Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel isu Muslim Rohingya

Penganiayaan oleh penyeludup orang Rohingya kini merebak ke Malaysia

Imej
(Reuters) - Beratus-ratus penyeludup manusia dilaporkan telah mengurung orang Islam Rohingya di rumah-rumah di utara Malaysia , membelasah mereka, menafikan mereka makanan, dan menuntut wang tebusan dari keluarga mereka, menurut laporan terperinci mangsa.   Laporan kepada Reuters mencadangkan bahawa kumpulan pemerdagangan manusia memindahkan operasi mereka ke Malaysia kerana pihak berkuasa Thai memusnahk khemah di kawasan hutan berhampiran sempadan yang telah menjadi penjara bagi pencari suaka Muslim yang melarikan diri dari penganiayaan di Myanmar. Polis di negeri-negeri utara Malaysia Pulau Pinang dan Kedah telah menjalankan beberapa serbuan di beberapa buah rumah dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk operasi pada bulan Februari yang menemui empat lelaki Rohingya diikat bersama dengan rantai logam di sebuah apartmen . Tetapi wawancara Reuters mendedahkan rangkaian pemerdagangan pada skala yang lebih besar daripada apa yang pihak berkuasa akui setakat ini, dengan br...

Pegawai Imigresen Thailand jual orang Rohingya kepada penyeludup manusia.

Imej
Berita dari Phuket yang agak mengejutkan. Tedi baru sahaja membaca berita yang agak menyedihkan daripada Phuketwan. Phuketwan melaporkan bahawa tahanan Rohingya diseludup keluar secara rahsia melalui konspirasi di antara pedagang manusia dan juga Pegawai Imigresen Thailand. Trak dari Ranong Immigration yang membawa orang Rohingya ke jeti di Andaman Club. Orang hanyut Rohingya itu dibawa menggunakan bot tempatan dari satu jeti di perlabuhan Thai-Burma di Ranong ke sebuah kapal penyeludup untuk diseludup ke Malaysia sebelum dijual. Para wartawan telah dapat mengesahkan terdapat pergerakan mencurigakan melibatkan kaum lelaki dan wanita Rohingya ke Ranong pada hujung minggu lalu. Wartawan Phuketwan telah dimaklumkan mengenai pergerakan bas dari pusat tahanan Sadao Immigration di selatan Thailand yang terletak 500 kilometer di utara Ranong. Mereka diberikan nombor pendaftaran bas dan kemudiannya mendapati bas itu tiba di pusat tahanan Ranong Immigration pada jam 2 pagi, Sa...

Perang: Rohingya di Myanmar

Imej
Kesian kan diorang ni? Nasib baik la bangsa Tedi takde yang kejam macam sapa-sapa yang tindas diorang ni ... Seorang lelaki Rohingya di sisa rumahnya yang dibakar di Wilayah Rakhine, Myanmar Soe Than Win/Agence France-Presse — Getty Images   http://rendezvous.blogs.nytimes.com/2012/10/31/as-violence-continues-rohingya-find-few-defenders-in-myanmar/

Rohingya Burma dikhianati Aung San Suu Kyi

Imej
Azeem Ibrahim:  The Rohingya of Burma -- Betrayed by Aung San Sui Kyi   Sudah lama Tedi dan Master ikuti kisah kaum Muslim Rohingya di negara Burma atau nama barunya Myanmar . Penderitaan mereka seolah-olah tidak mendapat pembelaan. Anehnya saudara2 mereka di Malaysia juga seolah-olah tidak terasa. Sebelum ini kedengaran Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu mengajak Parti Kebangsaan Melayu Bersatu Baru (UMNO) untuk sama2 memperjuangkan nasib  kaum Rohingya di Parlimen Malaysia , dan Tedi masih menunggu khabar selanjutnya. Selain itu percubaan Organization of Islamic Conference (OIC) untuk membuka markas di sana yang menyelia pembahagian bantuan juga ditolak oleh Burma. Betapa lekehnya OIC? Betapa kecewanya Tedi. Paling mengecewakan apabila pemimpin Burma, Aung San Suu Kyi yang juga pemenang Hadiah Nobel Keamanan seolah-olah hanya berdiam diri! Benarlah kata2 Martin Luther King, " Pada akhirnya, bukan kata-kata musuh yang kita ingati, tapi diamnya kawan-kawa...

Suu Kyi kutuk had 2 orang anak ke atas keluarga Muslim Rohingya

Imej
Hari ni rasa gembira sikit apabila Tedi baca berita ni " Suu Kyi denounces two-child limit on Myanmar Rohingya families ". Pemimpin pro-demokrasi Myanmar,  Aung San Suu Kyi bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada mesyuarat pertama jawatankuasa eksekutif pusat National League for Democracy di dewan Royal Rose di Yangon pada 27 Mei 2013. Kredit: Reuters / Soe Zeya Tun Sebelum ni mood  Tedi tak berapa baik apabila pihak berkuasa daerah Rakhine mengenakan undang2 menghadkan bilangan anak kepada keluarga Muslim Rohingya [ Press TV: Myanmar imposes two-child limit on Rohingya Muslims ]. Undang2 ini kononnya wujud sejak 1994 tapi baru dikuatkuasakan. "Mereka tidak boleh mendiskriminasi. Ini adalah bertentangan dengan hak asasi manusia,"  kata Suu Kyi. Tedi sebelum ni memang hangin  dengan Suu Kyi ni sebab macam berdiam diri jer  melihat penindasan ke atas kaum Rohingya. Konon menang Hadiah Nobel Keamanan , tapi kaum Rohin...

Apa khabar Rohingya?

Imej
Master kata dia disibukkan dengan kes Lahad Datu sehingga terlupa menuruti kisah saudara2 Rohingya di Myanmar. Ini gambar yang Master tunjukkan tentang tunjuk perasaan di Berlin menentang kezaliman ke atas kaum Rohingya.

Popular