Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202104

[t21d22] Bermain dengan Glassfish

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kebanyakan projek yang Tedi terlibat kini menggunakan pelayan GlassFish. Seperti biasa mesti ada masalah, jadi Tedi dedikasikan laman ini untuk catatan masalah yang dihadapi. Gambar seekor Glass Fish. Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan cerita ini. Sumber:  Emanuel Goette, alias Crespo: Eclipse GlassFish fue liberado!! (emanuelpeg.blogspot.com) Kandungan:  Apakah itu GlassFish? Class name is wrong or classpath is not set for : org.postgresql.ds.PGSimpleDataSource No usable default domain No free port within range: 8181 There is a process already using the admin port 4848 java.lang.ClassNotFoundException: javax.xml.parsers.ParserConfigurationException not found by org.eclipse.persistence.moxy [228] Apakah itu GlassFish? GlassFish adalah projek sumber terbuka pelayan aplikasi untuk platform Jakarta EE yang dimulakan oleh Sun Microsystems, kemudian ditaja ol...

Pengalaman di Husin Fauzi Farm Kuala Selangor

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kami dalam perjalanan dari Sepang ke rumah Mak Long di Sungai Besar. Sempat kami singgah ke Husin Fauzi Farm yang merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Selangor kerana mini zoo yang ada di sana. Tempat ini juga mengumpul dana buat Maahad dan turut memberi peluang pelajar Maahad terlibat dalam menguruskan mini zoo tersebut. Jom Berkuda di Husin Fauzi Farm Menaiki Tram di Husin Fauzi Farm Komen tentang Husin Fauzi Farm Fakta Jom Berkuda di Husin Fauzi Farm Aidan dan Mummy mencuba aktiviti menunggang kuda di Husin Fauzi Farm ini dengan bayaran MYR 5 (lima Ringgit Malaysia sahaja). Pengalaman yang bagus walaupun nampak macam biasa-biasa sahaja rupa-rupanya tunggang kuda ni pun memberi rasa gayat juga. Gambar Aina dan Aidan setelah selesai aktiviti menunggang kuda di Husin Fauzi Farm Kuala Selangor. # Saturday, 10 April 2021, 16:01 # 20210410 # IMG20210410160131.jpg # OPPO Reno...

UD25 Risik Penapis Air Luar Rumah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Risik Penapis Air di KIP Mall Usai membeli-belah di Ninso kami ke KIP Mall Kota Warisan pula untuk bertanyakan mengenai penapis air untuk dipasang di luar rumah. Dah banyak kali lalu di depan kedai tu tetapi selalunya tiada orang yang menjaganya. Memandangkan Aidan terlelap sebaik saja masuk dalam kereta, hanya Mummy masuk ke dalam KIP Mall. Kelihatan dari tempat kami menunggu ini banyak juga kedai dalam KIP Mall ni. Boleh dikatakan di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi hanya KIP Mall pasaraya yang sesuai untuk beli barangan harian. Selalunya kami ke Bandar Baru Nilai yang mempunyai TESCO, Giant, AEON Mall dan Mesa Mall. Tetapi pada masa perintah kawalan pergerakan (PKP) ini tidak dibenarkan merentas negeri maka terpaksalah ke KIP Mall Kota Warisan. Menunggu dalam kereta di luar KIP Mall Kota Warisan sementara Mummy pergi bertanyakan pasal penapis air untuk dipasang di luar ru...

Kedah 3 - 2 KL City

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ . Perlawanan yang sungguh epik! Sebaik sahaja sampai ke rumah selepas  makan colek di Kedai Makan Nasi Kerabu Aini , Master gelisah melihatkan Kedah Darul Aman FC ketinggalan 0-1 (minit 50). Kemudian Kedah berjaya samakan kedudukan 1-1 (minit 71) menerusi permainan cantik Kipre dan Fayadh, sebelum KL City kembali mendahului 1-2 menerusi sepakan sudut (minit 79). Lama juga Kedah mengekori dan Mummy pula mula mengejek Kedah kalah. Tetapi usaha pasukan Kedah yang tidak jemu menyerang akhirnya membuahkan hasil apabila mereka samakan kedudukan 2-2 (minit 93), dan kemudian jaringkan gol kemenangan 1 minit sebelum tamat permainan (minit 96). Senarai penjaring gol dan kedudukan Kedah dalam Liga Super Malaysia selepas habis perlawanan pada 20210424.   Aidil Kagum Kebangkitan Pemain Bukan ketua jurulatih Kedah sahaja kagum malahan mana-mana peminat bola sepak patut kagum dengan sem...

Yob waspada kualiti jentera Kedah

PERAK FC perlu berwaspada dengan kualiti jentera Kedah Darul Aman (KDA) FC yang sentiasa boleh menjaringkan gol terutama di minit terakhir permainan jika tidak mahu kecewa ketika melayan kunjungan lawan di Stadium Perak pada Sabtu. Perkara itu menjadi perhatian Hafizul selepas melihat Kedah Darul Aman (KDA) FC yang sentiasa menjadi ‘cencaru makan petang’ apabila pernah mengecewakan Selangor FC 2-1 pada perlawanan ketujuh Liga Super melalui dua jaringan dalam tempoh 10 minit terakhir oleh Kpah Sherman serta Tchetche Kipre. Selain itu, KDA juga pernah mengikat Penang FC,1-1 melalui gol penyamaan pada minit-86 oleh Kpah Sherman selain kemenangan 3-1 ke atas PJ City FC, 17 Mac lalu. Tambahnya, faktor itu dibantu KDA mempunyai banyak pilihan di jentera serangan selain Kpah dan Tchetche, mereka turut dibantu Fayadh Zulkifli dan Azammuddin Akil yang sentiasa memberikan kekuatan tambahan pada 15 minit terakhir permainan. “Kedah sememangnya dari tahun lepas adalah lawan yang boleh menjaringkan ...

Nota HQL

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tedi boleh katakan HQL adalah saudara jauh kepada SQL. Ia digunakan untuk query menggunakan framework Hibernate. Walaupun seumpama SQL syntax-nya tetap berbeza, dan kadangkala ada masalah ketika menggunakannya. Ini adalah nota HQL buat Tedi. Join tanpa association Kadangkala kita perlu join 2 model tables atau view yang tiada sebarang mapping di antara kedua-dua model. Tedi pun dah banyak kali perlu menggunakan penyelesaian sebegini. Maka kali ini Tedi masukkan dalam nota untuk rujukan masa depan. from A as table_a , B as table_b where table_a.c = table_b.c 20210416 ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Pemeriksaan Aidan 2 tahun

Temujanji di Klinik Kesihatan Salak Hari ini mummy bawa Aidan ke Klinik Kesihatan sempena temujanji pemeriksaan kesihatan Aidan sempena umurnya yang bakal cecah 2 tahun. Master hantar Mummy ke Klinik Kesihatan Salak selepas hantar Aina ke Taska pada jam lebih kurang 10 pagi. Kami tiba di Klinik Kesihatan Salak sekitar jam 10:24 pagi Ramai betul manusia yang datang ke klinik kesihatan tersebut. Master balik ke rumah kerana bekerja dari rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan. Sekitar jam 11:08 pagi Master ambil Mummy di Klinik Kesihatan Salak. Jururawat di Klinik Kesihatan Salak menasihatkan Mummy supaya sapu madu di bibir Aidan untuk ajar dia belajar menelan. Pada masa ini air liur Aidan masih meleleh dan salah satu puncanya ialah mungkin kerana bayi ada masalah untuk menelan. Selain itu jururawat berikan tempoh sehingga Julai untuk Aidan diperiksa semula sebelum dirujuk kepada doktor untuk masalah speech delay  (lewat bertutur). Ini kerana pada masa ini Aidan masih tidak s...

Aina punya susu, Aidan yang habiskan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini kami memulakan hari dengan Aina dan Aidan mandi-manda di kolam air pancut mini di halaman rumah. Kemudian kami bergerak ke Alamanda untuk baiki charm gelang tangan Mummy yang rosak di kedai emas Habib Jewels.   Enjin kereta Proton Persona tak boleh hidup Sebelum itu Master sempat cuba hidupkan kereta Proton Persona kerana dia tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Ternyata enjin kereta tidak dapat dihidupkan dan hanya berbunyi tak tak tak. Nasib baik ada kiriman lama bertajuk  Enjin Kereta Proton Persona tak boleh start bunyi tak tak tak yang menjadi rujukan dalam mengatasi masalah itu. Kali ini Master sudah memiliki jumper sendiri jadi tidak perlu pinjam daripada sesiapa.   Makan tengahari di Nandos Alamanda Sebaik saja selesai urusan Mummy di kedai emas Habib Jewels, kami mencari medan selera untuk makan tengahari. Tetapi medan seleranya dilindungi d...

Bukan kemenangan mudah buat Kedah - Aidil

Alor Setar: Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Sharin Sahak mengakui tidak mudah mencapai kemenangan 3-1 ke atas Sri Pahang meskipun beraksi berhadapan 10 pemain pada aksi perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang di Stadium Darul Aman semalam. "Kami tidak bermula dengan baik, dan bermula dengan tempo perlahan, tetapi saya bersyukur selepas tempoh 15 minit kami kembali bangkit dengan penguasaan yang lebih baik. "Sebenarnya tidak begitu mudah untuk kami walaupun berhadapan dengan pihak lawan yang hanya beraksi dengan 10 pemain selepas pihak lawan menyamakan kedudukan pada babak pertama, tambahan pula pertahanan Sri Pahang menjadi lebih kompak serta menyukarkan melalui gerakan melalui ruang tengah. "Pada waktu rehat, saya berkata kepada pemain di bilik persalinan bahawa kita hanya beraksi dengan 10 pemain dan kita tidak mahu tewas perlawanan ini dan pemain memberi reaksi yang baik dan terus bangkit mencari gol, dan hasilnya kita mendapat gol dari sepakan penalt...

KDA FC teruskan rentak kemenangan

ALOR SETAR: Misi meraih tiga mata di laman sendiri tercapai apabila Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meneruskan rentak kemenangannya dengan menundukkan Sri Pahang 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Dua gol Baddrol Bakhtiar dan satu oleh Kpah Sherman meletakkan Kedah di tangga kedua Liga Super setakat ini. Pada babak pertama, Kedah mendapat peluang terbaik melalui sepakan bebas oleh Rabih Ataya seawal minit keenam namun ditepis penjaga gawang Sri Pahang, Zarif Irfan. Sri Pahang dikejutkan apabila pemain import pertahanan, Herold Goulon dilayangkan kad merah pada minit ke-16 kerana mengasari Kpah Sherman. Serangan demi serangan dilakukan Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-36 menerusi Baddrol. Ia bagaimanapun tidak kekal lama apabila skuad Tok Gajah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-41 menerusi Nur Izzat Che Awang yang menewaskan penjaga gol Kedah, Shahril Sa'ari selepas menyempurnakan hantaran daripada Nor Azam Azih. Seminit selepas...

Popular