Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bahasa Inggeris

[t13d30] "Outstation" is totally Manglish

Imej
Alamak, cikgu Pogy telefon tu. Camne nak jawab Tedi tiada di sini. Apa yang Master selalu sebut tu? Outstation ? Stesyen apa ek? Stesyen keretapi? Ah, Bing.com lah kejap... Tap tap tap... tada... " You could use “ out of town ”, “out of the office”, or simply “ I’ll be away  next week”. " kata encik Hafidz dalam blog beliau di  http://englishwithsirhafidz.blogspot.com/2011/06/next-week-im-going-outstation-thats.html Owh, out of town rupanya. Lagi bagus kalau Tedi cakap out of the world kot? 20130430 15:40

[t21k06] Maksud Residential

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Residential adalah perkataan dalam Bahasa Inggeris. Kiriman ini akan menterjemah maksud perkataan "residential" melalui beberapa seksyen: Maksud residential dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan , Maksud residential dalam istilah Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MaBBIM) ,  Maksud residential dalam istilah Bahasa Melayu ,  Maksud residential dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan , dan  Residensi   Maksud residential dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan kediaman residential area , kawasan kediaman;  residential hotel , hotel kediaman residential college , kolej kediaman; menetap residential qualifications,  kelayakan menetap   Maksud residential dalam istilah Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MaBBIM) residential care : penjagaan di rumah residential city : kota kediaman residential d...

[T16C13] Asal perkataan bimbo dan maksud bimbo

Imej
Apakah itu Bimbo? Pada masa ini iklan drama " Aku bukan Bimbo " sering dimainkan di layar televisyen, dan Tedi serta Mommy sering terserempak dengan iklan tersebut. Kalau sekadar terserempak tidak mengapalah, tapi perkataan bimbo itu asyik ditanya apakah maksudnya oleh Mommy. Tedi jawab dengan jawapan klise, "Mommy Google-lah" , tapi seperti biasa Mommy malas nak Google, melainkan ia gossip artis. Baiklah... setelah sekian lama... pada pagi ini Tedi mencari apa makna bimbo itu. Rupanya ia adalah daripada Bahasa Inggeris slanga (rojak?) yang bermakna, "perempuan yang nampak menarik tapi otak kosong (a.k.a bodoh?)  - selalunya wanita muda yang menggunakan tarikan seks" . Bodoh mungkin tak berapa sesuai tapi kalau tak berilmu pengetahuan itu mungkin ya. Perkataan ini wujud seawal 1919 di Amerika Syarikat , tapi pada masa itu ditujukan kepada lelaki yang tidak cerdik atau yang jenis brutal membabi-buta . Almaklumlah pada zaman dulu mereka yang kuat...

T21H08 Inverter

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Maksud Inverter Inverter adalah satu perkataan  Bahasa Inggeris yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. Terjemahannya dalam Bahasa Melayu ialah "pembalik".   Definisi "inverter" dalam kejuruteraan Inverter adalah alat elektrik yang menukar voltan DC (arus terus), selalunya dari bateri, menjadi voltan AC (arus ulang-alik) supaya dapat digunakan oleh peralatan biasa. Pendek kata, pembalik menukar arus terus menjadi arus ulang-alik.   Mesin basuh inverter Mesin basuh inverter adalah jenis mesin basuh yang menggunakan teknologi pembalik. Teknologi ini selalunya digunakan pada motor mesin basuh. Dengan menggunakan teknologi inverter ini, mesin basuh menggunakan jumlah tenaga elektrik yang berbeza mengikut kapasiti cucian. Mengikut teorinya muatan sedikit akan menggunakan tenaga elektrik yang sedikit apabila menggunakan teknologi inverter pada mesin bas...

T12J14 Awas! Jaga langkah di Naza Talyya

Imej
Minggu raya ini Tedi sibuk beraya sehingga tak sempat menconteng diari Nak muat-naik ( upload ) gambar raya, malas la pula nak salin ( copy ) gambar daripada kamera. Jadi buat sementara ini Tedi muat-naik dahulu gambar-gambar lama terutama yang berunsur abstraks, sesuai dengan nama diari Tedi ini, interpretZZ. Abstraks lah sangat kan? Caution Mind your step !!! Please ensure the balcony door is always locked before leaving your room. Maksud abstrak [ab.strak] Tulisan jawi: ابسترک Perkataan  Definisi  Contoh Ayat  Sumber abstrak  tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pan­caindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad  Kesetiaan adalah sesuatu yang abstrak.  Kamus Dewan Edisi Keempat abstrak  tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentang sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan).    Kamus Pelajar Edisi Ke...

Cabaran Berbahasa Inggeris Jika Mengembara atau Tinggal di Malaysia

Imej
Pertama kali Tedi baca pengakuan oleh seorang pakcik bernama Steven de Guzman ni, dia bekerja sebagai seorang expat di Kuala Lumpur. Pendapatnya wajar dikongsikan kerana Tedi tahu Tedi tidak fasih berbahasa Inggeris. Sebagai seorang pekerja asing di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur dan hanya bergantung kepada Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi, dia mendapati bahawa Malaysian English adalah sukar untuk difahami oleh seseorang yang fasih berbahasa Inggeris. Dia mengambil masa berbulan-bulan untuk memahaminya,  terutama variasi Malaysian Chinese. Pada hari pertama dia bekerja, dia hanya dapat tangkap beberapa patah perkataan untuk difahami. Dia tidak kisah warga Malaysia tidak fasih berbahasa Inggeris, tetapi masalahnya ialah warga Malaysia ni terlalu bangga berbahasa Inggeris sehinggakan sampai ke tahap mereka rasa mereka perlu difahami oleh pekerja asing yang lebih fasih berbahasa Inggeris, walaupun kefasihan mereka itu tidak mencapai tahap keyakinan mereka. Warga Jep...

Popular