Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Johor

Tali Pinggang Kulit Obermain

Imej
Sudah lama Master mencari tali pinggang. Hari itu semasa kami di Bangkok pun Master tercari-cari tali pinggang yang sesuai dan tahan lama, tapi tidak ketemu. Master berasakan bahawa tali pinggang di sana sama sahaja seperti yang dijual di AEON. Sebelum ini selalunya Master akan membeli tali pinggang di AEON dengan modal RM 30, tapi Master dah serik sebab tali pinggang itu selalu rosak. Jadi kali ini Master mencari tali pinggang yang diperbuat daripada kulit original. Ketika kami singgah di Johor Premium Outlet (JPO) dari kenduri di Batu Pahat, Master terus sahaja mencari tali pinggang dan kasut kerja. Akhirnya kami masuk ke butik Obermain. Hajat asalnya adalah untuk mencari kasut kerja Master namun macam tidak berbaloi. Akhirnya Master terserempak dengan tali pinggang Obermain ni yang dipotong 60%. Master beli dalam lingkungan harga RM60 jika tidak silap. Tali pinggang itu dibuat daripada kulit di bahagian hadapan dan kulit sintetik di belakang. Master kata tali pinggang Obermain...

[t17a20] Piala Sumbangsih: JDT vs Kedah

Imej
Malam ini jam 8.30 malam akan berlangsung perlawanan Piala Sumbangsih Malaysia 2017 di antara Johor Darul Takzim dan Kedah FA. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Larkin. Siaran lansung pula boleh ditonton di TV3. Tedi doakan semoga pasukan kesayangan Master itu akan memperolehi kemenangan pada malam ini. Di samping itu telah berlaku perang saraf di antara pasukan JDT dan Kedah. Di bawah ini adalah poster yang amat cool oleh seorang penyokong Kedah bernama Budak Merbok. Sungguh win suntingan beliau ini. Di bawah ini pula adalah poster dari penyokong Kedah, Bandar Baharu Kedah Selatan dan Padang Serai. Di bawah ini adalah Piala Subangsih yang bakal dimenangi oleh mana-mana pasukan yang menang pada malam ini. Kedah menang !!! Tahniah kepada Kedah FA kerana memenangi Piala Sumbangsih. Walaupun agak terkilan kerana Kedah hanya seri dan mendapat satu mata untuk Liga Super Malaysia, namun sedikit terubat kerana menang piala. Seronok Tedi tengok gol jaringan Badrol Bakht...

[t21l05] Makan Malam di Jalan Stulang Laut

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Why so serious? Joker versi Aidan selepas minum sirap limau . Joker adalah watak antagonis dalam komik atau cerita adiwira Batman digambarkan sebagai seorang yang suka buat lawak secara sadis dan bergaya sebagai seorang badut seperti pada kad daun terup J (Joker). Tedi tak faham sangat tapi kad J ni katanya boleh "menjadi" apa-apa kad maka membuatkannya susah dibaca, seperti muka seorang badut yang disolek supaya kelihatan sentiasa ketawa untuk sembunyikan ekspresi wajah sebenarnya. # Sunday, 5 December 2021, 22:27 # 20211205 # IMG_20211205_222706.jpg # Xiaomi M2101K7BG # Kedai makan atau restoran Teraju Tomyam # Jln Stulang Laut, Taman Stulang, 80300 Johor Bahru, Johor # Lokasi: FQCJ+4J Johor Bahru, Johor #   ~20211205~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[T16L08] Ramai Cakap Ia Tapak Kaki Beruang

Imej
Ada laporan oleh pekebun pisang berangan di Pontian, Johor, Malaysia bahawa kebun pisang berangan mereka diserang beruang, berdasarkan saiz haiwan dan kesan cakaran tajam. Dikatakan ada kesan tapak kaki tapi sudah hilang ditelan hujan. Erm... Tedi hairan kenapa beruang nak serang kebun pisang berangan? Tapi Tedi setujulah dengan pendapat pakcik tu bahawa perlu diadakan siasatan untuk kemaslahatan umat manusia dan haiwan. Apa-apa pun jangan tuduh semberono. Hal beruang ni sensitif tau...   8 Disember 2016, PONTIAN - Punca kemusnahan tanaman pisang di  Kampung Parit Lintang terus menjadi misteri buat pekebun di sini, kerana kesan yang ditinggalkan kelihatan luar biasa.   Pekebun pisang, Mohd Zuhaini Jumaslim , 36, berkata, dia bingung melihat keadaan pokok pisang yang musnah kira-kira tiga minggu lalu. “Dalam perkiraan saya, hampir 30  pokok pisang berangan dimusnahkan dan dah tiga kali kejadian ini berlaku dalam tempoh dua bulan ni. “Pokok yang sudah me...

Kenduri Kahwin di Kampung Bagan, Batu Pahat, Johor.

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Selamat Datang ke Daerah Muar Kami menuju ke Batu Pahat untuk menghadiri satu kenduri kahwin. Kami melalui daerah Muar. Kononnya nak cari sarapan pagi yang sedap di sana. Muar terkenal dengan satay sebagai sarapan pagi. Mercu tanda Selamat Datang Daerah Muar yang terletak di persimpangan jalan. Hala kanan menuju ke Pagoh, manakala hala kiri menuju ke Bandar Maharani Bandar DiRaja. Muar adalah satu daerah dalam Negeri Johor # Saturday, 24 December 2016, 10:35 # 20161224 # DSC_6616.JPG # Gambar dirakamkan menggunakan kamera telefon pintar Sony D2533 # Bersarapan dengan Nasi Beriyani Udang Galah Walaupun dalam perjalanan menghadiri kenduri kahwin, perut perlu juga diisi, hehehe. Inilah yang Tedi maksudkan tadi, akhirnya kami bertemu juga dengan sarapan yang agak unik bagi kami iaitu Nasi Beriyani tetapi di Pagoh. Hebat orang Johor pagi-pagi sarapan Nasi Beriyani. Apalah resepi Nasi Beriyani sedap ni ya? Gambar Nasi Beriyani Udang. Inilah s...

Ulama wajar nasihatkan raja - Muhyiddin Yassin

Imej
Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 16 Januari 1993 bertajuk "Ulama wajar menasihatkan raja: MB"

Natijah demam atau Love You Mr Arrogant?

Imej
Master terjaga daripada lena. Cerita di bawah ini mungkin ada kena-mengena dengan drama yang menjadi kegilaan anak saudara Mommy sehinggakan Master "tertonton" drama Melayu ni.   Master memandang ke sekitar. Kawasan rumah banglo yang luas itu membuatkan dia buntu seketika. Keadaannya agak mamai setelah entah berapa lama Master terlena di sofa empuk itu. Rumah siapakah ini? Akhirnya Master kembali sedar yang dia berada di rumah mertuanya, atau lebih tepat di rumah keluarga bini mudanya. Tipikal cerita Melayu, kahwin mesti dengan anak orang kaya. Barulah juga dia teringat yang dia tak pernah jenguk bini mudanya itu. Tak dilayan. Tak dipedulikan pun? Masanya dihabiskan bersama Mommy. Aneh sungguh, bukan selalu orang layan bini muda ke? Perasaan menyesal menyelubungi diri. Master menuju ke sebuah bilik, dia tahu di bilik itu selalu bini mudanya menumpang mandi. Master nak menjenguk bini mudanya itu, nak minta maaf. Entah kenapa di hatinya penuh sesal. Lagilah p...

Foto Tedi: Mudik sungai di Sedili, Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Imej
Sedili merupakan kawasan yang aktif dengan kegiatan perikanan, sesuai dengan kedudukannya yang dikelilingi laut dan sungai. Tedi dan keluarga bernasib baik mendapat peluang untuk menaiki bot pakcik Master mudik sungai Sedili. Banyak pemandangan menarik di sekitar sungai. Tedi lampirkannya sebahagian di sini. Tanjung Sedili dikatakan sebagai kawasan paling selatan Malaysia. pihak interpretzz merujuk Kuala Sedili sebagai Sedili di kawasan kuala Sungai Sedili Besar . Tanjung Sedili lebih sinonim dengan kawasan ini. Bangsal nelayan Kampung Semayung dikatakan dilengkapi dengan sistem penyejukbekuan untuk menyimpan hasil perikanan Ikan segar Kuala Sedili Pengangkutan awam - bas Johore Motor. Gambar bas Johore Motor di Sedili Kechil .. Polis Marin Kuala Sedili - mengawal perairan negara. Surau di jeti Kuala Sedili Plak perasmian Kompleks Perikanan LKIM Sedili. Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hj. Sanusi bin Junid, Menteri Pertanian Malaysia. Pada hari ...

Popular