[t16e17] Tedi @ KL Towerthon
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ, وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Isi Kandungan: 📊 Rumusan Masa & Peristiwa 🕒 Sampai di kawasan berkumpul jam 5.30 pagi 🏃 Master dipanggil memulakan perlumbaan 🏁 Sampai di TH03 ☁️ Ke Sky Deck Rumusan Kronologi Towerthon 2016 Masa Peristiwa / Aktiviti 04:30 AM Bangun dan bersiap di hotel penginapan. 05:30 AM Tiba di kawasan berkumpul (Pendaftaran). 06:00 AM Solat Subuh & Pelepasan kelompok pertama. 06:45 AM Master dipanggil memulakan perlumbaan. 07:30 AM Tiba di garisan penamat (Tingkat TH03). 12:00 PM Check-out hotel & cari tempat makan. 05:30 PM Selamat tiba di Sepang. Hari Ahad yang lalu ( 15 Mei 2016 ) merupakan hari yang panjang dalam hidup Tedi kerana seharian Tedi menghabiskan masa bersama Master dan Mommy di Menara Kuala Lumpur (Menara KL) . Pada pagi hari kami sertai KL Towerthon 2016 di Menara tersebut sebelum pada waktu petangnya pula kami menjelajah Menara KL. Towerthon di Menara Ku...