apps pada telefon dengan perkakasan telefon itu sendiri. Bagaimana OS Berfungsi? (Penjelasan Rajah) Cuba bayangkan anda mahu mengambil gambar. Anda tekan butang "Ambil Gambar" pada skrin (Pengguna). Tetapi, perkakasan kamera di dalam telefon tidak faham bahasa manusia. Di sinilah Sistem Operasi (OS) bertindak sebagai Penterjemah Pintar (seperti robot Android di tengah rajah). OS menterjemah arahan anda dan memberitahu kamera, "Hei Kamera, sila tangkap gambar sekarang!" (Perkakasan Telefon). Tanpa OS, telefon hanyalah seketul besi yang tidak bern...

[t16f21] Yee Mee Kari di Mydin USJ

Imej
Hari ni singgah berbuka di Mydin Mall USJ.  Makanan kegemaran Tedi di sini adalah Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge. Panjang kan nama resepi kegemaran Tedi ni? Selain itu ada juga Yee Mee Sizzling tapi di gerai lain di medan selera ni. Harga Yee Mee Kari ni dalam MYR 7.90. Hari ni makcik tu letak dalam dua bekas sebab dia takut yee mee ni kembang kalau rendam lama dalam kari sementara tunggu waktu berbuka puasa. Selepas berbuka puasa mungkin Tedi ikut Mommy pergi beli baju raya pula. Selepas tu baru kami pergi jemput Sakinah di Puchong Kenangan. Harap-harapnya dia nak ikutlah. Gambar Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge Mommy pula ambil set Bawal Goreng Berempah dengan harga MYR 10.90. Gambar set Ikan Bawal Goreng Berempah 20160621 19:19

[t16f22] Tak Larat Tidur Atas Lantai

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Malam ni Sakinah datang rumah. Resam kalau dia datang mesti tidur di ruang tamu di hadapan tv, di atas lantai berhamparkan toto. Tapi Master tetap cari katil juga untuk tidur, jadi tinggal Mommy sahajalah temani Sakinah tidur di bawah. Master hairan juga tengok mereka tidur di atas lantai, tidak kesejukankah? Walaupun beralaskan toto Master tetap berasa dingin lantai marmar menyerap ke dalam tulang belulang beliau. Paling teruk apabila bangun esok hari Master berasa seolah-olah paru-paru beliau dipenuhi cecair disertai hidung yang tersumbat dengan mukus. Master hanya boleh tidur di lantai jika permaidani tebal yang keras menjadi alasnya. Apakah tidur atas lantai ada kesan buruknya? Sampai sekarang Tedi belum ketemui jawapan saintifiknya. Belum lagi Tedi berkesempatan mengkaji permasalahan ini. Gambar si Sakinah sedang mewarna sebelum tidur di ruang tamu beralaskan toto. # W...

[t16f21] Cari Baju Melayu Master di Mydin USJ

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ 20:48 Okay.. selepas kenyang membedal Yee Mee Kari Bebola Ikan Tak Nak Tauge tadi, kami tunaikan solat Maghrib. Kemudian kami terus menuju ke tingkat satu Mydin USJ untuk cari baju Melayu buat Master. Tedi berkenan dengan Baju Melayu Dewasa Mikhail yang berharga RM80 sepasang atau RM 40 jika beli baju sahaja. Tedi sukakan ia kerana kainnya keras macam jeans, ada butang yang dijahit terus sebab ianya baju Melayu Teluk Belanga. Tapi akhirnya Master pilih baju Melayu yang lain berwarna pink untuk disesuaikan dengan warna baju Mommy. Harganya sepasang MYR 50 sahaja. Kali ini Master yang terus pergi pilih sendiri, tak perlu Mommy dan Tedi carikan sebabnya Master nak cepat siap-siap habis shopping... 😂 Tapi nampaknya Mommy sangkut di bahagian lain pula. MYDIN Girang Syawal Tiba. New arrival Baju Melayu Dewasa MIKHAIL saiz S - XXL dengan harga RM 79.90 sepasang. Baju Melayu Dewasa denga...

Beli Buku dengan Ann Wan Seng

Imej
Tengahari semalam pakcik Ann Wan Seng datang ke pejabat Master beri ceramah. Sayangnya Tedi sangat mengantuk semalam sampai tersengguk-sengguk dalam ceramah tu. Rasanya dia cerita pasal Rahmat Allah subhanahu wa ta'ala. Di hujung ceramahnya dia jual 2 buah buku yang salah sebuah daripadanya adalah penulisannya. Master belikan kedua-dua buah buku itu dengan harga MYR 37. Satu bertajuk Kisah-kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah tulisan Dzul Khairi Mohd Noor, dan yang kedua bertajuk Wahyu dan Sahabat Nabi sollallahu alaihi wassalam karya Ann Wan Seng sendiri. Buku yang pertama membetulkan Kisah-kisah tidak sahih yang sering tersebar di sekitar masjid dan surau, manakala buku yang kedua menyentuh tentang kisah para sahabat di sebalik turunnya wahyu. 20160622

Kisah Nabi Zakaria lewat dapat anak dalam Al-Quran

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Salah satu kisah Nabi yang mengharukan Tedi ialah kisah Nabi Zakaria alaihissalam Sebab apa? Sebab baginda adalah seorang Nabi Allah tapi baginda tidak dikurniakan anak sehinggalah baginda sudah tua . Anak baginda adalah Nabi Yahya alaihissalam yang Tedi pernah baca nama Yahya itu bermaksud hidup kerana lewatnya Nabi Zakaria alaihissalam mendapat anak. Seorang Nabi lewat menerima anak, bersabar dan berdoa, redha dengan rezeki diberi Allah mungkin supaya kisah ini menjadi panduan kepada kita semua. Kisah Nabi Zakaria alaihissalam lewat dapat anak ini diungkapkan beberapa kali melalui beberapa surah dalam al-Quran. Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah Ali Imran Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah Maryam Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah al-Anbiyaa'   Kisah Nabi Zakaria alaihissalam dalam Surah Ali Imran Cerita bermula dengan Nabi Zakaria alaihissalam men...

[t16f25] Kenapalah Pejabat POS Salak Tinggi tak dibuka pada hari minggu?

Imej
Seperti yang pernah Tedi coretkan pada 12-April-2016 yang lalu kami kelewatan dan mengambil keputusan untuk bercuti separuh hari . Cuti separuh hari itu kami gunakan untuk ke Pejabat POS Salak Tinggi di Kosmopleks bagi mengambil satu bungkusan dokumen yang dihantar melalui POS Laju. Bungkusan POS Laju itu kebetulan pula tidak dapat dihantar pada hari sebelumnya. Mungkin itu takdir bagi kami. Cuma apa yang bermain di fikiran Tedi ialah tentang waktu dan hari operasi Pejabat POS Bandar Baru Salak Tinggi ini iaitu hanya pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 pagi . Pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad, mereka tidak beroperasi. Kenapa mereka tidak beroperasi pada hari minggu? Bukankah ia memudahkan para pelanggan seperti kami? takkanlah kami harus ambil cuti setiap kali kami nak mengambil bungkusan di Pejabat POS Salak Tinggi? Tentulah ia akan menyukarkan orang ramai terutamanya yang amat bergantung kepada penghantaran barang melalui kiriman pos seperti ...

[t16f07] Lori Muatan Kereta Honda Terbalik di Lebuhraya PLUS

Berita yang agak mengejutkan apabila sebuah lori muatan kereta terbalik di Lebuhraya PLUS. Kedua-dua hala terhalang apabila lori itu langgar pembahagi jalan dan terbalik di jalan sebelah. Tiada korban jiwa dilaporkan pada waktu Maghrib tadi. Tedi tertanya-tanya apalah nasib pemandu lori tu nanti? Adakah dia akan dibuang kerja? Adakah dia perlu ganti kereta dan lori yang jahanam? Tedi tertanya-tanya juga, siapalah pembeli kereta yang tercampak di Lebuhraya PLUS itu? Berapa lamakah mereka perlu tunggu untuk terima kereta baru? Tedi ter tanya-tanya juga, bagaimana lori itu boleh langgar pembahagi jalan? Sedangkan sepatut nya lori berada di lorong kiri... sejujurnya Tedi perhatikan lori-lori di PLUS utara memang laju gila babi. Lori potong lori dah jadi pemandangan biasa... Apa-apa pun rasanya Tedi takkan dapat jawapan kepada semua persoalan itu. Harap-harapnya kemalangan itu disebablan oleh masalah teknikal dan bukannya kecuaian manusia. Ini laporan yang dikirim kawan Master. 7 Jun 2...

[t16f24] Adakah Kereta Kebal Rusia Tidak Bagus Berbanding Kereta Kebal Jerman atau Tentera Bersekutu?

Imej
Ini adalah bacaan sejarah dan tidak menunjukkan sokongan Tedi kepada mana-mana pihak. Soviets telah cuba sedaya upaya untuk menjauhkan tentera Jerman dari Moscow. Stalin terpaksa memindahkan angkatan tentera dari Timur Jauh dan juga Leningrad untuk kukuhkan pertahanan. Pada masa yang sama juga Soviet berjuang habis-habisan untuk menamatkan kepungan musuh ke atas Leningrad. Pada hujung kepungan selama 900 hari itu, sejuta orang awam kehilangan nyawa mereka. Soviet juga hampir hilang Stalingrad keseluruhannya kepada Jerman, di mana pada masa itu Jerman telah menawan 90% kota yang telah musnah itu. Dalam keadaan yang kritikal seperti itu, mereka terpaksa menggunakan semua tentera dan mesin yang ada. Tentera mereka selalunya tidak terlatih, dan jentera mereka selalu bermasalah. Keadaan ini memberikan jawapan kepada persoalan di atas - ya, kereta kebal Soviet lemah pada masa itu. Bagaimana jika dibandingkan dengan kereta kebal Jerman? Soalan ini susah untuk dijawab. Kereta kebal Jerman...

[t16f28] Diari Mata Buntal

Imej
Pelik sungguh, tak dapat Tedi lelapkan mata pada ketika ini, berbeza dengan suasana Maghrib tadi di mana Tedi mudah saja terlelap. Mungkin ini penangan kafein yang ada dalam secangkir kopi yang Tedi minum semasa moreh tadi. Rasanya ini adalah kali ketiga Tedi ambil kafein dalam bulan puasa ini, menjauhi sasaran sifar kafein yang Master cuba terapkan pada diri Tedi. Rasanya okay juga Tedi tidak minum minuman berkafein kerana ia elakkan Tedi daripada dahaga pada siang hari puasa. Tadi Tedi cuba hantar kiriman baru ke interpretZZ, sempat siapkan satu sahaja, sedangkan Master nasihatkan Tedi supaya siapkan 10 kiriman sehari. Tujuannya ialah supaya kalau setiap kiriman tu dapat 7 pageviews, maka kalau 10 dah dapat 70.. hehe.. Tapi tak mampulah Tedi, asalkan dapat hantar satu post pun dah cukuplah buat diri Tedi ini. Tambahan tiada apa nak dicoretkan. Tapi alasan itu takkan pernah menjadi makanan Master. Katanya apa yang Tedi lakukan setiap hari boleh dijadikan sebuah cerita. Mungkin ...

Pasar Ramadhan Kerayong Bera

Imej
18:36 Di Pasar Ramadhan di Jalan Kerayong 1 di Bera. Tedi tiada apa nak beli dan tak terliur pun. Apa yang nampak menarik cuma Puyuh Goreng Berempah, Puyuh KFC, dan Murtabak Daging. Minuman pula yang agak menyelerakan ialah Teh Peng Pekat, Carrot Susu, dan Air Kelapa Laut. Puyuh tu memang nampak sedap tapi nanti mesti tak lalu nak makan punya. Liputan telekomunikasi webe di sini di sekitar Bera agak mengecewakan sebab tiada data, Tedi tak cuba tukar webe atas Celcom, mungkin okay sebab Celcom yang Tedi gunakan nampak sangat bagus liputannya. Gambar orang ramai di pasar. # Sunday, 19 June 2016, 18:34 # 1466332438069 # HUAWEI H30-U10 # Lorong Kerayong Makmur 1, Kampung Baru, 28200 Bandar Bera, Pahang # https://goo.gl/maps/wbi1PaJDzjdTw3iL9  # Gambar seorang peniaga di pasar. # Sunday, 19 June 2016, 18:40 # 20160619 # 1466332832534 # HUAWEI H30-U10 # Lorong Kerayong Makmur 1, Kampung Baru, 28200 Bandar Bera, Pahang # 20160619

[t16f26] Best sangat ka pau cendawan Putrajaya ni?

Imej
26-Jun-2016 17:43 Tengah beratur nak beli pau cendawan di Bazaar Ramadhan Putrajaya. Punyalah ramai manusia beratur nak beli pau cendawan ni, Tedi tak tahulah berapa ratus meter kami kena beratur. Ini sebab Mommy nak rasa pau cendawan yang heboh di media sosial tu. Kalau ikutkan Tedi, sesedap mana pun kalau kena beratur macam ni,  rela Tedi tak rasa. Tak rugi pun tak rasa sebab kita takkan pernah tau rasanya,  jadi tidaklah rasa rugi sangat. Baru sahaja tokay pau cendawan tu darang,  dia kira ada berapa orang tengah beratur dalam barisan yang macam ular keba palu ni. Dia kata terhad 3 biji pau untuk sekeluarga, dan Tedi termasuk dalam mereka yang boleh dapat pau cendawan tu untuk petang ni. Nak cerita panjangnya barisan ni,  ia melangkau 3 deretan gerai.  Tak boleh nak ceritalah,  kalau rakam video baru nampak kot. Harga Pau Cendawan Putrajaya Tak tahulah berapa harga pau cendawan 3 biji tu,  tapi kalau setakat untuk benda yang boleh ditelan tak...

[t16f16] Terlanggar Burung

Imej
Inna lillah wa inna ilaihi raji'un. Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah subhanahu wa ta'ala juga kita semua kembali. Semalam semasa memandu dengan kelajuan 100 kilometer sejam di Jalan Bangi-Dengkil menghala ke persimpangan Dengkil, Master telah terlanggar seekor burung yang sedang terbang melintasi jalan raya tersebut. Pada mulanya burung itu terbang ke hadapan dan sudah melepasi lorong yang bakal kami lalui, tetapi secara tiba-tiba sahaja burung itu berpatah balik dan terbang ke arah kereta Proton Saga BLM 1.3 MT yang sedang kami kenderai. Kami terlanggar burung tersebut di mana ia dirempuh di bahagian cermin hadapan. Mungkin ketika itu ia cuba terbang ke altitud lebih tinggi untuk mengelakkan kenderaan kami. Rempuhan kuat itu menyebabkan kami menyangka cermin hadapan pecah tapi nasib baik ia tidak berlaku. Nasib malang burung tersebut tidaklah Tedi ketahui namun tiada kesan darah pada kenderaan kami. Semoga ia dalam keadaan baik-baik sahaja. Hal ...

T16F19 Hidup Ini Pilihan

Imej
Selepas tamat latihan bola sepak, semua pelajar duduk melepaskan lelah di bawah sebatang pokok di tepi padang sambil menunggu guru pengajar membawa minuman. Lima minit kemudian, si guru tiba membawa air sirap yang dibelinya. Berebutlah pelajar-pelajar tadi mengambil air sirap yang dibungkus dalam plastik. Mereka yang dalam kehausan terus minum. Sang guru hanya memerhati kerenah anak muridnya meminum air sirap mereka dengan kerenah pelbagai ragam. Ada yang membuka ikatan mati bungkusan air tadi lalu memasukkan straw sebelum menyedut. Bagi pelajar yang gagal membuka ikatan mati bungkusan air pula, menebuk satu lubang kecil dan memasukkan straw melaluinya. Sesetengah pelajar yang tidak mendapat straw pula, menebuk lubang kecil di bahagian bawah dan minum air melaluinya. Melihat situasi itu, si guru meminta semua murid berhenti minum. Ada sesuatu yang mahu disampaikannya. Gambar seorang nenek tua yang memilih untuk bersusah-payah menjual penyapu lidi demi sesuap rezeki berbanding de...

T16F20 Peti Sejuk Magnetik Pertama Dunia Dilancarkan

Imej
Sebuah firma dari Perancis, Cooltech Application telah melancarkan peti sejuk yang mereka dakwa sebagai peti sejuk menggunakan sistem magnetik komersial yang pertama di dunia. Sistem penyejukannya menggunakan konsep pengaliran air coolant melalui bahan magnetocaloric dalam ulangan kitaran magnet-nyahmagnet. Sistem itu beroperasi tanpa menggunakan sebarang gas pendingin, menjadikan peti sejuk itu lebih mesra alam sekitar berbanding peti sejuk konvensional. 20160620

T16F19 Tempoh Panaskan Enjin Kereta dan Permasalahan Cuci Enjin

Imej
Berapakah masa yang sesuai untuk memanaskan enjin kereta pada waktu pagi? Selain itu, apakah kesan jika membasuh enjin kereta? Ini kerana saya dimaklumkan enjin akan terjejas jika kerap membasuhnya. Rahmat, Kuala Lumpur. Jawapan: Ada beberapa pendapat berhubung pemanasan enjin pada waktu pagi sebelum memulakan perjalanan. Malah ada pendapat yang menyatakan bahawa ia tidak diperlukan. Namun, sebenarnya ia berfungsi seperti manusia yang perlu memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti bagi mengelakkan kejutan. Kenderaan yang direhatkan semalaman akan menyebabkan komponen logam mengecut sedikit. Bergantung kepada lokasi dan kegunaannya, ini akan menjadikan komponen itu lebih ketat atau longgar. Memanaskan enjin cukup sekadar sehingga pusingan enjin melahu dengan tenang. Pemanasan enjin kadangkala hanya mengambil masa lima minit bagi enjin moden yang mempunyai injap pemanas dalam sistem penyejukannya. Injap itu akan menghalang bahan cecair penyejuk enjin daripada mengalir supaya l...

T16F12 Rozita Che Wan di Tesco

Imej
Sebelum MAster berbual dengan jiran-jiran pada waktu malam berkenaan " Mahal Sangat Kena Pulau ", siangnya kami membeli-belah. Ada pula koleksi Rozita Che Wan di Tesco Bandar Baru Nilai ni dengan harga mahal gila RM 300 sepasang. Koleksi ini adalah koleksi eksklusif Rozita Che Wan untuk Tesco . Tapi yang Tedi musykil ada pula yang design nak sama dengan koleksi Razman (atau Rizman ?) pada tahun lepas yang turut bekerjasama dengan Tesco. Tedi rasakan mereka ini cari koleksi baju mana-mana lepas tu tepek (tampal) label Rozita Che Wan lepas tu bolehlah jual mahal. Tedi tengok ada je baju yang tampalannya dah tercabut pun. Zaman sekarang kan banyak design baju ditampal bunga. Apa-apalah, siapa yang mampu bolehlah beli koleksi ini di Tesco ya... # Sunday, 12 June 2016, 14:53 # 20160612 # 1465714398009 # HUAWEI H30-U10 #   20160612

T16F12 Mahal Sangat Kena Pulau

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Semalam pakcik-pakcik di taman perumahan kami sibuk berbual mengenai sebuah kedai makan yang berhampiran. Kedai makan itu menjadi tempat mereka selalu singgah minum pada malam hari. Pada suatu masa dulu ia menjadi tempat persinggahan utama tapi kebelakangan ini ia dipulaukan dan mereka mula beralih ke kedai mamak yang berhampiran pula. Sebab dipulaukan?  Harga yang dikenakan agak mahal sebagai contoh telur separuh masak sebiji adalah RM 1.50. Apa yang Tedi perasan adalah kedai itu tidak menyediakan menu dan harga makanan yang dijual. Ia menyebabkan para pelanggan tidak dapat bandingkan harga. Tedi melihat adalah satu kerugian bagi kedai itu apabila mereka melaksanakan polisi sedemikian.  Masakan mereka bukannya tidak sedap,  tapi kalaulah pelanggan sampai lari ke kedai mamak,  itu maksudnya apa? Sedangkan harga di kedai mamak Tedi rasakan mahal. ...

Popular